iklan

Followers

Pages

Friday, 26 August 2011

Apa yang bengap sangat??

"apa yang bengap sangat,.." Padan muka aku! Ada yang kata aku bengap!



Inilah dia bila berbicara tanpa berfikir dahulu. Tiba-tiba je tetamu datang kata kita bengap. Seolah-olah soalan yang aku utarakan sangatlah serius. Apa nak buat jika entry dibaca sekali lalu dan dia mengambil kira respon yang pertama tanpa cuba berfikir untuk kali kedua.

Sesetengah orang mungkin ada masalah susah nak mesra dengan jiran, rakan-rakan dan masyarakat sekitarnya. Setiap soalan yang diberikan oleh insan sekelilingnya umpama penolakan pada cadangan. Tidak dapat dia membezakan antara soalan perli, tidak pasti, memang tidak tahu atau gurauan semata.

Apakah pendapat korang dengan entry "Plet genap dan ganjil kena asing? Biar betul!!"? Adakah aku ini sangat bengap hingga tidak faham ia hanyalah cadangan dari pihak PLUS untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas sempena Aidilfitri ini?

Ikhlas dari hati aku tidak pun menentang cadangan itu. Idea yang bagus, cuma mungkin aku yang susah nak ikut. Maklumlah nak berkonvoi tiga kereta nanti balik ke Semanggol, Perak. Kalau dah tiga kereta, pletnya macam bercampur ganjil genap aje rasanya.

Sebelum ni pun banyak cadangan seperti kereta yang mahu ke destinasi tertentu hendaklah keluar pada waktu yang ditetapkan. Aku tak pernah pun ikut cadangan tu kerana kesesuaian tu tak sepadan pulak dengan kehendak driver@hubby aku. Tidak pulak aku kata siapa yang ikut tu bengap. Terpulang pada keadaan dan kepentingan masing-masing.

Lainlah kalau kerajaan kata wajib ikut, maunya kalut aku ikut cadangan tu. Mmmm...tau takut ye! Normallahkan situasi tu kan!

Aku pun dah faham komen adik aku yang pakai ID 'Anon' jugak tapi ada nama di hujungnya tu. Ringkas dan jelas! Yang penting tidak menyakitkan hati. Itu pentingnya teknik berkomunikasi atas isu yang sama tanpa membuat orang lain rasa "dia ni apahal?" dan sengih di hujung komen.

Kalau aku sendiri pun mungkin beri komen yang sama dengan adik aku pada entry sebegini atau mungkin "Cadangan aje tu.. *(^_^)*". Jangan marah-marah! Dah datang ke laman orang, hormat-hormatlah tuan rumahnyakan. Kalau tak suka isi entrynya pun, tegurlah dengan cara berhemah dan berbudi bahasa. Lagi pun isu mudah aje.

Situasi yang sama sering menimbulkan respon berbeza sama ada positif atau pun negatif. Kitalah yang memilihnya sama ada inginkan hasil yang mungkin lebih kepada positif juga atau lebih kepada negatif. Lebih-lebih lagi respon secara penulisan sama ada di twitter, fb, blog, surat mahupun sms hendaklah lebih berhati-hati.

Adakala ayat yang sama mampu menimbulkan reaksi berbeza bila dibaca dalam intonasi yang berbeza. Lainlah kalau jelas ayatnya negatif. Korang rasa kalau dibaca komen tu berkali-kali selembut mungkin, adakah kemungkinan reaksi yang korang beri itu positif?

Bagi aku perkataan-perkataan ini memang negatif...ditambah dengan kata seru.

1. apa yang bengap sangat
2. faham!
3. bukan memandai dibuat je

Berbalik kepada komen insan yang berselindung ini atau lebih glamour dengan panggilan 'Anon'. Maaflah jika aku tersilap kata yang menimbulkan salah faham di minda anda.

Aku bawa kalian pada situasi ini :

Tiba-tiba terdengar pinggan/gelas jatuh dan pecah berderai. Pantas kalian bertanya "Siapa yang buat?". Pentingkah siapa yang buat? Mungkin penting untuk menentukan tinggi atau rendahnya suara korang nanti. Apakah reaksi korang kalau mereka ini yang menjadi penyebabnya?

1) Suami
2) Isteri
3) Mak
4) Ayah
5) Anak

atau mungkin boss korang jika berada di pejabat?? atau sesiapa saja...

Sesetengah orang akan beri respon berbeza jika suami atau anak yang buat. Jika suami mungkin dia akan kata "Tak pelah bang! Nanti saya bersihkan!". Mungkin nasib anak agak malang terpaksa mendengar leteran si ibu yang berpanjangan akibat cuai. Kadang-kadang situasi begini buat aku berkerut dahi. Pilih kasihkah di situ?

Buat komen Lulu Caldina yang cool... Salam aidilfitri juga dari Kak Liza. Maaf zahir batin ye!

p/s : Berdoalah agar perkataan buruk yang kita lemparkan pada orang lain tidak berbalik pada kita. Sebab itulah ingatkan diri selalu agar berfikir dulu sebelum berbicara. Buka minda untuk menerima teguran. Sentiasa belajar untuk menegur dengan cara berhemah. Terima kasih atas teguran kalian semua.

15 comments:

Citarasa Rinduan said...

SUBHANALLAH..

itulah kan, ayu selalu ingatkan diri sendiri.. menulis seperti bertutur jugak..
kena sopan santun.. nak bagi komen yang membina atau menjatuhkan..
jatuh air muka kawan...

minta dijauhkan.

sabar ya kak liza

Liza @ Adzriel AB said...

Citarasa Rinduan : isi dia betul dah tu ayu, cuma mungkin cara penyampaian je yg tak manis. lama2 improvelah tu.

diana said...

amboi...
kasarnya..
kalau ye pun tak sependapat
kan boleh je guna bahasa yang elok..

Liza @ Adzriel AB said...

diana : he..he.. jangan stress-stress. jom balik utara..

wahida said...

salam kak...pada saya org yang menggunakan ID Anon tanpa letak nama sebenarnya adalah seorang pengecut...nak komen, tapi takut nak kenalkan diri dia...kehkeh....


tengs drop by my blog n be my follower..dtg sini nak follow balik...

nice blog!!

Liza @ Adzriel AB said...

wahida : TQ ida dtg sini.. kak liza ni tak kisah anon pun, cuma berbudi bahasa tu kan lebih baik.

Alip Apai said...

pelik gila org mcm tu. hahahaha:)

Liza @ Adzriel AB said...

Alip Apai : termelatah jap..

Aku Ibu Muda said...

kdg orang yg baru2 nak berjinak ngan dunia maya ni tak reti dan tak fahan. penggunaan tanda seru, huruf besar...dlm penulisan tu menggambarkan ketidakpuashatian dan jugak marah. tak sopan lah dtg tmpat org pastu nk serang2 kan.

Seboleh2 nya kita elakkan la..

manueng said...

biarkan aje la kak liza...tu kalau dia baca balik komen dia, mesti dia tepuk dahi...haha~ ;)

aimie amalina said...

hayooo
saba ye kak..biarlh kat anon tu
senget tu
nmpak tajuk terus komen gaknye..
adoiyaaaai..ish2..

Daddy Ziyyad said...

Abaikan aja komen dari si pengecut/dayus itu. Sekian.

Liza @ Adzriel AB said...

Aku Ibu Muda : itu yg nak kena baca byk kali b4 post utk kata2 yg sensitif

manueng : alamak! mana kau pergi selama ni???

aimie amalina : alhamdulillah.. kak liza ok je yang.

Daddy Ziyyad : kesian kat dia laa..

Eye_nee said...

Sabar jer yer sis...dia kata kamu bengap...dia tu no manners...berhemah la sikit menulis..

manueng said...

berhibernasi...hehe=p