iklan

Followers

Pages

Monday, 21 March 2011

Bertepuk-tampar

Sangat menjengkelkan...annoying!

Tak kiralah apa status pun kalau dah bukan muhrim memanglah tak elok bertepuk tampar bila bergurau atau pun berborak. Nak citer pun bukan sebab aku ni alim pun. Tapi aku memang tak suka kalau berbual dengan lelaki, tangan nak cuit-cuit! Pantang!

Bagi aku kalau nak bergurau pun berguraulah, ceria-ceria release tension di pejabat. Itukan biasa kita berbual dengan teman-teman pejabat. Tapi aku letih bila tengok yang bertepuk tampar lelaki dan perempuan, dah berkahwin dan bertudung pulak tu. Memanglah tak manis. Bukan aku saja yang rasa jengkel, jadi bahan umpatan orang pun. Dah di tegur tapi boleh sengih-sengih je pulak.

Asal bercakap je nak tepuk bahu orang, lagi letih tengok bila dia tepuk peha laki orang. Eh! Sukalah si lelaki tu. Si Perempuan tu memang menjadi rebutan semasa bujang dulu. Dah kahwin pun masih cantik lagi, belum ada anak. Kesian juga sebab dah dua kali keguguran. Akhirnya ambil anak angkat.

Perempuan ni bukanlah jahat atau gatal pun sebenarnya. Baik dan peramah dengan semua orang. Cuma tangan tu yang susah sangat nak di jaga. Walau ditegur masih juga begitu.

Pernah suatu hari dua lelaki bujang ni punyalah bengang dengan si perempuan ni yang macam tak kisah bertepuk tampar, depa angkat si perempuan ni ramai-ramai. Sorang pegang tangan, sorang lagi pegang kaki dan dihayunnya. Menjerit sakanlah perempuan tu. Sampai sekarang si perempuan tu meradang gila dengan dua lelaki yang mengangkatnya. Ambik kau!

Lelaki-lelaki bujang ni bengang sebab diaorang pun malu juga dengan hubby si perempuan tu yang menjadi kawan baik diaorang juga. Di tegur pun tak berubah juga. Kan dah kena. Aku tak pastilah hubby dia tau ke tidak hal ni. Kawan aku jugalah yang buat kerja hayun tu, lepas ceritakan pulak kat aku! "Kau tau tak? Kitaorang hayun dia dua-tiga kali! Macam orang gila dia jerit minta kitaorang lepaskan!". Aku gelakkan je! "Hooo... ganas gak korang kenakan dia!". Ngeri lak aku dengar! Buat ubat!

Sekarang masing-masing semuanya dah beranak-pinak. Mana boleh gurau lebih-lebih, nanti partner sebelah jeling ye! Tapi kitaorang tetap mesra bila sekali-sekala jumpa. Inilah kawan-kawan aku masa kerja kilang dulu. Memang nakal sangat masa yang lelaki ni semua bujang! Adalah sikit intro kat sini : Cantikkan perut tu dulu!

20 comments:

d_LA said...

bile dah terbiase kan dah jadi mcm tabiat dah tepuk tmpar kan..huhu

ardinihumaira said...

a ah... kena jaga batas2nya kan :)

Ujang9897 said...

hehehe...ter lebih manja la tu kot.., tp dah kawin lain pulak org tgk

ieka darlink said...

dulu masa kecik2 selalu bertepuk tampar dengan sepupu. ni dah besa masing2 nak tegur pon malu. hehe.

my name is Yana said...

dah terbiasa kot,mungkin sebab anggap mcm adik beradik if tepuk kat bahu tp jgn le tepuk kat peha...emm tk tahulah kena hati2 lg if dh berpunya...

So Shy Lady said...

hmmm... org pskitaran pun pasti tak selesa kan.

today s lesson: jom kita jg batas pgaulan kita ;D

Adzriel AB said...

d_LA : sesetengah org itu perkara biasa. tapi bertudung, memang sangat tak manis.

Adzriel AB said...

ardinihumaira : betul tu

Adzriel AB said...

Ujang9897 : dah kawin lebihlah kena jaga, takut ada yg repot nanti jadi gaduh pulak.

Adzriel AB said...

ieka darlink : kecik2 tu biasalah. tapi kalau dgn sepupu pun ada juga buat suami atau isteri jeles giler. sepupu pun haram sentuh juga kan.

Adzriel AB said...

my name is Yana : bila dah berpunya, lebihlah kena hati2.

Adzriel AB said...

So Shy Lady : he..he.. memang pun. gurau terlebih sudah.

shah-kayrul said...

terlebih ramah sangat tue...

Puan Kutu said...

emm sy setuju dengan akk..tak manis..kena jg harga diri la kan lg2 klu dh jadik isteri org.klu blom kawen lg la menyampah tgok..:)

fadhdeela said...

betul kakk..kat opis nie pun ada jugakk kak!! hangin jer deela tgkk..tah ape2 la minah nie..kes deela lak minah nie xkawen lg..jantan tu lak laki org..aduh aii rimasnyer tgk bergurau pegang2 tgn..selamba jer dekat2..laki tu bile pmpn nie on layann dia pun menjadi2 la..pernah nak try bgurau pegang2 tgn deela ambik ko kena sound ngan deela..xsuka la!!!

Meh singgah: Bisul ohhh Bisul!!

diana said...

manja sangt la pompuan tu ye..
sembang2 nak sentuh sana sini..
dah jadi tabiat la tu..
mungkin masa muda2 biasa pegang sana sini kot..
tu yang bila dah kawen susah nak buang tabiat buruk tu..

Hani said...

ishhh...kalu tabiat asal jumpe orang kasi duit kan bagus..dari jumpe orang nak tepuk tampar..tapi ade ke orang gurau2 kasik duit yek?

ilham_un said...

betul tue..sekarang pon sama kak.tangan mesti gerak2.ikat jela senang.

Dda Ly said...

saye setuju...tidak manis! dulu form 5 saye tak tahu jgak...or mungkin tak sedar..tp lepas tu da matang, boleh pk sendiri...terus stop! hihi

meh ke rumah..
~little newborn~
keep in touch ye..♥♥♥

ummiross said...

ummi pun cukup tak suka tengok perangai bertepuk tampar ni, tak manis sungguh...