Smile... cilok gambor google! |
Kalau ingat zaman aku dok kampung dulu pun selalu mandi kat telaga. Jauh juga nak pi telaga tu. adalah dalam 1-2 km turun bukit belakang rumah, bertanggakan tanah. Sampai rumah lelah dibuatnya. Sapa-sapa yang balik dari telaga masa tu mak aku wajibkan bawa sekurang-kurangnya sebaldi air. Jangan nak lenggang kangkung je, tak kira anak lelaki atau perempuan.
Kat rumah aku ni, hanya beberapa meter je kan. Cuma mungkin faktor usia ajelah yang menyumbang kepada letih tu. Ha..ha... dah 41 tahun dahhh..
Bila air bercatu ni, kena faham-fahamlah air yang datang tak berapa nak jernih. Lainlah kalau ada penapis air pasang kat paip air luar rumah. Tadah je lahh... syukurlah juga sebab ada penapis air untuk minum dalam rumah ni. Kemarin ada juga aku letakkan tawas...
Ni le rupa tawas, macam gula batu. |
Tawas ni elok untuk jernihkan dan hilangkan bau air yang tak menyenangkan. Boleh juga digunakan untuk buang bau ketiak ; guna macam deodorant. Aku pernah beli untuk anak aku kat Cosway.
Musim air bercatu, sana-sini aku dengar harga tong air melambung naik. Syukur aku tak beli lansung pun. Hubby aku pun selamba aje tak bertanya mana aku nak simpan air. Sabor ajelah kannn.. Nyarislah bini hang ni akal panjang.
Aku isi air dalam tong sampah hijau sebijik rupa macam dalam gambar ni. Tak pernah guna pun sejak pindah tahun 2007. Lama terperap kat belakang rumah. Tak boleh nak letak kat depan rumah pun.
Aku basuh bersih-bersih, isi air buat 'back-up' dalam bilik air utama tingkat atas.
Gambar google, M-Star |
So aku guna untuk isi air dan letakkan kat luar di belakang rumah. Lepas tu aku tutup dengan plastik alas meja yang cukup besar. Sepitkan dengan penyepit baju kat kiri kanan.
Dalam setiap bilik air pun ada letak satu baldi besar setiap satu. Bila habis, top up je la kan. Anak-anak semua mandi kat bilik air bawah. Aku dan hubby tetap mandi bilik air atas. He..he... tak kisahlahkan. Bukan aku susahkan sesiapa pun sebab air tu aku angkut sendiri. Malah air mandi untuk hubby pun aku yang angkutkan. Tangan dia tak boleh angkat berat sejak kena sakit jantung dulu. So aku dapat buat senaman percuma le.
Setakat dua minggu ni Alhamdulillah air simpanan aku cukup aje. Air tangki bertahan untuk 1 hari setengah, lepas tu baru guna air simpanan ni. Aktiviti basuh kain tentunya banyak guna air, jadi aku pulun mendobi habis-habisan bila air paip datang. Bergayutanlah baju-baju bawah tangga dalam rumah. Meriah!
Orang zaman sekarang tak ramai yang amalkan basuh pinggan celup-celup dalam besen macam dulu-dulu. Alaaa.. macam yang orang basuh pinggan mangkuk kat restoran atau kenduri kahwin sekarang. Zaman sekarang bilas direct je dari air paip yang mengalir, memang itu paling bersih pun.
Samalah dengan membasuh kain sama ada dengan tangan secara manual atau guna mesin basuh. Suka hatilahkan mana yang kita mampu.
Air minuman aku tapis siap dan simpan dalam bekas macam kat atas. Ni gambar amik dari blog orang jual alat katering - Yasnon Kanopi & Katering. Bekas aku warna biru. Cukuplah untuk 2 hari minum. Air panas dah ada flask elektrik yang besar tu. Tapi yang tu kena top-up juga sikit sebab hubby guna untuk mandi dan aku guna untuk buat susu anak je. Kadang-kadang je anak-anak buat kopi atau teh. Itu pun satu mug masing-masing je.
Bila air kena catu, kita ni tau pulak nak berjimat. Masa ada air banyak, bukan main sakan guna air. Pandai-pandai koranglahkan. Termasuklah aku pun.. semua yang baca entri ni dah tentunya faham, InsyaAllah.
Jom jangan membazir, kesian pada mereka yang jadi tukang bayar bil tu..
No comments:
Post a Comment