iklan

Followers

Pages

Friday, 22 March 2013

Hutang dengan anak sendiri pun kenalah bayar!

gambar dari entry 'Hutang halang masuk syurga'
Rakan aku mengadu abang iparnya berhutang sebanyak RM2000 sejak 6 tahun yg lalu. Hingga sekarang 1 sen pun belum dibayar. Rasanya kalau dia bayar sebulan RM30 tentu hutang tu dah habiskan!

Perhhh... kalau hutang dengan bank yang kena 'interest' ni tentu dah berganda-ganda duitnyakan!

Nak kata tak berduit, 2 tahun lalu boleh pulak abang iparnya bertukar kereta baru....

Nak kata tak tahu hukum hutang, posting agama bukan main lagi kat facebook.

Katanya tak sampai hati nak minta abang iparnya bayarkan hutang tu. Ada juga berkias-kias katanya tapi abang iparnya macam tak faham pulak. Tak tahulah memang tak faham atau saja tak faham.

He..he.. dia tak faham bahasa kias-kias ni agaknya. Ada orang kalau dah bengang dengan orang yang susah nak bayar hutang ni maunya di'bahasa'kan dengan jelas! Macam 'ah long' yang bagi amaran secara jelas dan terang.

Ishhh... takkan kita nak buat macam tu kot kat ipar sendiri. Terputus pulak hubungan adik-beradik nanti! Cakap baik-baik le...

Tak pelah wahai sahabat! Nak minta lebih-lebih kat ipar sendiri pun jadi gaduh pulak nanti. Insyaallah Allah ganti dengan nikmat lain.

Kita ni kalau selalu nak memikirkan duit atau harta yang 'hilang' dari genggaman memang mengganggu jiwa raga. Memang sukar nak lupakan tapi berusahalah untuk lupakan dan berusaha lebih gigih untuk mencari gantinya sendiri. Insyaallah kalau memang ianya rezeki kita, ia akan datang baliklah. Jika tidak kira redha ajelah! Tabahkan hati.

Jangan lupa doakan je lah suatu hari dia akan bayar juga hutang tu!

Hutang kena bayar walau pun dgn mak/ayah/kakak/abang/adik sendiri, saudara mara. Malah hutang dengan anak sendiri yang masih dalam tanggungan kita pun kenalah bayar juga. Sikap kita dalam urusan berhutang boleh menjadi ikutan anak.

Senang kata kalau kita berhutang dengan sesiapa pun memang wajib le bayar! Kalau tak dapat sekali gus, berusahalah sedikit-sedikit. Hutang sesama insan pun takkan ada 'interest' kot? Lain le kalau hutang dengan 'ah long' dan bank-bank!

4 comments:

ANIM said...

agaknya disangkakan kita dah menghalalkan hutangnya itu

puteraduyong said...

hutang memang wajib dibayar... kalau tak berat beban nanti kat sana...

Amanina said...

salam..singgah pagi. betul2
takut kalau tak bayar hutang pinjaman.

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/