iklan

Followers

Pages

Wednesday, 19 October 2011

Tony Eusoff memang bukan Muslim

Terkejut juga aku baca entry Kak Aya bertajuk Tony Eusoff murtad. Nama ada bunyi Islam, aku ingat dia memang muslim. Rupanya dia Kristian, jadi apa nak kisah. Memang bukan Islam pun. Tapi lakonannya sebagai lelaki Islam dalam drama berkesan juga.

Aku setuju dengan kata-katanya "...banyak lagi nama yang mempunyai Bin dan Binti tapi mereka sendiri tidak beragama Islam". Mendalam tu maksud dia.

Macam biasa aku search kat google berita tentangnya. Antara yang aku jumpa :
- Tony Eusoff jawab teka-teki soal bangsa dan agama

Ingatkan aku yang sebagai orang biasa-biasa selalu melihat artis di kaca TV saja yang tak tahu, rupanya ada wartawan sendiri yang tak tahu latar belakang agama Tony Eusoff hingga menimbulkan kemarahan pada pelakon tersebut. Buat cerita tapi tak selidik dulu memang tak baguslahkan. Lepas tu macam yakin sangat cerita kita ni betul. Hal agama memang sensitif.
- Tony Eusoff Berang Tuduhan Murtad

Pengajarannya jangan suka-suka menuduh kalau tak tau kisah sebenar. Lagi pun tak elok main tuduh-tuduh dan dedah kat public ni. Buka aib orang je bila sebut nama-nama tertentu dengan jelas. Tapi kalau yang tak makan saman dan tak sedar-sedar tu macam mana pulak ye?

sumber gambar Tony : http://www.budiey.com/sekitar-majlis-berbuka-puasa-aquila-emas-di-hotel-federal/

7 comments:

A.s.t.i.n.a said...

memang betul kak.. org Melanau ade 2 agama.. ade yg ismam ade yg kristian tp ade bin dan binti mcm kita... takde maksud tersirat.. Tanya siapa2 org Sarawak psti tahu.


cuma kalau meninggal tu kami panggil mendiang untk yg bukan islam

zahidah seran said...

dulu ade kuar kat tv kisah Tony ni balik kampung kat sabah ke sarawak gitu...lupa...
mmg dia bukan Islam...

sitiebby said...

salam kak,
nk komen jgk la. kak, pasal nama tue, kt cni @ sarawak, mmg selalu jumpe la nama yg ber bin @ binti tapi bkn islam. jgn salah fhm ye. kbanyakan yg gn bin @ binti kaum melanau la di sarawak nie, lain kaum ada, tp xbyk sgt. dr pandangan sy, mayb kaum melanau ni, dh lama dduk berdekatan @ gaul dgn kaum melayu, so mereka ikut cr org melayu la.
sm mcm A.s.t.i.na tue, jika die bkn muslim, jika meninggal, panggil mendiang & dikuburkan di perkuburan kristian la.
ini je la nk dikongsi.

sitiebby said...

salam kak,
nk komen jgk la. kak, pasal nama tue, kt cni @ sarawak, mmg selalu jumpe la nama yg ber bin @ binti tapi bkn islam. jgn salah fhm ye. kbanyakan yg gn bin @ binti kaum melanau la di sarawak nie, lain kaum ada, tp xbyk sgt. dr pandangan sy, mayb kaum melanau ni, dh lama dduk berdekatan @ gaul dgn kaum melayu, so mereka ikut cr org melayu la.
sm mcm A.s.t.i.na tue, jika die bkn muslim, jika meninggal, panggil mendiang & dikuburkan di perkuburan kristian la.
ini je la nk dikongsi.

atiqsalleh said...

kan pernah kuar kat tv yg die kata die bukan islam.. dia ada tatu kat belakang pinggang rasanya.. tatu tue lambang keluarga die... kalo kat sabah serawak tue. standard la diowg ber bin & binti dgn nama ayah

Sebastian Sutar said...

tony eusoff nama sebenar die tony joseph la, yang eusoff tu nama komersial dier. Dia ni berketurunan bidayuh dari Kuching , Sarawak.

EpiQ said...

Eusoff ~ yusuf = joseph