iklan

Followers

Pages

Saturday 15 January 2011

Teringin nak blackberry8520

Blackberry 8520

Alamak...Maxis pun dah offer blackberry. Dulu Celcom yg ada dgn pakej. Ni ada banyak pilihan model & warna. Korang rasa ok ke? Dulu Maxis offer Iphone.... tapi aku phobia sikit dgn Iphone ni sebab tengok hubby pakai macam tak best je. Leceh le bila tengah drive nak touch2 skrin ni. Eh! Bahaya guna hp masa drive. Bukan nak sms, buat call je, pakai le ear phonekan.

Teruja lak aku tengok iklan Maxis kat blog Puan Shella tadi ; my Way, my Truth, my Life
Memang teringin nak pakai Iphone atau Blackberry, tapi asyik tunda je coz sayang jugak RM keluar banyak ni..he..he.. Lagi pun aku bukan jenis suka tukar hp. Malas nak salin2 no hp. Aku tukar kalau praktikal menggunakannya. Sekarang pun aku sayang sgt dgn hp buruk aku ni ; brand Sony Erricsson model w200i. Gambar cantik ni aku ambil kat Google image je. Yg aku punyer buruk le sikit. Aku sayang sebab pantas nak SMS. Aku push toogle tengah tu ke kiri pun dah boleh mula taip sms. Dah siap taip, bila nak send je aku boleh select no yg sebelum aku pernah send (ada list dah beratur kat situ) atau kalau no baru kena search lain le.

Sony Erricsson model w200i

Lain pulak halnya dgn hp aku yg satu lagi ni. Nokia music express 5800. Memang le lawa tapi leceh sikit bila nak buat call & sms sebab bila touch skrin memang terkial le guna jari. Especially bila tengah drive. Setiap kali taip sms pun aku terpaksa search semula no hp dari main list. Nak taip nama masa nak search pun keyboard dia tak tetap. Lembab! Tapi kelebihannya aku tak payah bawak kamera sebab nak ambil gambar emergency pun bagi aku dah cukup cantik. Boleh rekod video juga. Pun kadang2 aku check fb atau gmail kat hp ni. Tapi aku tak rugi pun sebab hp Nokia ni aku dpt free. Hubby aku bagi...ha..ha...itu pun second hand dari dia sebab dia nak beli Iphone.

Nokia Music Express 5800

Aku terpikat kat Blackberry ni sebab ada keypad berbanding Iphone. Lagi pun kekadang Iphone ni buat pelik bila tiba2 je sim kad dia off. Macam comel je model 8520 ni. Ada color putih pulak tu. Mmmm... patut ke? Anak aku tentu sibuk nak hp nokia aku ni buat ganti hp dia yg butang menu dah tak ok tu. Ewah! Mama belum tukar, kakak dah sibuk ndak hp mama. Sabor2 le.
So kalau nak tengok pakej Maxis utk Blackberry ni boleh klik sini.

Tapi aku kena gi kaunter Maxis juga ni utk bertanya. Kalau setakat tengok kat sini, aku pun tak paham nilai yg ada dalam pakej dia. Jom survey kat Mines. Kalau sempat boleh tengok movie...eh! Tak boleh le. Leceh kalau nak bawa baby ni. Kena pegi hari bekerja, baru tak sesak & selesa.

Yang pastinya aku suka kek blueberry ; Ni kek birthday Azri utk 8 tahun 30 Disember 2010. Hujung tahun baru nak birthday. Ayah dia pulak seawal-awal tahun ; 1 Januari.


Saper2 nak order kek boleh le jenguk2 blog ni. Adik aku, Ainul A.B memang selalu order kat sini ; My Pu3 Cake House. Macam2 rupa ada! Sedap....!!! Tapi kakak ni pulak kalau memasak selalu aje buat aku terliur ; My Small Kitchen. Ini pulak kakak sepupu aku yg sangat kreatif di What's Cookin?. Aku bab masak ni memang kurang..tau makan je!

No comments: