Kicap cap 3 ayam antara yang terawal.
Pernah juga cuba kicap manis Adabi dan jenama Jalen.
Tapi sedap lagi kicap cap Kipas Udang ni.. anak-anak tak mahu dah yang lain.
Sejak dua menjak ni aku perhatikan betul-betul harga sebotol kicap kicap Kipas Udang dah cecah harga lebih dari RM5 bagi botol kecil. Amboiiiii! Awat mahal sangat. Rasanya dulu aku tengok dalam RM3 lebih je. Kuat benor ke kipasnya.
Maka bermulalah cinta beralih arah mencari kicap alternatif. Hubby aku cuba beli kicap Enaq yang botol kecil. Baru RM3 lebih sebotol. Hubby beli di pasaraya Tesco, Nilai. Yang tak bestnya botol-botol kicap Enaq ni dia tak susun sekali dengan jenama kicap-kicap lain. Tak patut betul dan confirm aku bersangka buruk! Harap nanti depa letak sekali sama kelompok dengan kicap-kicap jenama lain.
Cilok gambar kicap enaq dari :
Kalau aku tahulah statistik jualan kicap Kipas Udang gara-gara kenaikan harganya kan best. Nak tahu juga ada penurunan atau pun peningkatan. Kadang untung banyak yang nak dikaut, terjadi sebaliknya pula. Kalau naik seposen dua tu tak de terasa bebeno. Ini lebih daripada RM1 dah nak RM2.. lebih 50% tu!
Hati-hati kicap Kipas Udang tiruan di SINI.
8 comments:
hehe..kicap cap tiga ayam tu zaman saya kecik dulu..skang ni memang pelanggan setia jalen..tapi suka yg kuning atau oren..lemak!
Kicap cap ayam biru tu yg paling sedap makan dnegan telur setengah masak.
Weee... sungguh! Saya pun gemar makan nasi dengan kicap.. Kalau dapat nasi putih + ikan masin/telur mata + kicap pun dah cukup..
Favourite kicap jalen dengan kicap mudin..~ heee
kicap cap ayam tak pernah rasa lai....makan kicap maju je...
Akak pun suka kicap kipas udang tu. Mahal pun terpaksa beli jugak dah itu ja kicap yg jalan kat rumah :)
saya gunakan kicap bila makan telur mata kerbau aja..ehehehe
kuah kicap campur cili saya makan cecah dgn pisang goreng/keledek--ni JB style :P
salam.... saya mmg bekas penguna kicap kipas udang. di sebabkan harga die melambung setinggi gunung, saya telah diberi cadangan untuk cuba kicap baru oleh promoter kat pasaraya. Bole tahan sedapnye. Tgk label org Islam punye. Harga pun masih mampu untuk dibeli. RM3.50 sebotol je untuk 430ml. Lepas kira2... 1ml=RM0.008 (RM3.50 bahagi 430ml, dapat la 1 ml = RM0.008) Korang kira la sendiri kicap lain. Kicap nie mmg murah gile rupenye... bentuk die je besar. tp harga murah. saya suggest 100% beb... Kicap ENAQ nama dia... Bole ushar2 kat website dia. www.enaq.com.my

Post a Comment