iklan

Followers

Pages

Monday, 27 February 2012

Kerenah ibu bapa hantar anak ke taska



Gelagat manusia ni macam-macamkan. Yang aku nak cerita kisah menghantar anak ke taska. Jika pemilik taska yang buat silap memang teruklah kena kutuk dek ramai orang. Tapi pernahkah kita menyelami perasaan pemilik taska sendiri yang kadang terpaksa menelan kerenah ibu bapa yang sangat cerewet dan sangat tidak ambil peduli.

Boleh cerewet dan boleh juga tak ambil peduli tetapi tengok-tengok perkaralah jugakan.

Geleng kepala si penjaga anak di taska bila anak yang dihantar dalam keadaan :

1. Lampin pakai buangnya dah hampir tiris air kencing. Dah tebal sangat gelembung airnya. Apalah salahnya ditukar dulu lampinnya sebelum hantar ke taska. Silap-silap tiris air kencing si kecil di baju kerja, barulah rasa nak angin satu badan. Salah siapa, tanggunglah rasa. Tapi kalau tiris di baju pengasuh yang menyambut tu bukankah aniaya orang namanya. Agak-agaklahkan.

2. Malas tahap gaban atau bebalnya si ibu atau si ayah bila pakaikan dua lapis lampin pakai buang. Kononnya nak tampung air kencing yang banyak. Situasi ini aku memang sangat-sangat menghairankan aku. Teori mana yang dia guna pun entahlah. Kalau gitu pakaikan aje 3 ke 4 lapis biar tahan sehari sebab dah malas sangat nak tukarkan lampin anak. Ini ada berlaku ye.. memang aku gelak besarlah masa tu, sebab berlaku depan mata.

3. Ramai yang hantar dengan anak masih belum mandi termasuklah aku kadang-kadang tu. Oklah mungkin sebab tak sempat atau anak lena sangat tidurnya. Tapi tolonglah perkara 1 di atas tu jangan buat. Kalau dah belum mandi tentulah mulut pun ada air liur basi yang meleleh. Biasalahkan budak kecil. Apalah salahnya ambil sapu tangan lembab tu dan lapkan mulutnya biar bersih sikit dan cuit-cuit sikit jika ada taik mata melampau.

4. Anak dah buang air besar masa kat rumah lagi. Basuhlah dulu sebelum hantar. Sempat-sempatkan ajelah basuh tu. Bukannya berlaku setiap hari pun. Lainlah kalau buangnya semasa dalam perjalanan ke taska. Terpaksalah dengan senyuman dan rendah suaranya meminta tolong pengasuh basuhkan. Jangan lupa "minta maaf ye kak!", berbahasa sikit bukannya mengarah. Barulah sejuk sikit hati pengasuh yang sedang menerima anak kita dalam keadaan yang sangatlah 'masam' tu.

5. Hantarnya paling awal pagi dan ambil semula anak paling lewat malam daripada orang lain. Tapi bila pengasuh caj OT, macam nak melompat bila mendengarnya. Perkataan mahal dan tak bertimbang rasa pasti muncul. Pengasuh pun bekerja nak cari duit juga. Sebelum hantar dah tentu pengasuh beritahu siap-siap caj OTnya begini, waktu hantar dan waktu ambil. Kadang-kadang taska dah nak tutup pukul 9 malam pun, mak ayah tak juga muncul hingga pukul 10 ke 11 malam. Kesian pengasuh dan kesian si anak.

6. Sudah diberitahu kepala anaknya berkutu dan mohon cuci kepala anak tu tapi tak ada tindakan lansung. Padahnya merebak ke kepala anak-anak orang lain di bawah jagaan pengasuh. Mulalah ibu bapa lain pun jadi marah juga.

7. Anak terkena penyakit berjangkit yang serius seperti 'chicken pox', sakit mata dan sebagainya tetapi masih juga nak hantar anak ke taska. Ambillah cuti demi anak dan tidak menyusahkan orang lain pula. Janganlah jadi hamba kerja sangat.

Ini hanya pengalaman aku yang sering mendengar keluhan pengasuh yang berbeza-beza bagi kelima-lima anak-anak aku. Dah 2-3 kali pindah memang le berbeza. Mereka rajin bercerita dengan aku sebab aku pun rajin menyapa bertanya khabar mereka.

Itu antara tips agar pengasuh sayangkan anak-anak kita yang mereka jaga. Kita kenalah jaga tertib dengan mereka juga. Fahami Do's and Don'ts nya. Jika kita rasa tak boleh nak 'ngam' dengan taska tu, cari saja taska lain yang sesuai.

Itulah cara aku kerana kebajikan dan kesihatan anak-anak sangat penting. Aku tidak akan hantar ke situ lagi jika ada yang tak kena dan sukar untuk aku berkompromi.

Kalau dah dapat pengasuh anak yang baik tu, jagalah hati mereka kerana anak kita di tangan mereka. Hormatilah hak-hak mereka jika kita nak 'demand' lebih dengan mereka. Barulah adilkan...

14 comments:

ummiarissa said...

wah kak Liza..bagus entry ni...sebagai pengasuh budak2,saya sangat bersyukur anak-anak yang saya asuh semuanya baik2 dan ibubapa mereka pun ok....yang menyenangkan lagi saya,ibubapa siap buat susu pagi2 tu waktu hantar anak2..jadi kerja saya mudah sikit..

.........cP~ said...

Tu la. Tukar la lampin dulu sekurang-kurangnya. Kadang dah basah lencun.
Pernah duduk kat rumah kawan, anak dia siap-siap mandi pagi-pagi sebelum hantar kat pengasuh. okay je.

Irfa said...

betul tu..bab seskali dah kuar rumah terberak tu penah terjadi tp sebolehnya sy akan mandikan anak bila dia bangun awal ;).so anak saya dah wangi masa sampai umah pengasuh.ambik anak bawak juga jajan utk anak pengasuh.suka tgk org happy

xde pengalaman hantar nursery.

sitiebby said...

Askum kak.

Bgus entry nie. Lama dah x komen, jengah je ke sini.

Tu la kak. Anak pertama, kakak jaga di rumah sendiri, so xde la rasa teruk sangat. Anak kedua siti hntr ke umh pngasuh. tp siti akan pastikan tiap hari, anak2 awal2 dah dimandikan. kadang2 siti yg malu nak hntr anak dgn belum mandi lg. Kalau anak berak dlm keta, siti yg malu, mesti nk cuci sendiri kt toilet umh pgasuh. Kdg2 certain ibubapa xamik peduli tentang perkara, byk lps tng je. bg siti, jika kita hntr anak dah siap di awal pagi, xde la pngasuh kalut lg nk ngurus anak kita kn, diorg pun x kisah utk mandikan siap2 anak di waktu petang. Pngasuh anak siti akn mnt maaf kalu xsmpt mandikan waktu ptg sbb si kecil tido. yg penting, toleransi antr pngasuh dgn ibubapa mesti ada.

mas saari said...

memang ada ibu bapa yang buat karenah camni...dia ingat nak serah bulat2 penjagaan anak dia pada pengasuh kot!

~Z.U.R.A~ said...

salam kak liza...

lawa dah page dia...
lama komen sini...smpt blogwalking aje...
saya pun x pasti kerenah saya mcm mana masa nak hantar anak sulung ke taska next year... huhuhu~~~ takut mak yang lebih dari anak...

Iskandar Syahril Ibrahim Sukri said...

saya nak share dalam blog saya ye kak...

Liza @ Adzriel AB said...

Iskandar Syahril Ibrahim Sukri : boleh je..sila kan Is.

Nora Karim said...

parents yang hantar anak ke rumah pengasuh biasanya sangat berkira... ada yang kata...

"pesal lak nak bunyi... aku bayar ape... so ko mandikan la anak aku pepagi tu.."

ada juga yang kata cam ni..

"saya tak hantar anak saya dah 12 hari... so saya potong bayaran 12 hari yang saya tak hantar tu tau!"

kesian pengasuh... apa salahnya bertolak ansur... kalau kita tau, mcm mana penatnya jaga budak kecik... tentu kita tak berkira dengan pengasuh...

anoymous said...

Kadang-kadang segala masaalah anak-anak seratus peratus dilatakkan kepada pengusaha tadika...macamlah pengusaha tadika hanya menjaga anak mereka sahaja...

anoymous said...

Ada ibubapa yang datang menghantar anak dengan kereta menjalar berharga ratusan ribu ringgit tapi bila soal pembayaran sangat berkira walaupun hanya beberapa ringgit sahaja...

anoymous said...

Kadang-kadang segala masaalah anak-anak seratus peratus dilatakkan kepada pengusaha tadika...macamlah pengusaha tadika hanya menjaga anak mereka sahaja...

anoymous said...

Ada orang menganggap menjadi pengusaha tadika iaitu pendapatan mereka sangat lumayan,sebenarnya menjadi pengusahga tadi tidak boleh jadi kaya dalam sekelip mata.Pengusaha tadika terpaksa nmenanggung kos gaji pekerja yang ramai,sewa rumah,letrik dan air,makanan,peralatan pembelajaran,peralatan permainan dan sebagainya,ini adalah fakta.Perniagaan jualan lansung tentu lebih lumayan rasanya....

Syaz said...

bagus entry ni..akak saya nak share kat blog saya le?..:)