iklan

Followers

Pages

Monday, 18 March 2013

Aku jadi cikgu Sains tingkatan 3... mencabar juga!

Gambar dari SINI
Cabaran ibu bapa dulu mendidik anak agak berbeza berbanding zaman sekarang. Cara pemikiran ibu bapa sendiri turut berbeza, begitu juga dengan anak-anak yang seiring dengan perkembangan teknologi sekarang. Apa yang berlaku di sekitar kita sangat mempengaruhi hingga kadang tak terjangkau dek akal kita sebagai ibu bapa.

Anak-anak remaja zaman sekarang boleh dikatakan sangat 'advance'! Mengetahui terlalu banyak perkara sebab terlalu banyak input. Perkara yang baik tu baguslah... masalahnya bila yang baik bertukar buruk.

Malam tadi saja nak follow-up subjek Sains anak lelaki yang tingkatan 3. Dah belajar sampai bab 4 katanya. Aku selak bab 1 hingga 4. Semuanya dalam Bahasa Inggeris.

Aku bertanya padanya yang aku panggil 'abang' atau 'Amirul' :

Aku : Selalu abang jawap dalam Bahasa Inggeris atau Melayu?
Amirul : Bahasa Inggeris! Tapi kalau Amirul tak pasti perkataan tu, Amirul guna Bahasa Melayu je!
Aku : Mama tak kisah abang nak guna BI atau BM, asal jawapn betul! Macam yang cikgu ajar, abang kenalah lukis semula gambar-gambar organ ni dan faham fungsinya supaya lagi cepat ingat. Kalau study macam tu je lambat ingatnya.
Amirul : Ok! (sambil angguk kepala)

Bila aku uji, nampak macam ok je dia terangkan. Aku memang risau sebab anak aku yang nombor 2 ni perlu disuruh untuk belajar. Jika tidak dia akan leka dengan 'computer game' dan 'youtube' kartunnya.

Aku risau juga tahun ni dia bakal hadapi peperiksaan PMR. Keputusan UPSRnya tanpa A... tapi tak mustahil boleh dapat 8A jika dia konsisten dengan usahanya hingga hari periksa nanti.

Sebagai ibu yang selalu rapat dengannya, aku melihat keupayaannya mengingati fakta hanya dengan mendengar sejak tadika lagi. Tetapi dek kerana dibiar leka dan fokus pada game saja, maka fakta penting itu lama-lama hilang dari ingatannya.

Tahun lepas keputusan peperiksaannya menjadi lebih baik lebih kurang 50% berbanding keputusan pertengahan tahun hanya kerana dia belajar 4 hari dengan lebih serius sebelum peperiksaan. Itu pun jenuh diingatkan oleh aku dan hubby setiap malam.

Aku kata padanya "abang bukan tak pandai tapi malas je!".

Macam biasa anak aku tu tersengih aje!

Melihat bab 4 dalam subjek Sains agak menggusarkan tetapi aku perlu berpandangan positif. Tajuk bab 'Reproduction' tentang biologi lelaki dan wanita. Juga tentang bagaimana anak dihasilkan.

Terasa macam cikgu Biologi pulak aku bila bercerita tentang proses itu pada anak aku. Mencabar tu bila ada juga penerangan tentang 'perancang keluarga' dalam tu.

Rasanya korang berani tak nak terangkan pada anak-anak korang. Nak tak nak aku terangkan jugalah secara bercerita dan bertanya padanya. Menerangkan secara ilmiah dan serius.

Sebelum tu ada juga berbincang dengannya tentang bab jantung, bahagian-bahagian jantung hingga aku perlu tunjuk padanya kedudukan jantungnya sendiri. 4 bahagian yang ada serta fungsi-fungsi dengan menunjukkan arah darah bergerak menggunakan jari di dadanya.

Bila diingat semula apa yg aku ajarkan padanya malam tadi, patutlah sering saja anak-anak bertanya "kenapa mama tak jadi cikgu?".

"Duhai anak-anak mama! Mama ni tak konsisten, ada moody sikit!"...

Kenapa aku buat semua ni? Aku cuba mencari cara pembelajaran yang lebih berkesan untuk anak-anak. Aku ingin mereka faham cara yang betul dan lebih kepada untuk mencari ilmu dalam bab 4 tadi.

Sempat aku titipkan nasihat berkaitan bab 4 padanya "abang fahamkan, bila lelaki dan perempuan melakukan sesuatu bersama-sama seperti dalam buku ini tanpa ikatan perkahwinan yang sah adalah haram dan berdosa? Ia bukan setakat setakat dosa tetapi ia akan merosakkan akal, maruah, kesihatan dan minda. Mama kata begitu sebab kesan jika pregnant anak luar nikah dan kesan selepas itu... bla..bla.., kesan melakukan perkara terlarang akan buat minda kita resah, risau dan sentiasa berasa banyak masalah walau pun orang tak tahu tetapi hanya Allah yang tahu!".

"Mama pesan sebab banyak dah berita tentang kes-kes begini di kalangan remaja yang kadang hanya tersedar bila dah melakukan kesilapan. Jadi! Sebelum kita buat silap, pastikan perkara-perkara yang patut kita elak!", tambah aku lagi.

Ada perkara yang aku agak berterus-terang dengan anak-anak ikut peringkat usia juga. Zaman sekarang kena berhati-hati.

Pendapat peribadi aku perlu jelaskan tips-tips keselamatan anak-anak lebih awal kerana kita sering merasa "Ah! Tak mungkin anak aku buat perkara-perkara tak senonoh tu!".

Tapi banyakkan anak-anak remaja yang melakukan perkara-perkara yang tak sepatutnya sebelum usianya.

Tapi jelaskan dengan cara yang wajar. Jangan buat mereka rasa seperti kita tidak mempercayai mereka pula. Ingatkanlah jika mereka melakukannya maka mereka jugalah yang akan melalui kesan buruknya.

"Jika abang ada masalah biar sekecil mana sekali pun, jangan malu kongsi dengan mama! Jangan ada rasa masalah tu masalah bodoh-bodoh je jika ianya buat abang susah hati."

"Mama tak mau masalah yang kecil jadi besar pulak nanti!".


3 comments:

umiawadah said...

saya seganlah nak terangkan bab2 tu kat anak lelaki...mungkin secara tak langsung boleh kot...nasihat secara lalu je ke...anak saya pun PMR tahun ni,kalau nak tengok apa dia belajar waktu cuti je lah,dia tinggal di asrama...risau juga saya..

Liza @ Adzriel AB said...

Ummiarissa Mahdi : tak pe kalau segan.. just ingatkan dia belajar utk masa depan. maka dah tentu dia akan study apa yg cikgu dia ajar. ada perkara yg kita boleh ajar, ada yg kita rasa tak mampu nak buat. samalah kak liza pun.. ada kurang juga dari segi kesabaran. banyak manfaat dia dok asrama tu... apa pun jadilah kawan yg anak2 percayai utk kebaikan.

Irfa said...

igt lagi masa skolah lukis2 mcm ni
paling suka lukis peta.hihi