iklan

Followers

Pages

Wednesday 1 August 2012

Berapa lama lagi nak berhutang? Bila nak habis?

Sumber gambar dari SINI
"Charles* ialah seorang eksekutif jualan serantau yang berjaya. Beliau mempunyai dua orang cahaya mata yang masih kecil dan seorang isteri yang cantik. Beliau sentiasa tahu bagaimana untuk menguruskan wang dengan baik dengan cara hidup mengikut kemampuan.
Beliau sudah bertahun- tahun menggunakan kad kredit secara berhemat. Beliau juga tidak pernah menyalahgunakan kad kredit dan sentiasa melunaskan pembayaran semula dengan kadar yang segera. Namun begitu, beliau tidak pernah membuat simpanan wang untuk kegunaan di waktu kecemasan. Ini menimbulkan masalah kewangan kepada beliau.
Selain daripada isteri dan anak-anak, Charles juga turut menyara bapanya yang semakin meningkat usia. Apabila bapanya memerlukan wang untuk kos prosedur rawatan, beliau akan bertanggungjawab untuk membayar kos rawatan tersebut dan sering menggunakan kad kredit untuk membiayai rawatan tersebut. Namun apabila menerima notis daripada pemiutang, barulah beliau sedar bahawa beliau tidak mampu untuk membuat pembayaran semula kad kredit tersebut.
Pertengkaran besar telah berlaku di antara Charles dan isterinya menjadikan keluarga itu tertekan. Hal ini adalah kerana mereka tidak tahu bagaimana untuk berurusan dengan pemiutang dan dikhuatiri mereka tidak lagi mampu untuk menanggung perbelanjaan harian mereka sendiri.
Charles mendapat tahu tentang perkhidmatan kaunseling kredit dan pengurusan hutang lalu segera menghubungi kami bagi mendapatkan bantuan. Setelah bertungkus-lumus berbincang dengan pemiutang terbabit, kami berjaya mengurangkan pembayaran hutang bulanan Charles sebanyak 70%.
Charles telah mendaftar dirinya dalam program pengurusan kredit yang kami sediakan dan turut mengikuti jadual pembayaran balik yang diberi. Beliau berhajat untuk menyelesaikan tunggakan kad kredit walaupun jumlahnya agak besar. Kami mencadangkan kepada beliau untuk menjual apartmen yang beliau duduki dan mereka sekeluarga boleh berpindah ke rumah bapanya yang sedang sakit tenat.
Charles menerima nasihat itu dan berjaya menyelesaikan sepenuhnya hutang kad kredit yang tertunggak. Beliau juga mampu menyimpan sejumlah wang baki daripada bayaran itu ke dalam akaun simpanannya. Kini Charles boleh menarik nafas lega kerana masalah kewangan beliau telah dapat diatasi dengan baik.
*Nama individu dalam cerita ini telah diubah untuk melindungi identiti individu berkenaan. Kisah kejayaan ini hanyalah bertujuan memaklumkan pembaca tentang perkhidmatan AKPK dan sebagai nasihat untuk pembaca dari sudut pengurusan kewangan."
Kisah ini aku petik dari website AKPK, singkatan bagi "Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit" adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk membantu individu yang bermasalah dengan pengurusan kewangan mereka hasil daripada kesilapan dalam penggunaan kredit dan pinjaman wang.

Ini hanya sebahagian daripada kisah-kisah yang dipaparkan di situ. Kisah mereka yang menghadapi kebuntuan dalam usaha membayar hutang-hutang bank yang tertunggak.

Nasihat aku jika ada antara kalian yang ada masalah sedemikian, eloklah mengadu ke AKPK. Insyaallah! Dapat juga meredakan minda kalian.

Memang benar selama berurusan dalam melunaskan hutang melalui AKPK, kita tidak boleh buat sebarang pinjaman bank. Tetapi jika disoal semula pada diri sendiri, adakah sekarang pun kita layak membuat pinjaman bank? Berapa lama kita nak habis berhutang jika hanya mampu membayar nilai minimum bagi hutang kad kredit kita?

Rata-rata aku dengar ramai yang takut nak mengadu dengan AKPK sebab takut kena 'black list' oleh Bank Negara. 'Black List' selagi berhutang, bila habis hutang maka nama pun bersihlah. Macam rakan aku kena 'black list' kerana terpaksa menanggung hutang saudaranya. Dia jadi penjamin, terpaksalah tanggung salah orang. Tapi sekarang namanya dah 'bersih' di Bank Negara, maka dapatlah dia beli kereta baru, sepadan dengan gajinya.

Sekurang-kurangnya jika kita mengadu dengan AKPK, segala faedah yang dikenakan oleh pihak bank akan terhenti, noktah! Kita hanya perlu bayar jumlah hutang yang sedia ada tanpa faedah lagi mengikut kemampuan kewangan kita. Bayarlah sampai habis!

Maklumat lanjut, intai-intailah website AKPK ; http://www.akpk.org.my/my/

4 comments:

Rozita Ceritaita said...

memang bagus sangat entry ni... saya pun dah sedar lepas pergi seminar anjuran AKPK... sekurang-kurangnya kita berjaya menahan dari menanggung beban hutang pun dah cukup baik..

Dr K said...

nak raya ni, mmg ramai org yang hobi dia tambah hutang...kereta baru, sofa baru, henfon baru...tak pa lah..mereka ni jutawan agaknya, duit tak tahu nak buat apa...hahaha

nur said...

selain tu banyak juga blog2 yg bagi tips kewangan.. kena rajin explore la..
:)

ummiross said...

Salam Liza, salam bertemu kembali.
Selamat menunaikan ibadah puasa bersama keluarga tercinta.

Nak kawin pun ramai yang berhutang sekarang kan..