Biar apa pun alasan cikgu tu, ia merosakkan nama baik guru-guru tadika lain yang berhemah dan penyayang. Syukur guru-guru anak-anak aku tak begitu.
Asyikin, 12 tahun dah sekarang pernah mengalami masalah yang sama tentang membezakan huruf b, p, d dan q. Dia sukar membezakan bunyi huruf b, p, dan d. Sukar pula bezakan rupa huruf q. Dia buntu dengan 4 huruf ini. Lewat aku kesan masalah ini ketika usianya dah masuk 9 tahun.
Anak aku 9 tahun bermasalah dengan huruf b, tetapi anak kawan aku baru saja 5 tahun di rotan kerana masalah yang sama. Agaknya kena rotan awal supaya tak melarat masalah ini sampai usia 9 tahun.
Apa yang aku buat untuk betulkan keadaan dengan buat kotak, bahagikan kepada 4 bahagian. Aku tulis semua huruf p, b, d dan q pada setiap bahagian.
Hari ini bila aku taip entry ini, baru aku perasan bahawa masalah membezakan 4 huruf ini bukan terjadi pada anak aku saja. Ia masalah yang berlaku juga pada segelintir anak-anak kecil di luar sana. Kalau tidak bagaimana aku dapat copy paste gambar ini dari Google.
Ada buku ditulis tentang masalah ini. Aku jumpa gambar ni di SINI.
Setiap hari aku ajar anak aku dengan sebutan yang betul berulang-kali. Sebut dan tulis hingga dia benar-benar mahir. Itu saja yang mampu aku lakukan.
Aku tampal gambar huruf yang 4 bahagian tu di dinding bilik tidur. Buat perkataan yang menggunakan huruf-huruf tersebut untuk dia baca.
Kemampuan anak-anak kecil sering berbeza biar pun lahir dari benih yang sama. Apatah lagi jika berbeza ibu dan bapa pula.
Ada yang mahir membaca tetapi lambat penulisannya, begitu juga sebaliknya. Ada yang mahir kedua-duanya dan lebih sukar bila sebaliknya pula. Belum kita uji dengan hal pengiraan lagi.
Kisah seorang insan istimewa, Temple Grandin yang aku tonton di TV Al-Hijrah minggu lalu juga memberi sedikit kesan pada diri aku betapa anak-anak itu jangan dinilai sangat kelemahannya. Carilah di mana kelebihannya agar kelemahan itu dapat diatasi secara tidak lansung.
Temple Grandin |
Apa itu autisme? Rujuk ; http://ms.wikipedia.org/wiki/Autisme
Kisah hidupnya dijadikan filem yang patut korang tonton. Aku dapat trailernya je di youtube :
Movie Bollywood hasil kerja Amir Khan ini pun mampu mengalirkan air mata.
Anak-anak, anugerah paling berharga!
12 comments:
filem amir khan tu mmg mnjdi.. kyra yg blum kwin apatha lg ada ank ni pun mngis tgok filem ni..:(
kenapala dirotan budak tu...baru 5 tahun....baik rotan cikgu tu balik...
cikgu tu melampau. Anak saya yang no 3 pun ada masalah sama, tp skrg nampak semakin baik walau ada masa tersasul juga...
betul2 apapun kekurangan nya anak2 adalah anugerah paling x ternilai buat kita. Ade sebenarnya cara pengajaran dan pendekatan terbaik buat anak2 bermasalah begini
Salam.
Boleh pula cikgu tu macam tu. Masa mengaji dulu tak diajar ke ada budak2 bermasalah macam ni?
p/s: Cerita temple grandin tu memang sangat memberi semangat. Lepas tengok movie tu terus search pasal dia.
secara peribadi, mmg saya tak akan hantar anak saya ke taska/tadika seawal 4-5 tahun. Saya percaya kepada home education, bukan sistem persekolahan yg lebih kepada exam orientation macam di Malaysia ni. Lets children,be children...kasihan, seawal 4 tahun, dan ada 3 tahun, di hantar ke tadika...masa sebegini patutnya mereka bermain sambil belajar di rumah...Tgk lah apa cikgu tadika bodoh tu buat kat anak rakan akak tu...Tak tahu teknik mengajar, budak seusia 5 tahun di pukulnya..kalau saya, mmg saya serang tadika tu.
ishhh cikgu tue boleh merosakkan nama cikgu-cikgu yang berdidikasi yang lain..apalah sangat yang diharapkan dengan anak-anak yang berusia lima tahun..
sedih betul bila dengar kejadian macam nehh..taktaulah keadaan sy kalau ianya berlaku pd ank sy..ank-ank baru nak mengenal dunia persekolahan tapi cikgunyer tanamkan perasaan bencikan sekolah susahnya sekolah garangnya cikgu...
Ya Allah...
anak saya masa tadika 5tahun penah di ketuk kepala sbb x pandai baca.sampai skarang saya ralat sangat..lepas kena ketuk tu setiap hari menangis xnak gi tadika.2 minggu dia menangis setiap pagi sampailah saya tanya,apa mslh..baru dia cakap.sy nyesal marah tanpa usul periksa.
semua budak ada mslh takleh beza b dan d ni..
first of all..nak like comment daddy zz..hehehe..
geramnya dengan cikgu tu..melampau la rotan kat muka..even dalam islam pun ajar tak bagi rotan kat tempat2 sensitif..mcm mana boleh jadi cikgu agaknya..
cerita temple grandin tu baru ditayangkan kat tv Alhijrah.
memang hebat temple tu.. sapa sangka kanak2 autisme seperti dia boleh berjaya sampai macam tu
cikgu yang suka2 nak rotan budak kecik ni patut pegi sekolah balik.. belajar cara betul nak didik budak2, lebih2 lagi yang bawah 6 tahun ni....
B dan d tu common kak liza...bila dah selalu reading dan kita betulkan...Oklah nanti...tadika kat mn tu kak...kesian budak ...
Kalau berpanjangan boleh dikata penyakit dyslexia. Tapi kalau masih anak-anak kakak rasa tak adalah, dan masih boleh dididik dan berikan tunjuk ajar bukan cara merotan tak sayang ke?
Post a Comment