iklan

Followers

Pages

Saturday, 16 July 2011

Merajuk? Tak ada maknanya!

Siapa kuat merajuk? bila merajuk, selalu sangat dikaitkan dengan orang perempuan. Sebagai perempuan, aku tak setuju. Ada juga lelaki yang kuat merajuk.

Pernah dengar kata-kata "siapa merajuk nanti rugi!". Rugilahkan kalau kita beriya-iya merajuk, siapa pun tak pujuk. Malah buat tak tahu lagi. Paling malang bila dua-dua merajuk "ana kawin tiga!". Itu cerita Madu Tiga P.Ramlee le.

Ada juga yang untung bila merajuk! Gelabah orang lain memujuk sebab kalau tak pujuk nanti dia yang rugi. Entahkan tak dapat tender besar... kan dah rugi! Eh! Tak ada yang nak masak malam ni. Susah apa, kedai makan banyak..he..he..

Hubby aku awal-awal dah declare masa mula kenal dulu "saya tak pandai memujuk!". Bagi aku! "Suka hati awaklah nak pujuk atau tidak! Saya ni kalau merajuk dah biasa pujuk diri sendiri!". Kalau nak merajuk, akibatnya tanggung sendiri.

Hubby pun dah faham, aku ni kalau merajuk bukan lama pun. Saja nak meredakan kemarahan dalam hati. Bila dah reda, semuanya jadi macam biasa je.

Aku merajuk atas risiko diri sendiri... ha..ha.. boleh macam tu? Bolehlahkan! Siapa suruh merajuk! Berani merajuk, berani tanggunglah akibatnya.

Bagi aku, sikit punya hal tak perlulah merajuk panjang. Pendek-pendek dah la! Siapa yang buat orang lain merajuk tu janganlah ulang buat perkara yang orang lain tak suka. Kalau si dia merajuk semula dan tak makan dek pujuk kan ke susah. Tanggunglah akibatnya.

Aku perasan tengok anak-anak aku jenis yang merajuk tak lama. Lepas kena marah, merajuknya sekejap aje. Lepas tu dah gurau-gurau macam biasa. Muka selamba macam maknyalah tu... puji diri sendiri je!

Hubby aku nak merajuk? Aku buat dek je! Tidak pun aku borak macam biasa je tanpa rasa bersalah. Ishhh.. terukkan aku ni. Dia tak pujuk aku, aku pun malas nak pujuk dia.

Tapi merajuk ni bahaya kalau berlebih-lebihan. Boleh runtuh rumahtangga atau mampu juga buat mak atau ayah tak terima anaknya.

Jadi, hati-hatilah bila merajuk! Belajarlah pujuk hati sendiri supaya jangan suka sangat nak merajuk. Takut nanti pak we atau mak we naik muak nak layan rajuk kita nanti.

10 comments:

nur said...

kadang merajuk sendirian.. orang pun tak perasan kita ni merajuk.. dush..

nur said...

kadang merajuk sendirian.. orang pun tak perasan kita ni merajuk.. dush..

faisal apardi said...

nak merajuk leh tapi biarla pada tempat dan masa die..kalau asyik nak merajuk je menyampah jugak aku...

jeBateja said...

hik...hik....den kalau pujuk org merajuk ni....3 kali jerk...lepas tu masih nak merajuk....boh layan....banyak keja lagik nak buat.....ahakz.....dari bercinta dulu sampai lah ni....itu jerk cara den....ahakz

jeBateja said...

Lupa plak...den pegi pukul 11 am....siap ada nangis2 lagik...kak liza ada ke masa tu...??

mMoOnN aAlLeEaA said...

dulu selalu jugak merajuk ni, dah lama2x terpikir mcm budak kecik pulak dah

shahjiehan said...

merajuk tu tanda mahukan perhatian je~ kan kannn

Acik said...

kite pun kalu merajuk pujuk diri sendiri jer ...

Cik Eka said...

kak liza..org laki mana faham kalau perempuan merajuk ni..tapi kalau mereka yang merajuk,hah toksah kata muncung panjang macam buleh buat sangkut baju...

ce kalo kita majuk?? haha..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

saya merajuk tak lama...bila hati dah coolsaya ok je.tak minta org pujuk pun