iklan

Followers

Pages

Thursday 2 February 2012

Kumpul 4 perkara dunia menjadi saham akhirat juga

Aku kutip kata-kata junior semasa aku di ASBTAR, Lia Wealthworks.

Katanya :

Pesanan drpd Mentor kesayangan saya :

Biarlah kita yang mulakan perubahan hidup kita dengan mengumpul 4 perkara:-

1. Ilmu - Kerana hanya dengan ilmu akan menjadi "spotlight" kita mencapai apa yang kita kehendaki di dunia & akhirat

2. Wang - Kerana kita bertanggungjawab menyimpan/ merancang kewangan kita daripada sekarang untuk kegunaan diri & keluarga kita, lagi banyak kita simpan, lagi mudah kita nak laburkan nanti.

3. Pengalaman - Orang yang berani mencuba (Of coz dgn ilmu, mentor dan sistem yang terbukti berjaya) akan menjadi lebih matang di dalam membuat keputusan dalam hidupnya! Kegagalan ramai orang ialah kerana mereka takut untuk membuat keputusan, kenapa? Kerana mereka tidak ada ilmu, mentor dan sistem serta pengalaman dalam bidang tersebut.

4. Kawan - Orang yang mempunyai silaturrahim yang baik dgn ramai orang akan mendapati bahawa mereka tidak akan jatuh miskin. Mereka adalah kaya dengan doa dan barokah. Tapi, pilihlah kawan yang menyenangkan hati serta memberi kebaikan dan bukan merosakkan kita. Semoga anda belajar sesuatu daripada 4 Prinsip ini! -DAO-

p/s : Moga mendapat ilham darinya

1 comment:

PCL said...

salam, singgah mengamati pesanan yg bernas..tima kasih.