iklan

Followers

Pages

Friday 26 April 2013

Shawl musim raya.... Pilihan Raya 13 (PRU13)

5 Mei 2013 nanti InsyaAllah aku bakal mengundi untuk Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) buat kali ke-4. Tempat mengundi masih di lokasi yang sama di SK Leftenan Adnan, Sungai Ramal, Kajang. Hubby dah tukar ke Bandar Baru Bangi, aku je yang malas nak tukar alamat.

Malam tadi aku tanya hubby "dah tengok lokasi mengundi?".

Hubby jawap malas je "belum sempat nak check!".

Tu diaaa.... busy bebenor Encik hubby aku sampai tak sempat nak check lokasi mengundi. Nasib baiklah bini dia dah check. Alaa... nombor kad pengenalan lama dan baru dia masih kekal dalam ingatan aku. Birthday aku je yang hubby tak pernah ingat.. he..he..

Rasanya demam PRU13 memang hebat. Elok pulak angka 13 sama dengan tahun 2013, senang nak ingat dalam lipatan sejarah.  Nombor cun!

Terasa lain sangat aku akan PRU kali ini. Lebih meriah dan lebih hangat. Rata-rata lebih bersemangat. Auranya tersebar merata-rata kerana keyakinan untuk menang atau kalah sama ada pada pihak BN (Barisan Nasional) dan PR (Pakatan Rakyat) hampir tak dapat nak kita jangka. Kalau dulu-dulu berani juga aku kata majoriti kemenangan pada pihak BN. PRU13? No komen... kita tengok ajelah pada 5 Mei nanti.

Anak-anak kata aku ni gila-gila! Mana tidaknya, bila aku tengok poster-poster yang memenuhi tepi jalan raya buat aku terfikir kalau buat shawl ni mesti gempaklah. Bila melawak kat fb, ada juga kawan yang menempah beli. Eh! Dia pun melawak jugak.

Sempat juga buang masa mengedit corak-corak pilihan shawl. Agak-agak mana satulah yang korang berkenan untuk dijadikan shawl. Ada berani nak pakai masa hari mengundi nanti? Aku tak berani... he..he..!

Siapa berani nak cuba? Glamour tu sudah pasti... kalau tak masuk di kaca TV pun tentunya dalam youtube dan tersebar merata dalam internet. Kalau tanya aku... memang aku tak buatlah! Saja gurau2 pilihan raya.

Mari kita timbang-timbangkan corak yang ini ;
Kod 01


Ramai kot suka corak polkadot ni?
Kod 02


Atau yang tajam-tajam ni menusuk jiwa?
Kod 03


Woohhh... sapa peminat warna turquoise?
Kod 04

Yang ini campuran semua design... meriah!
Kod 05

Atau yang ini tanpa warna biru tua..;
Kod 06

Aku rasa suka yang ni.... boleh padan dengan semua jenis baju, macam-macam warna ada ;
Kod 07
Melihat poster-poster yang ada, elok lagi yang dibuat dari kain. Tak mudah rosak. Boleh juga guna untuk perkara lain bila dah habis PRU. Tak pun simpan untuk PRU akan datang... jangan membazir.

Kalau yang dibuat daripada plastik tu tak mesra alam, mudah rosak bila tertarik sikit.

Pada rakan-rakan aku ucapkan selamat mengundi dengan berhemah. Masing-masing dah cukup dewasa nak menilai mana yang terbaik. Elak gaduh-gaduh sesama kita. Yang menang nanti pikullah tanggungjawap dengan amanah dan yang kalah terus menyokong tindakan yang benar. Mana yang salah segera perbetulkan.

Moga Allah bersama orang-orang yang benar! Amin!

10 comments:

umiawadah said...

siapa berani pakai dia glamer...lepas ni ada lah bahan berita tu para wartawan dan bloggers...hehehe

ok kak...selamat mengundi...saya pun kali ke 4 mengundi kali ni...

Unknown said...

cantik pulak polka dot tu/..hehh

Hanis Azla said...

Salam kak liza..

kalau berani nak pakai shawl tu mmg jadi perhatianlah pada hari mengundi nanti kan kak.. tapai.. saya pun tak berani he..he.. glamer sgt nnt.. ha..ha..

Liza @ Adzriel AB said...

tak adalah kak liza nak pakai. undang2 SPR tak bagi pakai baju parti masa mengundi.. he..he.. petugas tu lain citer le kan.

MumMe said...

selamat mengundi kak liza...

Nora Karim said...

saya tak suka glamor... maka saya tak nak la pakai mana2 shawl tu.. hahahha

tak sabar nak pangkah! heheheh

along said...

Kalau buang undi tidak boleh pakai yang melambangkan parti...

along said...

Semoga berjumpa.. Saya jaga depan pagar tuh nanti kak jumpa tego ler.. Nama saya faiz..

Liza @ Adzriel AB said...

along : dah ngundi baru baca komen faiz ni. kalau tau maunya kak liza cari tadi.

along said...

Akak ngundi kul berapa? Faiz yang jaga pintu pagar masok pagi2 tu..