iklan

Followers

Pages

Thursday, 7 March 2013

Saya tak pandai! Mmm... sampai bila?

Korang biasa dengar bila kita suruh seseorang buat sesuatu maka jawapannya "saya tak pandai!" atau "saya tak tahu la!".

Tak kisahlah tak buat sebab tak pandai atau pun tak tahu. Yang aku kisah bila dah tak pandai dia tak reti pulak nak bertanya atau mencari ilmu untuk mencuba dulu. Menunggu je orang ajarkan atau paling mengada nak orang tolong buatkan untuk dia.

Serius aku tak suka dengar jawapan "tak tahu" atau "tak pandai" lebih-lebih lagi dari orang yang dah dewasa tanpa ada usaha terlebih dahulu. Aku faham kalau dah baca maklumat pun masih tak faham atau dah muncuba masih tak menjadi. Ini baru pandang dah kata "tak pandai". Mungkin nak bermanja agaknya!

Siapa yang akan terus pandai? Semua perkara yang kita pandai sebab kita mencari maklumat, mencuba melakukannya dan berlatih hingga mahir dan benar-benar pandai.

Aku pun tak pandai nak goreng ikan kalau tak cuba goreng sendiri buat pertama kalinya. Hampir hangus jugaklah ikan tu. Aku tengok mak aku goreng ok je... Konon-konon nak garing, lansung nak hitam ikannya.

Terkial-kial nak tukar tayar kereta sendiri. Tengok cara orang lain buat dan fahamkan juga langkah-langkah keselamatan dan cuba buat sendiri. Hal-hal yang serius kena jaga keselamatan juga ye! Jangan main bedal je!

Dulu rasa macam lembap giler nak menaip guna Microsoft Words, Excel dan Power Point. Tapi cuba juga guna dan tanya kawan-kawan jika ada masalah. Sekarang bukanlah expert sangat tapi bolehlah nak buat jadual, buat pelbagai jenis carta dan graf, edit gambar, buat presentation dan sebagainya guna semua tu.

Siapa yang naik basikal terus aje pandai? Kena tabah menghadapi dugaan dan rintangan. Aku pun tak ingat dah berapa kali aku tertiarap masa belajar tunggang basikal milik jiran kat Jengka masa masih di sekolah rendah dulu.

Sekarang aku tak berapa mahir menunggang motosikal yang guna cluth. Sebab apa tak mahir? Sebab aku malas nak memahirkan diri. Aku ada kereta kecil untuk ke mana-mana, jadi malas aku nak belajar motosikal guna cluth. Tapi kalau kecemasan mungkin aku akan redah aje menunggangnya. Tak pandai sebab kita memang tak nak berusaha. Camtu le!

Tak pandai tapi tak menyusahkan orang tu tak pelah juga. Ada aku kisah? Yang aku kisah bila dah tak pandai sebab tak berusaha lansung, kemudian menyusahkan orang. Macam kita tak ada kerja lain dari nak tolong dia buatkan.



"Hari-hari kau kena buat benda tu! Boleh tak kamu belajar buat sendiri sampai pandai? Aku faham kalau memang confirm kamu tak boleh buat! Tapi takkanlah setiap kali kamu nak ke sekolah, aku pulak yang nak kena gosokkan baju sekolah kamu? Dah sekolah menengah pun! Tak reti-reti lagi?".

Contoh je tu... nyaris anak-anak aku semua gosok baju sekolah sendiri. Kecuali le yang baru 4 tahun nak ke tadika tu. Melampaulah kalau aku nak suruh dia sterikakan baju sendiri.

Contoh tugas-tugas yang mudah pun malas nak berusaha, apatah lagi tak lebih susah daripada tu. Belajarlah sesuatu itu jika ia penting untuk kita. Jangan selalu harapkan orang lain buat untuk kita je. Apalah jadi agaknya kalau orang yang selalu tolong buatkan untuk kita tu tiba-tiba tiada lagi untuk tolong kita?

2 comments:

Nina Mads said...

Salam.. bru 1st singgah sini :)

Sudi baca sini http://lynathegojes.blogspot.com/2013/02/tak-semua-orang-pandai-tu-pandai.html

Irfa said...

sy baru tulis psl benda asas yg wajib ada dlm blog baru2 ni

skrg tgh ajar anak sikit2 buat keje umah..