iklan

Followers

Pages

Monday, 28 April 2014

Seronoknya dapat handphone free!

Status awal pagi tadi.... thanks to hubby bagi hadiah handphone Lenovo model A889.


Macam ni le rupa handphonenya. Gambar aku ambil dari google je. Fungsi macam S4 lah jugak. Nak citer detail ni memang aku tak pandai.

Besar sikit daripada tapak tangan aku ni. Bagi aku berbaloi le dengan harga RM400++. Malah gambar hasil daripada kameranya pun cantik.


Sarapan roti canai dengan anak sulung sebelum dia nak pi kerja part time kat Speedmart sebelah restoran.

Teringat entry 3 tahun lalu tentang hajat nak blackberry 8520. Sampai la ni tak beli. Masa tu hubby bagi handphone Nokia dia, lepas Nokia dia bagi pulak aku Iphone dia. Lepas Iphone, hubby pass handphone HTC dia kat aku sebab dia nak beli Samsung S4. Hubby aku memang gila tukar handphone. Tak kisahlah asal jangan susahkan aku. Menyenangkan aku tu dialukan. He..he..

Nokia --> Iphone --> HTC --> Lenovo.... wah! Ada 4 handphone dah hubby bagi kat aku. Lenovo je yang baru, yang lain tu semua secondhand. Tak kisahlah janji best! Tak keluar modal sendiri.

HP Lenovo model A889 ni boleh letak 2 sim kad. Bila buat call boleh je dari mana-mana sim kad yang kita nak dengan segera. Tak perlu ubah kat setting. Cuma kalau nak guna internet perlu set pada 1 sim kad je. Tak tahulah pulak aku model yang lain.

Alhamdulillah ada rezeki lebih yang hubby dapat, so aku dapat handphone baru. Tapi anak sulung aku lagi best sebab dapat laptop Acer S3 yang ringan tu. Jeles aku dibuatnya... he..he.. hubby beli untuk persediaan anak aku sambung belajar kat IPT nanti. Tak lama dah nak daftar, 25 Mei 2014 ni je.

Antara benda penting yang dah lama aku tak beli sendiri ialah handphone dan jam tangan. TQ to hubby sebab selamatkan bajet aku. Ada jugak try usha hubby belikan laptop, handbag, kasut tapi tak dapat.

Baru-baru ni aku suruh dia belikan kereta Honda City baru, tak dapat juga. Amboi Lizaaaa... kau ingat laki kau cop duit? Ha..ha.. manalah taukan kot dapat.

Nampaknya kena keluar modal sendiri le kan untuk beli kereta. Kalau modal sendiri tu kenalah cari yang murah dan selesa nak bayar bulan-bulan. Aku ingat nak cari Myvi atau Persona je la.. itu pun dah cukup baik untuk ganti kereta Kelisa aku yang dah 11 tahun aku guna.

Aku bagi korang tengok iklan Honda City dari Siam je lah ye. Lagi best!


Wednesday, 23 April 2014

Hari-hari merungut ; memang annoying!

Kawan-kawan ada bermacam-macam kerenah. Ada yang menyenangkan dan tentu juga ada yang menyusahkan. Yang pasti kita akan cuba menghindari mereka yang suka menyusahkan.

Apa yang nak aku ngomelkan di sini tentang mereka yang menyusahkan. Aku tak ada nak senaraikan banyak, hanya ini saja. Aku boleh bertahan dengan orang yang suka merungut atau mengeluh tentang hidup susah tetapi dia tetap bekerja dan berusaha. Tapi aku cukup rimas dengan orang yang merungut dan meratap hiba tanpa melakukan sesuatu untuk berusaha keluar dari masalah sedang dia hadapi.

Aku ada sorang kawan yang hidup dia memang susah dari segi duit. Gaji suami dia memang tak sampai RM1,000 pun sebulan tapi terpaksa menanggung 6 orang anak dan salah seorangnya belajar di IPT. Kawan aku ni tak bekerja.

Sesetengah orang ni hidupnya susah. Ye! Aku faham tu. Cuma yang aku sedih bila dah tahu hidup susah tapi merungut saja tanpa buat apa-apa untuk selesaikan masalah duit.

Betul! Aku pun sedang merungut ni! Aku merungut sebab dah letih dengar dia terlalu kerap merungut. Terlalu banyak fikir 'tak boleh', 'tak mungkin' dan negatif je. Selalu bersangka buruk dengan orang lain tanpa melihat kesilapan diri sendiri. Bila nak maju kalau asyik fikir yang negatif je?

Dia kata orang tak percaya dengan dia untuk bagi pinjam duit. Dia lupa yang dia selalu culas bayar hutang kawan. Bukan sebab dia tak nak bayar tapi duit yang dia pinjam habis dia belanja untuk keluarga. Lepas tu dia buntu. Bagi aku dia tak pandai urus duit.

Bila aku nasihatkan supaya dia kena berusaha tunjukkan dan buktikan pada orang lain yang diri dia boleh dipercayai, dia mula merajuk. Sungguh aku tak faham! Nak berjaya tetapi hati tak kental!

Sepatutnya duit yang dia pinjam tu gunakan sebahagian modal untuk sesuatu yang boleh menjana pendapatan. Dia ada kemahiran memasak, boleh je nak berniaga yang berkaitan dengan makanan.

Dia kena berhenti daripada sikap bertangguh dan cepat putus asa. Itu antara sebab dia susah nak mengutip rezeki. Susahlah kalau mengharap rezeki terpijak je.

Kita mungkin akan menangis, meratap kerana masalah dan hidup yang sukar. Tetapi jangan lama hingga merosak jiwa. Bangunlah dan bertindak. Berhentilah menyebarkan aura negatif pada orang sekeliling kita. Orang yang berjaya adalah orang yang tabah dan cekal.

Kata-kata kita adalah doa. Jadi, sebutlah perkara yang positif pada diri kita untuk kita lebih bersemangat mengharungi kehidupan yang penuh cabaran.

google picture

Siapa yang suka dengar kawannya merungut/mengeluh, ditegur sikit lansung merajuk dan putus asa tanpa ada usaha atau tindakan untuk cuba maju? Jadi, hentikanlah kalau dalam diri kita pun ada sifat sebegitu. Kawan-kawan kita sebenarnya merasa sangat rimas dengan kerenah dan aura negatif kita tu.

Monday, 14 April 2014

Musim air bercatu, akal terus panjang nak berjimat!

Musim air bercatu di Selangor. Tentunya aku pun terlibat kerana Bandar Seri Putra berada dalam jajahan Selangor. Aku berada dalam Zon 3, baru je mula awal April lalu.. baru 2 minggu catu selang 2 hari ada dan tak de air.

Smile... cilok gambor google!
Masa air bercatu ni, urusan seharian pun berubah sikit. Otot-otot lengan pun mula bekerja lebih masa. Terpaksalah mengangkut air dari tingkat bawah ke tingkat atas. Alahai... bukan jauh pun. Rumah aku 2 tingkat je. Bayangkanlah mereka yang dok rumah flat tu kan. Lif tak de pulak tu... jenuh la wehhh.. Syukur aku tak seteruk itu.

Kalau ingat zaman aku dok kampung dulu pun selalu mandi kat telaga. Jauh juga nak pi telaga tu. adalah dalam 1-2 km turun bukit belakang rumah, bertanggakan tanah. Sampai rumah lelah dibuatnya. Sapa-sapa yang balik dari telaga masa tu mak aku wajibkan bawa sekurang-kurangnya sebaldi air. Jangan nak lenggang kangkung je, tak kira anak lelaki atau perempuan.

Kat rumah aku ni, hanya beberapa meter je kan. Cuma mungkin faktor usia ajelah yang menyumbang kepada letih tu. Ha..ha... dah 41 tahun dahhh..

Bila air bercatu ni, kena faham-fahamlah air yang datang tak berapa nak jernih. Lainlah kalau ada penapis air pasang kat paip air luar rumah. Tadah je lahh... syukurlah juga sebab ada penapis air untuk minum dalam rumah ni. Kemarin ada juga aku letakkan tawas...

Ni le rupa tawas, macam gula batu.
Gambar ni aku copy dari blog Cerita Kita. Ada petua orang tua-tua lagi dalam blog tu.

Tawas ni elok untuk jernihkan dan hilangkan bau air yang tak menyenangkan. Boleh juga digunakan untuk buang bau ketiak ; guna macam deodorant. Aku pernah beli untuk anak aku kat Cosway.

Musim air bercatu, sana-sini aku dengar harga tong air melambung naik. Syukur aku tak beli lansung pun. Hubby aku pun selamba aje tak bertanya mana aku nak simpan air. Sabor ajelah kannn.. Nyarislah bini hang ni akal panjang.

Aku isi air dalam tong sampah hijau sebijik rupa macam dalam gambar ni. Tak pernah guna pun sejak pindah tahun 2007. Lama terperap kat belakang rumah. Tak boleh nak letak kat depan rumah pun.

Aku basuh bersih-bersih, isi air buat 'back-up' dalam bilik air utama tingkat atas.

Gambar google, M-Star
Ini pulak kolam ikan fiberglass, gambar ni aku amik kat google. Orang ni jual kat Bogor, Indonesia. Tapi aku saja nak tunjuk rupa dan saiz dia sama macam yang ada kat rumah aku ni. Warna je yang hitam. Dah lama tak guna sebab ikan dah tak ada.

So aku guna untuk isi air dan letakkan kat luar di belakang rumah. Lepas tu aku tutup dengan plastik alas meja yang cukup besar. Sepitkan dengan penyepit baju kat kiri kanan.


Dalam setiap bilik air pun ada letak satu baldi besar setiap satu. Bila habis, top up je la kan. Anak-anak semua mandi kat bilik air bawah. Aku dan hubby tetap mandi bilik air atas. He..he... tak kisahlahkan. Bukan aku susahkan sesiapa pun sebab air tu aku angkut sendiri. Malah air mandi untuk hubby pun aku yang angkutkan. Tangan dia tak boleh angkat berat sejak kena sakit jantung dulu. So aku dapat buat senaman percuma le.

Setakat dua minggu ni Alhamdulillah air simpanan aku cukup aje. Air tangki bertahan untuk 1 hari setengah, lepas tu baru guna air simpanan ni. Aktiviti basuh kain tentunya banyak guna air, jadi aku pulun mendobi habis-habisan bila air paip datang. Bergayutanlah baju-baju bawah tangga dalam rumah. Meriah!

Orang zaman sekarang tak ramai yang amalkan basuh pinggan celup-celup dalam besen macam dulu-dulu. Alaaa.. macam yang orang basuh pinggan mangkuk kat restoran atau kenduri kahwin sekarang. Zaman sekarang bilas direct je dari air paip yang mengalir, memang itu paling bersih pun.

Samalah dengan membasuh kain sama ada dengan tangan secara manual atau guna mesin basuh. Suka hatilahkan mana yang kita mampu.


Air minuman aku tapis siap dan simpan dalam bekas macam kat atas. Ni gambar amik dari blog orang jual alat katering - Yasnon Kanopi & Katering. Bekas aku warna biru. Cukuplah untuk 2 hari minum. Air panas dah ada flask elektrik yang besar tu. Tapi yang tu kena top-up juga sikit sebab hubby guna untuk mandi dan aku guna untuk buat susu anak je. Kadang-kadang je anak-anak buat kopi atau teh. Itu pun satu mug masing-masing je.

Bila air kena catu, kita ni tau pulak nak berjimat. Masa ada air banyak, bukan main sakan guna air. Pandai-pandai koranglahkan. Termasuklah aku pun.. semua yang baca entri ni dah tentunya faham, InsyaAllah.

Jom jangan membazir, kesian pada mereka yang jadi tukang bayar bil tu..

Thursday, 3 April 2014

Murid jadi kurang ajar kerana kurang diajar

Dari status facebook seorang guru aku kenali.

Beratnya dugaan seorang guru mendapat anak murid yang kurang diajar. 
Rahmatnya bila masih ramai juga yang tahu menghormati para guru.

klik gambar utk lebih jelas