iklan

Followers

Pages

Thursday 5 August 2010

10 Ciri Suami Pilihan



Ciri2 suami pilihan ini aku petik drp majalah MIDI keluaran 15 Julai 2010. Eh! Eh! Ini majalah pilihan no: 1 wanita 40++ di Malaysia. Tak mengapalah...lagi 3 tahun je aku nak mencecah usia 40 pun. Inilah pertama kali aku membeli majalah MIDI ni. Mungkin tertarik dengan tajuk lain "20 petua murah rezeki" agaknya. Rezeki banyak2 pun kalau tak berkat pun tiada makna jugakan.

Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.

Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?

Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.

Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Bila aku renung2kan ciri2 yg 10 ini....bertuahnya aku memiliki seorang suami yg 95% menepati ciri2 ini. Sesibuk mana sekali pun dia tetap tidak lupa solat. Lemah-lembut & berbudi bahasa, mewarisi sifat kedua org tuanya. Namun ada sifat tegas dalam dirinya. Sangat berhemah dalam berbelanja dan sentiasa memikirkan masa depan keluarga. Kerana 95% inilah aku teruja masukkan artikel ini ke dlm blog... Aku patut bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Nak 100%, mana nak jumpa yang perfect...95% ni dah rahmat sangat bagi aku. Yang kurang 5% tu biasalah.. diri aku sendiri pun cuma entah sampai 50% atau tak. Renung2lah diri sendiri bila nak komen tentang pasangan. Buat suami, maaf ye mana2 yg terkurang & terlebih tu...*(^_^)*

No comments: