iklan

Followers

Pages

Tuesday, 3 May 2011

Kenduri kahwin Ujang & Yana dah macam artis!

Aku sms Wani bertanya tentang jadi atau tak nak pergi kenduri kahwin Ujang dan Yana? So kami pakat jumpa pukul 1.00 petang di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi bertentangan stesen minyak Petronas. Aku datang dengan anak aku Asyikin dan Arif je. Wani pula dengan suami dan sepasang anaknya yang comel-comel. Ikut mata maknya ye Wani!

Sebelum aku keluar dari rumah aku dah terjah semula blog Ujang untuk melihat petanya dulu sebab aku malas nak 'print' pun. Alaaa.. Desa Surada di Bandar Baru Bangi je. Aku hafal nombor rumah dan nombor jalan aje dah cukup dan simpang mana yang nak dilalu.

Sampai di Seksyen 7, Wani ikut je aku dan aku pulak jenis suka redah aje. Alhamdulillah! Sampai juga dengan sekali lalu aje. Tidaklah melilau atau tersesat pun. Melampaulah kalau tersesat tu! Nasib aku bawa kereta Kelisa je, dapatlah menyelit parking yang agak sempit tu. Wani terpaksa parking jauh dibelakang aku.

Elok pula aku parking je, pasangan pengantin Ujang dan Yana pun lalu di depan kereta aku. Sempat pula aku angkat tangan pada Ujang.. he..he..! Nasib baik Ujang nampak, sebab cermin
kereta aku bukan ada tinted gelap pun. Pasangan pengantin datang dengan 'Harrier' ku kira. Tak pun 'Lexus'.

Cantikkan... Lebih kurang macam nilah kereta pengantin. Ni gambar google!


Sempat berposing sementara tunggu pasangan pengantin lalu.
Gini le gaya bila masing-masing ada baby nak didukung.

Aku dan Wani berteduh sekejap di depan rumah jiran Ujang. Saja nak tengok pasangan pengantin lalu. Comel sungguh pasangan pengantin berjalan dengan diiringi paluan kompang.

Aku suka gendang yang besor ni.. pinjam dik!


Gambar cantik dan menawan dari Personafizabridal


Ini baru gambar dari kamera kecik aku

Ramai sungguh tetamu yang hadir. Berpeluh-peluh jugalah kami dibuatnya. Macam pasangan artis kahwin pun ada. Sungguh meriah! Maklumlah kedua-duanya punya peminat tersendiri di kalangan para blogger. Alhamdulillah! Dapat juga aku memenuhi jemputan Ujang. Itu pun sebabWani pun nak pergi, kalau tidak tu segan juga aku.


Pengantin nak makan pun tak senang. Kamera asyik lip-lap sana sini


Terima kasih Cik Epal sebab sudi posing untuk Kak Liza ni walaupun sedang makan

Sempat juga aku ambil gambar Cik Epal yang sedang leka bersantap. Senyum Cik Epalmemanglah manis. Suka lak aku tengok dia senyum. Lupa nak tengok! Ada lesung pipit tak?

Melilau juga mata mencari dua blogger terkenal Eqbal dan Ben Ashaari. Tak nampak pun! SMS balas dari Eqbal ada perjumpaan keluaga di Port Dickson katanya. Seronoknya berkumpul ahli keluarga beramai-ramai. Ben Ashaari sampai lambat katanya. Mungkin aku dan Wani dah balik pun.

Arif makan ayam goreng

Sempat mengabadikan kenangan bersama pengantin di gambar bawah ni. Berdiri di kiri sekali tu Wani di sebelah Ujang, manakala Kak Chik berdiri di sebelah Yana. Aku pulak duduk memangkuArif dengan Asyikin di sebelah dan si comel, anak perempuan Wani.



Gambar dari Personafizabridal - Woooww! Dah macam artis!



Kak Liza doakan moga Ujang dan Yana bahagia hingga ke akhir hayat. Jangan berkira sangat dengan pasangan dan enjoy dunia perkahwinan, Insyaallah bahagialah korang.

23 comments:

kakchik@ella said...

Mmg meriah kan liza kenduri kawin diaorg. heppening. kc balik lmbt aritu liza, 3:15 baru gerak dr situ sbb tnggu Ben.

Cik Puan Zura said...

bestnya kak liza, sambil makan kenduri jumpa geng blogger...

Daddy Ziyyad said...

wah..meriah..sambil attend wedding, dpt jumpa blogger lain..

Liza @ Adzriel AB said...

kakchik@ella : hero kak chik dah besar.. senang le ye..

Liza @ Adzriel AB said...

Cik Puan Zura : Berpeluh-peluh juga tu

Liza @ Adzriel AB said...

Daddy Ziyyad : meriah sungguh laaa...

ibu qaleesya said...

wahh meriahnyeee.. tahniah ujang n yana

Liza @ Adzriel AB said...

ibu qaleesya : meriah sangat

mama zakuan said...

memang meriah ek...best la pulak

Hanis Azla said...

sweetnya yana & ujang.. sepadan sgt..

Siti Hajar Masri said...

mcm best je..:)

ummiross said...

Selamat pengantin baru ujang n Yana..
Bestnya Liza, rasa nak join je.

diana said...

bunge telor lawa tak kak liza.??;p

Liza @ Adzriel AB said...

mama zakuan : nak bergerak pun susah. mcm mini konsert.. he..he..

Liza @ Adzriel AB said...

Hanis Azla : bagai pinang di belah dua..ala mcm hanis & asben laa..

Liza @ Adzriel AB said...

Siti Hajar Masri : meriah sgt hajar

Liza @ Adzriel AB said...

ummiross : meh terbang bangi

Liza @ Adzriel AB said...

diana : dapat cawan comel lah diana

cik EPAL said...

xde lesung pipit lah haha

Liza @ Adzriel AB said...

cik EPAL : tetap manis senyumnya

Ery Farieha said...

kenduri yg sangat meriah dgn kehadiran bloggers.

mcm gath pulak
hahahaha

Aku Ibu Muda said...

sebbaik kak liza ada..kalo x, wani x dapek nak pegi..hihiii

YanaMIB said...

oh akak liza..sy br pasan entry akak nih..adeh..sowie lah ye lmbt sket nk komen..hehe..nice to meet u ahkak² sume..raya nnt bley singgah2 rmh akak lak..hehe ^_^