iklan

Followers

Pages

Tuesday 14 August 2012

Sultan yang menjadi kesayangan rakyat jelata

Memang selalu aku membaca tentang baginda yang sangat disayangi oleh rakyat negerinya. Malah baginda juga dihormati oleh rakyat-rakyat dari negeri-negeri yang lain. Pagi ini kisah yang aku baca dari facebook page ini mengusik perasaanku yang merasa amat terharu. Betapa bertuahnya negeri itu punya seorang raja yang sangat merendah diri, alim dan berbudi bahasa.


Bacakan perkongsiannya :

"Ma Sha Allah!! Perkongsian hebat dari seorang warga Kelantan, Wan Norhaziki Wan Halim:

Suatu hari ketika saya di tingkatan tiga, saya ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk mendirikan solat Jumaat.

Di dalam masjid, saya berasa hairan kerana para jemaah tidak berani menduduki beberapa helai sejadah kuning yang dihamparkan di belakang sejadah imam.

Tanpa mempedulikan orang lain, saya terus bersolat tahiyyatul masjid di atas sehelai sejadah kuning bersebelahan sehelai sejadah kuning empuk yang paling istimewa.

Ketika beri'tikaf, saya mula menyedari bahawa diri saya sedang diperhatikan oleh orang ramai termasuk tuan imam.

Tidak lama kemudian, beberapa individu berbaju Melayu kuning bersamping datang ke arah saya lalu duduk di atas sejadah-sejadah kuning berkenaan.

Baru saya menyedari bahawa Sultan Kelantan (Sultan Ismail Petra) duduk betul-betul di sebelah kiri saya di atas sejadah empuk tadi.

Ketika itu, saya mula rasa bersalah dan bertekad hendak mundur ke saf belakang kerana menyedari bahawa sejadah yang saya duduki di sebelah baginda sultan itu telah dikhaskan untuk seorang individu.

Ketika saya cuba berundur ke belakang, seorang pemuda yang saya yakini merupakan pemilik sejadah tersebut menghalang saya dari berundur dan beliau duduk bersebelahan saya.

Ketika bersalaman dengannya, beliau menghadiahkan senyuman manisnya kepada saya. Hari ini pemuda tersebut telah bergelar 'Sultan' bagi Negeri Serambi Mekah.

Jika dahulu semasa bergelar 'Raja Muda' baginda pernah membenarkan sejadahnya dipijak oleh saya, hari ini pula setelah bergelar 'Sultan' baginda telah membenarkan mahligainya diinapi oleh ribuan rakyatnya untuk berqiyamullail.

Uniknya, jika dahulu 'Istana Air Mata' pernah mengundang kontroversi di kalangan rakyat jelata, harini 'Istana Air Mata' telah mencatatkan sejarahnya di mana ribuan rakyat jelata bersama-sama rajanya telah menitiskan air mata di suatu malam di bulan yang penuh mulia."

9 comments:

Jey said...

Terbaik lah..
semoga Allah mengrahmati DYMM Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra

Muhammad Izuan said...

indah manusia kerana budi...

Prettywrite said...

menitis air mata baca entri ni..
kalo raja boleh jadi perdana menteri..
i choose him..:)

Dr K said...

ya, saya rakyat negeri Johor. saya bangga dengan Sultan Kelantan, dan malu dengan sultan negeri saya sendiri

pB said...

kalau raja boleh jadi PM ....
pB pun pilih dia

Elih Japahar said...

Alangkah baiknya kalau PM kita mcm ni..:(

norulaina said...

salam ziarah..
sekadar berkongsi, saya bangga jadi rakyat kelantan, dulu kini dan selamanya :)

-Sara- said...

subbahanaallah..tak sangka kan..mmg nmpk dr gaya die tu mmg humble orgnya :)

Irfa said...

;)