Berniaga kena ikhlas, sumber dari SINI |
"Saya buat ni ikhlas kak!".
Sukanya kita dengar bila orang tu melakukan kerja-kerjanya dengan ikhlas. Moga murahlah lagi rezekinya.
Ikhlas melakukan tugasan dengan upah yang telah pun dipersetujui sejak awal lagi. Kita tak minta dia buat kurang mahu pun extra tugasan daripada apa yang bersesuaian dengan jumlah upahnya. Jika dia buat lebih tugasan atas inisiatif sendiri pun kita gembira kerana ikhlas katanya. Kita pun tak perlu nak beri extra upah kerana bukanlah itu perjanjian asalnya. Lainlah jika kita pun ikhlas nak memberi lebih upah.
Tetapi biasa kita dengar istilah 'ikhlas tapi jauh' atau 'macam tak ikhlas je!'. Mulut mengkritik di luar waktu tugasan kepada orang lain kerana upah diterima tidak setimpal dengan tugasan katanya. Padahal itulah upah yang dipersetujui sejak awal lagi antara kedua belah pihak.
Sebab itulah mulut jangan berkata "bayarlah berapa pun seikhlas hati tuan!". Bila jumlah bayaran yang dihulurkan sedikit, hati mula berkata "kedekutnya orang ni! Aku susah payah tolong buat kerja ni, banyak ni je dia bagi?".
Letaklah terus harga upah yang anda inginkan. Tidaklah nanti hati resah kerana tak puas hati dan mulut mula menjaja cerita ke sana-sini dek kerana tak puas hati. Si pembayar upah pula mula kecil hati dan mungkin jadi marah akibat dirinya diburuk-burukkan tadi. Maka terjadilah permusuhan dengan dosa pun terhimpun sama.
Pihak yang memberi upah pun tanyalah harga dulu untuk pastikan mampu bayar atau tidak supaya tak timbul rasa sakit hati jika situasi tadi berlaku. Kalau tak mampu jumlah yang disebut, tak perlulah nak suruh orang buat. Ini dah suruh buat kerja baru nak tanya upah.
Ambil tahulah nilai upah semasa agar tidak beza jauh rendahnya dengan nilai kerja yang dilakukan.
Situasi berbeza jika kedua-dua pihak benar-benar ikhlas dengan tanggungjawap masing-masing. Hati orang kita tak boleh nak jangka. Kadang nampak macam elok aje tetapi sering mengungkit di belakang kita. Kita pun pandai-pandailah nak menilai. Jangan hanya tahu nak untung hingga mengambil kesempatan atas beralah dan diamnya orang lain hingga kita secara tidak lansung telah pun menindasnya.
3 comments:
Saya komen ni ikhlas kak.....ahakz....den pun cukup takut bila org kata...beri lah berapa nak beri.....susah tul...
betul tu..lebih baik terus letak harga daripada dok mengata2 pulak lepas tu..
Sungguh la, baikla letak terus berapa upah yg patut diberi. Pakai cakap 'bagi ikut ikhlas hati' tu buat akak susah hati ja, nanti tarik muka pulak dia bila kita bagi tak macam yg dia harapkan.
Post a Comment