iklan

Followers

Pages

Friday, 10 December 2010

Jangan buang sampah merata-rata!

Anak aku tanya "Mama! Boleh tak buang sampah kat sini? Ni ada sampah lain jugak.. tak pe kan?" sebab dia tak nampak tong sampah kat situ. Aku suruh dia kutip semula sampah tu. Entah kenapa aku memang tak suka buang sampah merata-rata. Aku rela letak sampah tu dlm handbag aku sampai balik rumah. Kalau yg besar sikit, biar aje dlm kereta dulu atau kalau dah jalan2 tu, Insyaallah akan jumpalah tong sampah.

Bayangkan kalau org buang sampah di halaman rumah kita, mesti le rasa nak marah juga. Kadang2 kita pula jadi penyebab menjadi ikutan orang lain. Biasalah kalau perkara yg tak elok ni ramai aje yg nak ikut buat. Mula2 kita buang sampah merata, bila org lain tak nampak tong sampah maka dia pun buang merata juga sebab nampak sampah yg kita buang tadi. Tapi ada juga yg memang tak ada perasaan lansung tetap buang sampah merata-rata juga walau pun nampak tong sampah dekat je depan mata. Tau-tau je lah bila satu kawasan dah banyak sampah, jadi semak, tak cantik & kotor. Kesian tukang sapu, patutnya sapu daun2 kering aje yg kita tau memang le tak reti nak masuk dlm tong sampah, terpaksa pula tambah tenaga utk sapu sampah2 yg sepatutnya dah ada dlm tong sampah. Memang le depa dibayar gaji, tapi bertimbang rasalah. Lagi pun jaga kebersihan ni kan dapat pahala juga & membentuk suasana yg harmoni juga.

Aku tak kisah kereta aku ada sampah sebab bila sampai rumah, aku akan kumpulkan & buang di tong sampah luar rumah aku tu. Nak lebih senang sediakan beg plastik sampah kecil dlm kereta. Kalau dalam perjalanan jauh, sampah yg dah banyak akan aku buang ke dlm tong sampah di mana2 tempat hentian. Bukanlah susah sangat pun. Perlu ada rasa bertanggungjawab sikit aje.

Teringat semasa zaman persekolahan dulu, cikgu/ustaz/ustazah selalu pesan supaya kutip sampah kalau terjumpa supaya sekolah sentiasa bersih. Lebih baik lagi macam tadi juga, jangan buang sampah merata-rata. Jadi tak adalah nak mengutip sampah pulak. Sekali-sekala buat gotong-royong mengutip sampah. Bila dah dewasa ni, banyak taman2 perumahan yg buat gotong-royong membersihkan kawasan. Kalau sampah kerana alam semulajadi macam daun2 yg berguguran tu tak apalah juga, ini plastik & tin2 kosong memenuhi longkang. Patut le nyamuk aedes banyak membiak. Menyumbang penyakit pada kita juga.

Selalunya yg membuang sampah di rumah sering dilakukan oleh kaum ibu kalau tak ada pembantu rumah. Namun ramai juga kaum bapa yg turut jadikan ianya rutin harian...Alhamdulillah. Tapi jangan lupa menyuruh anak2 bergilir-gilir membantu membuang sampah yg terkumpul ke tong besar di luar rumah tu. Mendidik anak2 juga tu supaya menghargai kebersihan.

Islam sendiri menggalakan umatnya menjaga kebersihan :

Disebutkan dalam al-Quran, Allah menyukai orang yang menjaga kebersihan diri dan persekitaran di mana dia berada. Allah berfirman bermaksud: "Dan Allah mengasihi orang yang bersih." (Surah at-Taubah, ayat 108)

Sesungguhnya Allah baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan, murah hati dan senang kepada kemurahan hati, dermawan dan senang kepada kedermawanan. Kerana itu bersihkanlah halaman rumahmu dan jangan meniru-niru orang-orang Yahudi. (HR. Tirmidzi)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Jagalah kebersihan dengan segala cara yang dapat kamu lakukan kerana Allah mendirikan Islam di atas kebersihan dan tidaklah masuk syurga kecuali orang menjaga kebersihan." (Hadis riwayat Tabrani)

3 comments:

Asyiqeen Faisal said...

betul tu..

Lan Bingka said...

betul3..tabiat takpa bumi binasa..

admin said...

dimana saya bisa mendapatkan buku ini ya?