iklan

Followers

Pages

Tuesday, 30 April 2013

Ronda-ronda PWTC mencari buku!

Dengan Kak Wa (kanan)
Mastika favoriteku dari Utusan Karya
Masuk aje selangkah dua melepasi pintu masuk PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di situ yang bermula 26 April hingga 5 Mei 2013, terserempak dengan booth Utusan Karya.

Siapa lagi yang aku nak cari kalau tidak kakak angkat kesayanganku Kak Salwa ini. Aku panggil Kak Wa je! Awet muda tu, macam bondanya juga.

Seluruh ahli keluarganya pun aku anggap macam ahli keluarga sendiri yang aku kenal sejak bujang lagi, malah sejak aku habis SPM tahun1990 lagi. Lamakan! Hubungan yang kekal hingga kini, Alhamdulillah.

Inilah anak Opah Umie yang aku kagumi dalam entry lama ini :
Rindukan Opah Umie

Lepas tu bergegas cari Karangkraf pulak. Biasalahkan anak-anak aku ni gila novel.

Tadaaaa... hari ini (30 April 2013) novelis yang bertugas (ecehh... bertugas tu!) adalah Nurul Syahida Kamarudin.

 Senyummm! Ceria orangnya. Selamba aku tanya usianya. Dah 30 katanya, muda 10 tahun dari aku. Biar betul?? Nyaris aku nak bahasakan diri ini 'Makcik' sebab nampak macam muda 20 tahun aje. Anak aku sendiri kata "Ingatkan student U lagi!".
Usianya baru je genap 30 tahun pada 27 April 2013 lalu.

Lebih gemar di panggil 'Shai'... Eh! 'Syai' atau 'Shy'? He..he.. Aku mencari novel citer hantu. Aku pernah baca sedikit daripada kisah novel ni dalam blognya dulu. Boleh dapatkan terus novelnya ni di SINI (klik) juga.

Novel bertajuk 'Sekolah Banyak Penunggu' atau singkatannya SBP. Hampir-hampir je sama singkatan dengan SMK BSP (Sekolah Menengah Bandar Seri Putra) yang hangat dengan kejadian histeria beramai-ramai baru-baru ini. Opss!

Novel ni aku belikan untuk anak aku yang ke-3, Asyikin. Kebetulan pulak ada watak 'Shikin' dalam novel ni. Dapat badge percuma lagi!

Mmm... Sebenarnya aku pun tentulah nak baca sama. Teringat zaman sekolah dulu.. he..he..!


Bukan satu novel yang telah Shai hasilkan tetapi ada juga novel-novel yang lain seperti 'Aku Kan Novel', 'Plain Jane', 'Soalnya Hati', dan 'Valentina Nervosa'. Rajin betul dia menulis!

Kalau anak perempuan dengan novelnya, anak lelaki pulak memilih booth Gempak Starz yang sarat dengan cerita kartun.


Anak sulung, Aishah bakal SPM tahun ini mencari buku rujukan SPM untuk Biologi di Sasbadi. Ada diskaun !0% pulak tu. Sebenarnya buku yang dicari dah jumpa, apalagi... sambar le. Kelmarin dapat yang subjek Bahasa Melayu je di Kedai Buku Syabab di Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi.




Panjangnya barisan nak bayar buku di Sasbadi. Jangan salah faham ye! Bukan aku yang pakai tudung polkadot tu walau pun sama seperti yang aku pakai seperti dalam kisah di entry yang INI. Biasalah! Sharing is caring... share tudung dengan anak-anak perempuan.


Amboi! Adik-adik baju oren ni beli banyak benar buku rujukan. Aku intai-intai semuanya buku rujukan untuk SPM. Ooohhh... sebaya anak aku le!

Masa aku tegur diaorang ni boleh pulak depa panggil aku cikgu? Eh! Ada gaya cikgu ke? Sebab korang panggil 'makcik' ni 'cikgu', jom kita bergambar.


Jauh mereka datang dari SMK Seri Tanjong, Kuala Selangor. Dari kiri ; Fatin, Farah dan Atikah. Fatin dan Farah ambil aliran Sains Tulin manakala Atikah pula aliran Akaun. Tabik hormat aku tengok semangat belajar diaorang ni. Acik doakan kalian berjaya dengan cemerlang dalam SPM 2013 nanti. Amin!

Ronda-ronda terserempak pula dengan booth tempat kenalanku mengajar ; Datin Sapora Sipon.

USIM



Antara buku hasil tulisan Datin Sapora Sipon yang sempat aku ambil gambarnya. Beliau sering menulis dalam ruang Kaunseling Remaja di Harian Metro keluaran setiap hari Isnin.

Masuk ke Karya Seni, konon-konon nak jumpa kak Melur Jelita. Tapi tak adalah pulak! Padan muka aku sebab tak tengok jadual dia dulu sebelum datang.


Kak Melur Jelita ada pada 27 April 2013, aku datang pada 30 April 2013. Memang tak berjumpalahkan. Insyaallah! Kalau ada rezeki tu pasti dapat jumpa juga suatu hari nanti.

Kak Melur Jelita memang hebat dengan peminat novelnya yang tersendiri. Masa aku datang tu nampak novelnya yang pertama 'Awak Suka Saya Tak (ASST)' tinggal dalam 6-7 buah je rasanya (lupa nak kira dengan tepat). Novel keduanya 'I Love You, Stupid (ILUS)' pun cuma tinggal 1 buah dan yang terbaru 'My Precious Iris (MyPi)' pun ada 2 buah saja.


Apa pun semua MyPi dan ILUS habis setelah aku dan kenalan baru aku iaitu Puan Rohani dah sambar ketiga-tiganya. Laris wa cakap lu kak Melur Jelita!! Terbaik!

Aku dan anak-anak dah kepenatan. Kaki pun dah lenguh dan perut pun turut lapar. Walau pun dah sampai KL tapi kami tetap balik makan di Bandar Baru Bangi juga. Nak lari dari kesesakan orang ramai dan jalan raya.

Friday, 26 April 2013

Shawl musim raya.... Pilihan Raya 13 (PRU13)

5 Mei 2013 nanti InsyaAllah aku bakal mengundi untuk Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) buat kali ke-4. Tempat mengundi masih di lokasi yang sama di SK Leftenan Adnan, Sungai Ramal, Kajang. Hubby dah tukar ke Bandar Baru Bangi, aku je yang malas nak tukar alamat.

Malam tadi aku tanya hubby "dah tengok lokasi mengundi?".

Hubby jawap malas je "belum sempat nak check!".

Tu diaaa.... busy bebenor Encik hubby aku sampai tak sempat nak check lokasi mengundi. Nasib baiklah bini dia dah check. Alaa... nombor kad pengenalan lama dan baru dia masih kekal dalam ingatan aku. Birthday aku je yang hubby tak pernah ingat.. he..he..

Rasanya demam PRU13 memang hebat. Elok pulak angka 13 sama dengan tahun 2013, senang nak ingat dalam lipatan sejarah.  Nombor cun!

Terasa lain sangat aku akan PRU kali ini. Lebih meriah dan lebih hangat. Rata-rata lebih bersemangat. Auranya tersebar merata-rata kerana keyakinan untuk menang atau kalah sama ada pada pihak BN (Barisan Nasional) dan PR (Pakatan Rakyat) hampir tak dapat nak kita jangka. Kalau dulu-dulu berani juga aku kata majoriti kemenangan pada pihak BN. PRU13? No komen... kita tengok ajelah pada 5 Mei nanti.

Anak-anak kata aku ni gila-gila! Mana tidaknya, bila aku tengok poster-poster yang memenuhi tepi jalan raya buat aku terfikir kalau buat shawl ni mesti gempaklah. Bila melawak kat fb, ada juga kawan yang menempah beli. Eh! Dia pun melawak jugak.

Sempat juga buang masa mengedit corak-corak pilihan shawl. Agak-agak mana satulah yang korang berkenan untuk dijadikan shawl. Ada berani nak pakai masa hari mengundi nanti? Aku tak berani... he..he..!

Siapa berani nak cuba? Glamour tu sudah pasti... kalau tak masuk di kaca TV pun tentunya dalam youtube dan tersebar merata dalam internet. Kalau tanya aku... memang aku tak buatlah! Saja gurau2 pilihan raya.

Mari kita timbang-timbangkan corak yang ini ;
Kod 01


Ramai kot suka corak polkadot ni?
Kod 02


Atau yang tajam-tajam ni menusuk jiwa?
Kod 03


Woohhh... sapa peminat warna turquoise?
Kod 04

Yang ini campuran semua design... meriah!
Kod 05

Atau yang ini tanpa warna biru tua..;
Kod 06

Aku rasa suka yang ni.... boleh padan dengan semua jenis baju, macam-macam warna ada ;
Kod 07
Melihat poster-poster yang ada, elok lagi yang dibuat dari kain. Tak mudah rosak. Boleh juga guna untuk perkara lain bila dah habis PRU. Tak pun simpan untuk PRU akan datang... jangan membazir.

Kalau yang dibuat daripada plastik tu tak mesra alam, mudah rosak bila tertarik sikit.

Pada rakan-rakan aku ucapkan selamat mengundi dengan berhemah. Masing-masing dah cukup dewasa nak menilai mana yang terbaik. Elak gaduh-gaduh sesama kita. Yang menang nanti pikullah tanggungjawap dengan amanah dan yang kalah terus menyokong tindakan yang benar. Mana yang salah segera perbetulkan.

Moga Allah bersama orang-orang yang benar! Amin!

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC, 26 April ~ 5 Mei 2013

Ternampak kakak angkat aku, staff bahagian pemasaran di Utusan Karya di fb :

"Bermula perjalanan ke PWTC untuk ke booth Book Fair 2013...jom ramai2 ke booth Utusan Karya ..beli buku ..."

Baru teringat kemarin anak sulung aku, Aishah ada bagitau pasal ni... lupa pulak dah 26hb. April 2013 hari ni! Menuntut ajak pergilah tu! Jom cari novel!

Copy gambar dari SINI
Bermula 26 April hingga 5 Mei 2013.

Wah! 5 Mei! Selepas mengundi PRU13, bolehlah pakat-pakat ke sini pulakkan!

Seronoknya masuk adalah percuma!

Ada tak kawan-kawan blogger yang buka booth kat sana??

Tak sampai 3 saat pun!

Tak perlu kata apa-apa, senyum je! Bukan susah pun kan.... 

Jangan tak percaya bahawa senyum itu 
punya kesan yang sangat besar dalam kehidupan seharian kita.

Senyuman yang ikhlas.. ;
Mampu meredakan kesakitan!
Mampu meredakan kemarahan!
Mampu menyelamatkan keadaan!
Mampu mengubah keputusan!..



Senang je kan nak senyum... jangan tak tahu ada orang cukup ego untuk memberikan secebis senyuman. Tak tahulah aku kenapa jadi macam tu.

Tuesday, 23 April 2013

Tangan yang memberi lebih mulia daripada yang menerima..


Jom sertai SKIM WAKAF untuk saudara Muslim kita di Kemboja anjuran sahabat blog aku dari Sokha Sands Collection.

Klik link untuk maklumat lanjut :

Monday, 22 April 2013

Kecoh bunga tulip si Laila Kamilia

Sabtu, 20 April 2013 aku memenuhi permintaan anak dara aku si Asyikin nak ke Alamanda. Baru form 1 pun tapi teringin nak keluar tengok wayang bersama rakan sekelasnya, Atirah. Tapi mak Atirah pesan kena bawak adik perempuannya sama sebagai pengiring... he..he.. Adiknya memang sporting walau pun baru darjah 4. Ada seorang lagi sebenarnya tapi tak mendapat kelulusan dari maknya.

Mula-mula pun Asyikin tak dapat kebenaran dari hubby aku tetapi dia setuju bila aku kata akan hantar mereka ke Alamanda dan akan berada di sana hingga mereka balik. Cuma bila dah sampai tu mereka akan bawa haluan masing-masing tetapi masih dalam kawasan bangunan Alamanda. Mak Atirah pun rasa lega bila itu juga yang aku beritahu melalui panggilan telefon. Siapa yang tak risaukan anak daranya weehhhh... Aku pun takkan lepas anak aku macam tu je.

Sampai saja di Alamanda kami terus bergegas beli tiket wayang. He..he.. sebut tiket wayang tu! Rasa macam zaman dulu pulak. Masa tu baru jam 11.30 pagi rasanya..

Asyikin, kawannya Atirah dan adiknya Mai memilih cerita 'Kecoh Hantu Raya Tok Chai' pukul 1.25 petang manakala aku dan anak sulung, Aishah pilih cerita 'The Croods' pukul 1.00 petang. Pilih cerita kartun je sebab si kecil 4 tahun Arif ikut aku juga.


Asyikin kata cerita ni memang lawak seramlah...

Sementara masih ada masa kami berpecah memilih haluan tempat makan masing-masing. Asyikin pergi dengan kawannya dan aku pula bersama Arif dan Aishah. Saja pilih cerita asing-asing... bagi berdikari sikit.

Lawak cerita ni... gelak saja si Arif

Asal jumpa benda ni je, sibuk le Arif nak naik juga.. budak2!

Bila berjalan kena pegang tangan... bahaya kalau lepas!

Eceh budak kecik ni... merajuk lak!

Turun escalator pun suka main2.. tak boleh nak berdiri betul!
Selepas tengok movie, kitaorang singgah MPH... nak intai buku le kononnya!

Tapi ini yang aku nampak! Aku lagi excited daripada anak aku Aishah pulak dah! Mana tidaknya... malam sebelum tu aku dah pegang novel ni. Baru baca biodata penulis dan sinopsis je! Laila Kamilia, penulis novel Cinta Bunga Tulip. Aku kan suka bunga tulip!

Ada kaunter temu mesra dalam MPH tuu... 

Bersama Laila Kamilia juga novelis Hezzy Azra

Aku nampak benda ni dulu baru tengok penulis yang duduk kat meja tu.. he..he..

Buku tak bawak... tulis atas kertas je untuk Aishah! Peace bersama sekuntum cenderahati..



Aku pun nak juga bergambor sama! Banyak bunga tulip! Pinjam sekejap aje!
Nama Laila Kamilia memang tak asing di mata aku tetapi tak pernah kenal orangnya pun! Ada cerita menarik tentang aku dan dia ni. Next entry aku citerlah ye! Sekarang ni tak banyak masa nak menulis..

Apa pun jangan lupa dapatkan buku ni terus dari penulisnya. Order ajelah kat dia, confirm dapat tanda tangan sekali kat blog dia ni LAILA KAMILIA ; http://lailakamilia.blogspot.com/

Nak order kat aku je pun boleh tapi tetap dia juga yang akan pos kat korang... confirm ada tulis kata-kata untuk si pembeli. Boleh juga kalau nak suruh dia pos sebagai hadiah pada insan tersayang... romantis gitu!.

Friday, 12 April 2013

Tips nikah lagi 4... untuk lelaki je la!

Aku jumpa benda ni kat facebook. Serius aku tak tau harga sekotak rokok berapa RM pun. Tapi nilai untuk simpanan 20 tahun tu memang menarik hatilah.

Tentu nilai RM tu akan jadi lebih tinggi kalau dia labur dalam dana unit amanah kat aku ni. Siapa nak melabur boleh contact aku.. he..he..


Berhentilah merokok demi kesihatan anda dan orang-orang yang di sekeliling anda yang turut menghidu asap rokok anda. Lemas weeeehhhhh!!!

p/s : Eheemmm.... bagi mereka yang sememangnya tak merokok ada cita-cita nak menyimpan macam ni juga ke? Atau duit tu habis entah ke mana?

Thursday, 11 April 2013

Kalaulah isteri/suami aku begini....!!

Pernah suatu ketika dulu sewaktu aku masih bekerja di pejabat mengikut waktu wajib dari 8.00 pagi hingga ke 5.30 petang mendengar keluhan seorang teman ini.

"Alamak! Kena ambil cuti pulak hari ni. Anak aku demam, nak kena hantar ke klinik! Petang ni aku ada audit pulak!", keluhnya perlahan sambil mengemas meja kerjanya. Barangkali dia nak bersiap balik.

"Kau dah cakap kat boss ke?", tanya aku padanya.

"Dah! Dia suruh aku tanyakan Amir (bukan nama sebenar) atau kau untuk ganti tempat aku!", dia memberitahuku seakan memohon pertolongan juga.

"Kalau Amir tak boleh, aku ganti le! Toksah risaulah! Anak demam kena cepat cari ubat! Kau balik je lah!", giat aku padanya.

Kawan pejabat aku ni lelaki. Dulu masa aku bekerja memang lebih ramai rakan lelaki berbanding perempuan sebab masa tu belum ramai perempuan yang masuk dalam bidang Kejuruteraan Elektrik. Kerja kat kilang elektrik je!

Isterinya tak bekerja menjaga 3 orang anak di rumah. Sayangnya isterinya tidak punya lesen kereta untuk memandu. Jadi bila anak-anak ke sekolah, semuanya naik van sekolah. Isterinya betul-betul jaga hal-hal di rumah saja.

Jika ada nak beli barang dapur, nak ke klinik, ziarah ke rumah rakan mahu pun saudara mara haruslah bersama suaminya sebab dia tak boleh memandu kereta. Itulah yang sebaiknyakan sentiasa bersama bila ke mana-mana pun.

Pernah aku ziarah rumahnya. Memang aku suka sangat sebab rumahnya kemas dan bersih di luar dan dalam. Pokok bunga tidaklah banyak sangat tetapi kemas dan teratur.

Anak-anak pun menjadi orang kata. Bijak-bijak dan berbudi bahasa hasil didikan si ibu yang sentiasa di sisi mereka dan si ayah yang sentiasa menyokong.

Pernah rakan lelaki aku ni berkata "Kalau wife aku ada lesen keretakan senang! Hal-hal mudah macam ni bolehlah dia uruskan sendiri!".

Aku tersengih je mendengarnya tanpa komen. Terasa terganggu agaknya.

Di pihak aku pula kalau urusan anak sakit memang akulah yang bawa anak-anak ke klinik. Jarang sangat aku nak minta tolong hubby temankan menghantar mereka ke klinik atau hanya dia seorang yang hantar. Mungkin sebab bagi aku hal ini mudah dan tak mahu ganggu kerja hubby.

Aku tak kisah nak ke kedai semata-mata nak beli bawang yang dah habis pada waktu-waktu tertentu. Memang bila shopping barang dapur secara pukal jadi tugas hubby tetapi ada masa-masa kita yang terkurang satu barang seperti serai, gula dan sebagainyakan!

Maknanya kalau hubby kena outstation luar daerah pun bukan menjadi masalah besar bagi aku pun.

Wahhhh!!! Bila orang tengok aku boleh pandu ke sana-sini urus hal anak-anak sendirian mungkin kelihatan hebat aje!

Kita maklum kebanyakan orang ada kelebihan dan kekurangannya. Aku mungkin bagus hal macam tu tetapi banyak yang kurang tentang urusan lain pula.

Aku jarang siram pokok bunga kat rumah ni. Kain baju yang dah basuh pun lipat seminggu sekali aje. Mengemas rumah pun ala kadar aje, jauhlah dari cantik. Memasak memang malas dan kalau buat pun sebab terpaksa je (tak senonohnya!). Mulut aku memang bising dengan anak-anak.

Kesimpulannya, bukan mudah nak puaskan hati pasangan kita yang mungkin impikan isteri/suami yang baik dan sempurna segala-galanya. Kadang terlebih bab ini, terkurang pula bab yang itu.

Sabar-sabarlah dengan hal rumahtangga ni! Jangan rasa diri kita saja yang bagus sangat tetapi yang buruk semuanya kita kata pasangan punya angkara.

Wednesday, 10 April 2013

Kulihat "Hijau"



Lirik 'Hijau' dari Zainal Abidin copy dari SINI

Zainal - Gambar google
Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila di jiwa kita masih lagi muda
Dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi,opresi,obsesi diri
Polusi,depressi,di bumi,kini

Oh..anok-anok
tokleh meghaso mandi laok
Besaing,maing ghama-ghama
Ale lo ni tuo umurnyo bejuto
Kito usoho
Jauhke dari malapetako
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak
Hok biso wei,pasa maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tokleh tehe
Sapa bilo-bilo

Tuesday, 9 April 2013

Ishhh.... cuit sikit pun tak boleh?

Ini keratan akhbar dah lama dah. Entah bila aku pun tak pasti... tapi memang menarik perhatian aku.

Bila di baca sekali ia seperti kiriman ibu atau bapa yang tak suka anaknya dirotan, didenda atau diambil tindakan disiplin jika anaknya tak buat kerja sekolah atau malas belajar.

Tapi jika aku baca berkali-kali ada juga seperti pihak tertentu sama ada pihak guru atau pun pihak ibu bapa sendiri yang perli para ibu bapa yang sangat sensitif bila anaknya didenda.

Rata-rata komen dalam facebook aku tak suka dengan situasi ini. Situasi tak boleh ambil tindakan disiplin pada murid yang bersalah ni.

Aku pun tak setuju! Kalau dah buat salah, hukum aje! Hukum yang berpadalah, bukan tahap mendera.

Bagi aku kalau anak kena rotan tu tak ada masalah. Cikgu nak rotan dia sebab buat salah.... rotan je lah! Tapi sebagai orang dewasa, guru kena fahamlah rotan yang bagaimana pula. Bukan rotan tak berakal pulak.

Bayangkanlah kalau anak murid buat salah pun tak boleh nak didenda? Ada potensi tak anak tu naik lemak dan tak ada rasa bersalah?

Nak denda kutip sampah tak boleh, disuruh berdiri atas kerusi pun tak boleh, didenda ketuk ketampi pun tak boleh! Sukalah budak tu! Cuba kita jaid cikgu? Apa rasa? Ini pun aku rasa denda-denda yang lemah lembut je!

Zaman aku sekolah dulu denda yang cikgu bagi memang 'sedap'!

Denda kena piat telinga, picit kat lengan (rasa nak luruh tangan!), ketuk belakang jari dengan pembaris, berdiri atas kerusi/meja, berlari keliling padang, rotan tapak tangan.... kot kalau sapa yang nakal sangat kenalah rotan kat punggung tu.

Namun begitu ramai juga yang jadi manusia berguna hasil kenangan kena rotan!

Kalau anak kita buat salah sikit pun tak boleh ditegur, rasanya suruh aje anak tu dok kat rumah. Menyusahkan guru-guru dan kawan-kawan aje dengan pengaruh 'tak boleh disentuh' tu.

Kita nak anak kita bukan saja pandai mencari ilmu yang baik tetapi juga berakhlak.

Merotan bukanlah hukuman wajib tetapi bagi aku boleh aje untuk mengajar. Pun begitu adalah adab-adab merotan yang patut kita ikut. Bukan hentam keromo aje..

Copy dari SINI
Tak kiralah jika kita seorang guru, ibu atau pun bapa yang berdepan dengan anak-anak bermasalah di sekolah haruslah selidik setiap kesalahan mereka dengan sebaik mungkin. Jangan terus menghukum anak-anak tanpa menyiasat terlebih dahulu. Kadang apa yang kita nampak dan dengar tidak menceritakan kisah sebenar yang berlaku.

Adakalanya anak-anak memang berbuat salah dan itu memang wajar dihukum. Tetapi cuba kita siasat apakah ada pihak lain yang cuba bersikap 'lempar batu sembunyi tangan'? Pihak lain yang turut berbuat salah tetapi hanya seorang yang dipersalahkan. Dan jika kita sebagai orang yang dewasa ini rasa tersilap menilai/menghukum anak-anak ini, jangan malu minta maaf dengan mereka yang lebih muda daripada kita ini!