Aku kutip kata-kata junior semasa aku di ASBTAR, Lia Wealthworks.
Katanya :
Pesanan drpd Mentor kesayangan saya :
Biarlah kita yang mulakan perubahan hidup kita dengan mengumpul 4 perkara:-
1. Ilmu - Kerana hanya dengan ilmu akan menjadi "spotlight" kita mencapai apa yang kita kehendaki di dunia & akhirat
2. Wang - Kerana kita bertanggungjawab menyimpan/ merancang kewangan kita daripada sekarang untuk kegunaan diri & keluarga kita, lagi banyak kita simpan, lagi mudah kita nak laburkan nanti.
3. Pengalaman - Orang yang berani mencuba (Of coz dgn ilmu, mentor dan sistem yang terbukti berjaya) akan menjadi lebih matang di dalam membuat keputusan dalam hidupnya! Kegagalan ramai orang ialah kerana mereka takut untuk membuat keputusan, kenapa? Kerana mereka tidak ada ilmu, mentor dan sistem serta pengalaman dalam bidang tersebut.
4. Kawan - Orang yang mempunyai silaturrahim yang baik dgn ramai orang akan mendapati bahawa mereka tidak akan jatuh miskin. Mereka adalah kaya dengan doa dan barokah. Tapi, pilihlah kawan yang menyenangkan hati serta memberi kebaikan dan bukan merosakkan kita. Semoga anda belajar sesuatu daripada 4 Prinsip ini! -DAO-
p/s : Moga mendapat ilham darinya
Thursday, 2 February 2012
Wednesday, 1 February 2012
Tukar uniform dulu
Zaman sekolah dulu bila balik dari sekolah dan sampai rumah saja aku letak beg sekolah dalam bilik, terus capai tuala dan mandi. Tak adalah aku suka nak duduk dulu lepak kat dapur atau ruang tamu atau baring atas tilam. Bila dah siap mandi, barulah nak solat, makan atau buat kerja-kerja lain.
Sebenarnya aku tak selesa nak buat perkara di rumah dengan masih berbaju sekolah. Terasa rimas dan panas pun ada. Lagi pun takut mengotorkan baju yang putih tu. Uniform kenalah jaga sebab hari-hari nak pakai. Semasa di sekolah rendah dulu, mak yang basuhkan baju sekolah. Baju-baju aku yang lain mak suruh basuh sendiri. Mak takut aku basuh tak bersih agaknya.
Bila meningkat ke sekolah menengah, aku mula tinggal di asrama. Biasanya aku kena makan tengahari di kantin asrama dulu sebaik balik dari sekolah. Selepas makan, aku balik ke dorm dan bergegas pula nak pergi mandi. Perlu tukar dari uniform ke baju biasa sebelum nak buat apa-apa pun.
Aku mula bekerja di Bandar Baru Bangi yang memerlukan aku memakai uniform yang disediakan. Maka begitu jugalah tabiat aku yang akan segera buka uniform bila tiba di rumah. Biasanya ada satu lagi baju lain yang aku pakai di dalam yang berlengan panjang sebab uniform yang diberi berlengan pendek.
Memang begitulah tabiat aku sejak zaman sekolah rendah lagi hinggalah bekerja. Jika tidak terus mandi pun, aku akan segera tukar ke baju biasa yang lain daripada terus memakai uniform di rumah sama ada untuk nak duduk sekejap tengok TV atau sebagainya. Lebih-lebih lagi kalau aku mula nak memasak, sangat merimaskan jika masih beruniform.
Bagaimana dengan korang pula? Sempat tidur sekejap di ruang tamu dengan masih lagi beruniform sekolah atau kerja? Aku tak akan buat kecuali kalau aku sakit dan mungkin tak larat. Tapi yang biasa berlaku pun aku akan kuatkan juga diri untuk menukar pakaian.
Melihat karektor anak-anak pun ada juga yang bila balik sekolah akan terus saja pergi mandi. Ada juga yang masih lambat-lambat nak menukar pakaian. Terpaksa ditegur berkali-kali.
Bilangan uniform biasanya terhad, jadi aku terpaksalah menjaganya. Lagi pun aku tak suka bawa bau-bauan dari tempat kerja lama-lama di rumah. Rasa macam buat OT kat rumah pulak... ehh... gitu pulak ye.
Itu aku, korang bagaimana? Pendapat masing-masingkan...

Nak sihat pun jangan lupa keselamatan diri
Kalau nak badan sihat tentulah kena berusaha untuk mendapatkannya. Perlu jaga pemakanan dan aktiviti seharian. Persekitaran yang sihat turut menyumbang kepada tahap kesihatan kita juga. Lemasnya aku bila terpaksa menghidu bau asap rokok yang tiba-tiba saja hadir sewaktu aku sedang makan di restoran. Betullah mungkin aku kena cari tempat yang tak dibenarkan merokok atau makan saja di rumah. Tapi agak-agaklah nak merokok jika disekeliling kita ada insan-insan kecil yang pastinya tidak merokok.
Aku bukan nak bercerita tentang merokok sebenarnya. Nak bercerita tentang berjogging di waktu awal pagi selepas subuh atau senja yang semakin hampir. Rata-rata yang aku nampak lebih ramai yang suka berjogging pada waktu petang pada hari bekerja. Jika pada hari cuti pula sama saja bilangan yang berjoging pada waktu pagi dan petang.
Memang bagus berjogging ni untuk kesihatan diri. Tak perlu aku huraikan. Cuma yang tak bagus bagi aku bila berjoging pada waktu-waktu suasana yang agak kelam dan samar-samar seperti gelap selepas subuh dan senja. Lebih-lebih lagi bila berjoging di atas jalan raya yang tentunya sibuk dengan kenderaan yang lalu lalang.
Hampir setiap pagi aku samar-samar dapat melihat lelaki ini berjoging semasa aku dalam perjalanan menghantar anak-anak ke sekolah. Namun apa yang aku perhatikan dia seperti hanya suka memakai baju yang berwarna gelap ketika berjoging. Tak pastilah sama ada baju dan seluarnya berwarna hitam atau pun biru tua.
Bukankah bagus jika dia memakai baju lain diluar seperti mereka yang memandu motorsikal. Ini contoh baju yang aku copy dari SINI.
Atau mungkin kasut sukan yang ada lapisan pantulan cahaya juga.
Semua ini untuk keselamatan dirinya juga. Risau juga jika ada yang memandu laju yang konon-konon nak memintas dari kiri tetapi terlanggar pula dia yang sedang berjoging di atas garisan tepi jalan. Dah dekat barulah perasan ada orang. Nak brek pun dah tak sempat lagi.
Seelok-eloknya joginglah di taman-taman reakrasi yang telah disediakan atau taman permainan yang berdekatan.
Kalau rasa-rasa kawasan sekitar selalu ada kes denggi, janganlah keluar joging sama waktu dengan waktu nyamuk Aedes pun sedang aktif nak 'berjoging' juga. Nyamuk jenis ni memang suka waktu-waktu subuh dan senja ni. He..he.. bukan nak menakutkan, berpesan-pesan saja.

Subscribe to:
Posts (Atom)