iklan

Followers

Pages

Monday, 5 December 2011

Kalut yang lebih... lakukan dengan tenang!

Pagi Isnin terasa seperti banyak perkara yang aku nak buat. Buat sarapan agak lewat, dalam pukul 8 pagi baru nak masak. Anak-anak bangun lewat sebab biasanya selepas solat subuh diaorang sambung tidur semula. Kecualilah kalau aku ajak diaorang pergi breakfast di luar, barulah masing-masing siap mandi awal. Cuti-cuti sekolah memang begitulah rutinnya. Tapi kerja aku patut lebih mudah bila anak-anak cuti sekolah sebab bila pagi ada yang tolong sidai kain di ampaian, melipat kain dan buang sampah.

Duit bantuan kerajaan dah pun lama aku habiskan. Aku buat apa ye yang cepat sangat habisnya? Banyak juga yang aku dapat sebab ada 4 orang anak yang bersekolah, maka RM400lah yang aku dapat. Memang le dah habis sebab duit tu aku guna untuk kegunaan aku sendiri. Ishh... apa punya mak le habiskan duit sekolah anak.

Dah guna, kenalah gantikan. Jangan buat-buat lupa pulak ye!

Jadi hari ini aku nak ke sekolah kebangsaan anak-anak aku di SK Bandar Seri Putra untuk beli buku sekolah. Kenalah gunakan duit sendiri sebagai ganti duit mereka yang telah aku gunakan tu. Selamatlah sikit duit hubby aku tahun ni dengan bantuan yang dah diberi. Syukur alhamdulillah... bagilah tiap-tiap tahun ye! He..he..

Tak tahulah berapa panjang kena beratur di kedai koperasi sekolah tu nanti seperti yang selalu aku alami saban tahun. Aku harap bila situasi disember ni patutnya pihak koperasi tambahlah kakitangan di kedai buku sekolah tu agar urusan jual beli lebih cepat dan lancar. Ambil pekerja sementara pun tak mengapa... letihnya menunggu sejam dua hanya nak membeli buku sekolah anak. Sabor je la..

Esok mungkin ke sekolah menengah anak aku yang tingkatan 1 tu pula. Kemudian kena ke sekolah menengah yang berbeza pula untuk mencari buku sekolah anak aku yang sulung. Aduhai! 3 buah sekolah terpaksa aku redah untuk membeli buku. Demi anak-anak tersayang, buat sajalah.

Hari ini kena juga aku ke pasar basah untuk beli lauk-lauk dan sayur. Teringin pula nak mencari ulam-ulaman. Kalau tak sempat ke pasar Nilai 3 pagi ni, ubah haluan ke pasaraya Giant di Bandar Baru Bangi sajalah. Kebetulan tengaharinya ada nak jumpa customer baru di sana, nak order jamu katanya. Jamu T.Warisan Anggun dari kedai online aku di Adzrien Shoppe.

Sambil tu bolehlah aku jumpa lagi seorang customer nak memperbaharui cukai jalan dan insuran keretanya. Dapat juga sedikit komisyen, rezeki untuk anak-anak. Begitulah aku yang bekerja sendiri, masa ikut kesesuaian sendiri. Bekerja sambil uruskan hal anak-anak juga. Berniaga secara online, perunding unit amanah dan memperbaharui cukai jalan dan insuran kenderaan di kalangan teman-teman rapat.

Kadang-kadang banyak masa santai dan kadang-kadang sibuk juga. Tapi seringkali aku sempat bawa anak-anak keluar walau pun hanya makan bersama. Aku pun bukanlah jenis yang gila kerja sangat, tetap akan cari masa untuk bersantai dengan anak-anak. Mungkin bersama-sama mereka melipat kain, mencabut rumput di belakang rumah, mencuci kereta aku, bermain bola atau badminton di depan rumah, mandi di sungai Congkak dan sebagainya. Melayan 5 orang anak, memang kecoh...

Mmmm... baju sekolah dan kasut sekolah belum beli lagi. Hubby dah janji nak ambil cuti dan pergi shopping sama-sama. Tentu ramai antara korang semua dah prepare awal-awalkan...

Saturday, 3 December 2011

Lebih senior bukan bermakna lebih berkualiti


"Bengang...dia punya pasal,sampai orang lain kena ambik alih,pandai pulak cakap semua orang tak tahu buat kerja bahagian dia......
eh,sekarang ni kalau takde kualiti,senioriti tu orang tak pandang la.....
ingat aku hadap sangat nak ambik jawatan yang glamour nie????????"

Bila isu panas macam ni aku kenalah minta izin dia dulu untuk copy paste ni. Jadi profile picturenya yang comel tu kenalah tukar sekali dengan namanya.

Membebel-bebel kawan facebook aku ni semalam kat wall dia. Mulanya aku tak menangkap sangat maksudnya yang jelas dari sebaris kata-kata di atas. Kenalah aku baca dua tiga kali sambil baca juga komen-komen di bawahnya lagi.

Masalah timbul bila boss Cik Siti Wan Kembang tukarkan jawatannya dengan orang lain yang aku namakan Minah aje ye. Cik Siti Wan Kembang ni kira junior pada Minah yang dah bertahun-tahun kerja di situ. Ambil alih tugaslah kiranya.

Alasan boss dia walau pun Minah ni senior tapi cara kerja tetap di tahap lama walau pun saban tahun gaji mungkin bertambah. Melihatkan potensi yang ada pada Cik Siti Wan Kembang, maka ditukarkannya dengan si Minah. Maka panas hatilah Minah dengan mengatakan tugas yang dia lakukan selama ini tak mungkin orang lain tahu melakukannya, seperti memandang rendah pada kebolehan Cik Siti Wan Kembang.

Rasanya tak eloklah kita nak mengatakan tugas kita tak mampu dilaksanakan oleh orang lain. Seperti kalau kita ni tak ada, tutup pulak syarikat tempat kita bekerja tu. Seolah-olah hanya tugas kita sahaja yang hebat dan penting.Rasanya tugas makcik cleaner tu pun sama hebat dan pentingnya. Bayangkan kalau sehari makcik tu tak datang menyapu dan mencuci tandas kat tempat kita bekerja.

Setiap individu dalam satu pejabat adalah penting. Semuanya saling memerlukan untuk melengkapkan perlaksanaan perniagaan syarikat agar ia menjadi pendapatan yang hebat. Tentulah agar gaji kita pun tak tersangkut nanti.

Siapkan dulu tugas dan kerja masing-masing sebelum kita pertikaikan tugas orang lain. Lainlah kalau orang tu tak siapkan kerjanya akan menyebabkan tugas kita turut terbengkalai, memanglah kena tegur. Kerja siap, gaji pun berkat.

Apa nak kata kalau Minah nak kata macam tu. Cik Siti Wan Kembang pun bukan nak sangat tugas tu. Tapi kalau boss dah suruh juga terpaksalah menurut kata. Belajarlah Cik Siti Wan Kembang dari zero pengetahuan hingga ke lebih pandai dari si Minah. Buatlah pembaharuan yang lebih menarik, lebih mudah dan tentulah lebih menjimatkan asalkan kualiti khidmat pada pelanggan tetap hebat.

Biarlah apa Minah nak kata, asal kerja Cik Siti Wan Kembang siap dan malah Insyaallah lebih baik lagi. Lama-lama dia diamlah tu. Orang keliling kita melihat dan menilai hasil kerja kita, bukan melihat mereka yang hanya tahu komplen tetapi sebenarnya tak buat satu apa pun untuk berubah menjadi lebih baik. Masih dengan egonya yang melakukan apa yang dia suka sahaja.

Penting juga kita menghormati tugas teman-teman yang lain kerana kita saling memerlukan apatah lagi bila bertugas sepejabat. Bila suasana harmoni, hati pun senang dan ceria nak bekerja.

Pada Cik Siti Wan Kembang, selamat melaksanakan tugas baru dengan hati yang tenang, seronok dan bertanggungjawab. Abaikanlah kata-kata Minah tu. Kak Liza pernah mengalami situasi yang sama dulu-dulu, tapi buat tak tahu je.

Friday, 2 December 2011

Tukar beg kulit ke beg etnik yang unik

Beg kerja aku dah rosak, talinya dah nak putus pun. Jadi lecehlah pulak aku nak menjinjing file client aku masa pergi appointment nanti. Mulanya nak juga cari satu beg kulit kat Sogo, KL yang sedang hangat buat jualan murah. Tiba-tiba teringat pulak blog Amani Beg Kraf sedang buat jualan murah juga untuk beg-beg Maika etnik yang unik dan cantik-cantik belaka.

Klik Amani Beg Kraf untuk melihat jualan murah.

Elok juga aku ambil peluang masa diskaun 10% hingga 20% ni berlansung. Sekali-sekala beri kelainan pada penampilan masa jumpa client, bagi seri dan semangat etnik semulajadi.

Ok tak kalau aku ambil yang ni? Warna pink yang menyerlah...


Tapi anak dara aku suruh ambil yang warna purple ni...


Alahai! Comelnya ni tapi tak sesuai nak isi file. Buat handbag boleh le gamaknya.


Jangan order dengan aku kalau korang suka, tanyalah tuan blog dia kat SINI.

Hubby kata aku ni gila beg. Aku gila tengok je tapi tidaklah gila membeli pun. Beli bila perlu je. Aku jenis yang suka pakai handbag sampai dah rosak barulah aku cari yang baru.

Carilah satu yang sesuai untuk korang terutamanya kaum hawa. Nak buat hadiah pun sesuai, nampak unik dan kualiti jahitan yang sangat memuaskan.