iklan

Followers

Pages

Monday, 18 March 2013

Mudahnya buat pahala dengan 'wakaf'!

Orang kata nak buat dosa tu mudah je! Berkata 'Ahh..' pada ibu kita pun dah dikira dosa jugakan.

Nak buat pahala pun mudah juga sebenarnya. Seperti kita memberi senyuman ikhlas pada orang lain pun dah pahala. Bukan senyuman menggatal atau senyuman dengan ada niat tak baik pulak ye!

Bila kita selalu ingat perkara negatif akan buat banyak kerja-kerja positif kita terbengkalai. Boleh kita nak risaukan kesan negatif tapi sekadar panduan untuk melakukan yang positif agar tidak tersilap.

Niat kita nak solat di masjid memang hal positif tetapi bila mula memikirkan perkara-perkara negatif seperti "jauhlah", "cuaca hujanlah", "cuaca panaslah" dan mungkin ada lagi alasan lebih hebat menjadikan niat positif tadi tak dijadikan realiti. Lansung tak jadi nak buat!

Pesanan berkali-kali dari sahabat aku "Hang toksah dok pikir benda-benda yang negatif ni! Satni semua kerja tak jalan".

Rasa nak tonjol kepala aku sendiri dengan jari selalu agar ingat pesanannya dan jangan banyak beralasan.

Terima kasih sahabat perjuanganku Kak Ras dan Kak Maz yang sama-sama dalam bidang Unit Amanah atas nasihat kalian. Sahabat yang baik akan menasihati rakan yang sering lupa seperti aku. Aku pula wajib menghargai sahabat yang menasihat atas fakta untuk kebaikan tanpa mengira apa jua bidang yang aku ceburi.

Pegang tangan ibu, ayah, suami, isteri, anak-anak dan insan-insan yang muhrim kita dengan rasa kasih sayang itu mendatangkan pahala. Tak perlu berkata apa-apa pun!

Memberi nasihat yang mudah untuk kebaikan pun pahala. Mengutip sampah untuk kebersihan diri sendiri dan orang lain pun pahala. Mudah je! Tapi lakukan dengan seikhlas hati.

Seorang sahabat aku tiba-tiba menyatakan hasratnya untuk buat perigi.

"Eh! Tak de paip air ke?", tanya aku dengan nada bergurau.

"Mana ada Za! Ini nak buat kat Kembojalah!", balasnya sambil menunjukkan kertas cadangannya pada aku.

"Ini macam pam air masa Liza kecik-kecik kat kampung dulu je, masa kat Perak!", teringat zaman usia 4-5 tahun dulu di rumah arwah nenek belah mak di Kampung Lasah, Perak.

Sebijik samalah rupanya!

Ya Allah! Tersentap sekejap hati aku. Pam ini aku pernah guna kira-kira 36 tahun yang lalu tapi mereka di negara Kemboja baru nak bina telaga seumpama ini. Betapa senangnya hidup aku sekarang.

Apalah salah jika aku memberi sedikit rezeki yang aku ada pada mereka di sana. Saudara aku juga, saudara Islam di Kemboja. Aku tak pandai nak cerita kisah mereka ditindas masa zaman kekejaman Pol Pot dulu ; boleh search kat Google.

Sahabat aku bercadang nak buat Skim Wakaf untuk projek buat perigi ini dengan mengumpul dana dari mereka yang sudi menghulurkannya.

Jika kalian berminat boleh tinjau di sini : Skim Wakaf - Water Pump needed in Cambodia.

Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang sahabat aku lakukan untuk masyarakat Islam di Kemboja. Antaranya ibadah Korban dan Aqiqah di sana. Dia juga mengatur pakej pelancongan ke sana dan mempromosi restoran-restoran halal di sana.

Aku memang harap sangat ramai antara sahabat-sahabat blogger aku yang join dalam saham akhirat ni. Tak perlu ada duit beratus ribu untuk join. Kalau kita transfer serendah RM1 pun dengan hati yang ikhlas, tentu besar ganjaran pahala kita dan sentiasa berterusan selagi perigi ini digunakan.

5 comments:

Sokha Sands Collection said...

satu usaha murni untuk masyarakat. tak kira lah apa bangsa dan keturunan mereka , tetapi mereka adalah umat islam dan setiap umat islam itu adalah bersaudara.Inshaallah dari saya untuk Saham Akhirat ini.

mas saari said...

kat rumah saya dulu pun pernah guna mcm.. masa tu zaman kecik2 lah..

diana said...

saya dulu sempat jugak la guna pump gini tapi bukan kat rumah saya..rumah jiran.umah saya masa tu pakai telaga je,,

Irfa said...

tq utk perkongsian
mereka sedara kita sesama islam

ANIM said...

bagus idea ni.berpanjangan pahalanya selagi air tak kering. selalu kita dengar wakaf quran, wakaf masjid, wakaf sekolah, wakaf tanah kubur..
tq for sharing