Tapi tidak perlulah nak jujur sangat jika ianya membawa kepada lebih banyak keburukan. Bukan suruh menipu tetapi berdiam diri itu lebih baik.
Ada dua andaian di sini sama ada si teruna ini sengaja ingin mempermainkan perasaan si wanita atau sememangnya dia jujur meluahkan apa yang dia rasa. Apa jua andaian sekali pun tentu tidak wajar bagi si wanita untuk menerimanya kerana statusnya sebagai isteri orang. Tiada pilihan di sini. Jawapannya tentulah "TIDAK" pada si teruna.
Wanita ini membalas mesej si teruna "Jujur itu bagus tetapi lupakan saja kejujuran awak itu jika ianya mendatangkan keburukan dan dosa. Jodoh itu ketentuan Allah maka belajarlah menerima ketentuanNya. Allah tahu apa yang baik untuk hambaNya".
Good anwer my friend!
Tidak kira apa jua status anda sama ada bujang atau pun sudah berkahwin ; jangan cetuskan kata-kata atau perbuatan yang boleh mengundang kepada kecurangan. Jangan jadi "yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran" pula. Setiap kekurangan yang sedang kita hadapi mungkin kerana kesilapan kita juga.
3 comments:
Oooo...kita jujur kak....jujurnya saya ada 3 lagik kosong.....ahakz....ahakz
jeBateja : ha..ha.. tu yg Gula Hangus sayang sangat tu...
Betol betol , saya jenis yang jujur je , tapi ikot keadaan lah.. kalau yg melibatkan perasaan sy lebih suka luahkan.. walau susahhhhh sgt2 . tp bila dah luahkan rasa lepas satu hal :))
soryy just sharing . btw nice :D
Post a Comment