iklan

Followers

Pages

Friday 21 January 2011

Blind Spot Mirror


Selepas ambil anak sulung di SMKJ4, BBB tadi aku terus bawak dia pegi makan di restoran RasaMas dalam bangunan Warta. Sebenarnya dah lama pasaraya Warta tu bertukar jadi pasaraya Bintang & sekarang tukar lagi jadi pasaraya Giant pulak. Tapi nama Warta tu dah sebati dgn sebahagian warga Bandar baru Bangi...aku terlibat sama le.

Selepas makan, aku pegi beli charger hp Sony Ericsson untuk anak aku. Teringat pulak remote control aircond & TV yg bateri dah out. So aku terus le masuk ke Giant
Kalau dah masuk situ, faham2 ajelah, bukan sekadar bateri yg dicari, mulalah nak beli yg tak masuk senarai spt teh boh, kicap, nescafe, coklat & ada le lagi barang2 lain. Nasib baik tak lupa tujuan asal beli bateri saiz AA & AAA. Tak pe le juga sebab barang tambahan pun memang yg selalu guna tiap2 hari. Sekali-sekala tolong suami beli..elehh..bukan nak claim pun. He..he..

Lepas tu aku dgn anak aku terus le nak balik. Kereta parking di parking lot dalam bangunan tu juga. Aku pun start kereta & nak undur le. Tiba2 aku rasa lain macam bila tengok side mirror. Laaa.. mana pegi cermin bulat yg kecik tu. Aku tampal cermin bulat tu kat side mirror tu utk luaskan jarak pandangan belakang. Rupa dia macam gambar atas tu le. Nama lain dia Blind Spot mirror. Klik le..korang boleh baca kelebihan guna cermin ni. Aku memang guna cermin ni sejak aku mula dapat lesen kereta lagi, 1994. Memang view luas & mudah bila buat side parking atau reverse kereta. Aku rasa sangat confident bila nak tukar lorong sebab kalau cermin biasa tak boleh nampak kereta yg berada dekat di sebelah kanan kita.

Balik pada hal cermin yg tiba2 tak de tu. Terdetik di hati aku mungkin cermin tu jatuh. Bila aku pandang cermin kiri, pun tak ada juga. Nampak kesan 'double sided tape' tu naik ke atas & tertarik panjang. Cermin besar tu pun senget sikit. Sah ada yg 'songlap'...Hampeh betul. Spoil mood aku! Hanya kerana cermin yg nilainya RM2 aje, mulut aku dah menyumpah-nyumpah si pencuri tu. Jangan hanya kerana nilai RM2 tu, si pencuri tu dapat tiket free ke neraka. Tu dia...marahnya aku. Walaupun nilainya hanya RM2, tapi dia menyusahkan aku nak mencari yg baru pulak. Memang moral si pencuri tu tak bernilai lansung. Lebih murah drp RM2 tu.

Tak puas hati betul aku bila cermin tu hilang. Aku pun pegi le cari di kedai2 kawasan Seksyen 1, Bandar Baru Bangi. Aku jumpa yg jenis boleh pusing. Mahal le sikit, RM8. Sorry le tokey, saya cari basic je. Tak payah adjust nanti cepat rosak. Nanti anak2 aku pun suka nak adjust. Singgah le kedai hardware di Seksyen 3. Terbeli benda lain pulak ; mentol lampu tidur anak aku yg dah terbakar tu. Value 5 watt je. Lalu Seksyen 15 pun tak ada. Jumpa yg jenis boleh adjust tu juga, lagi mahal. RM18 harga dia. Suka2 hati je depa ni letak harga. Malas aku nak cari kat tempat lain pulak. Dah balik le ke rumah je. Anak aku pun dah penat.

Aku hantar anak aku ke rumah di Bandar Seri Putra & terus bergegas ke Nilai 3. Memang ada hajat nak beli comforter pun sama. Satu kedai aksesori kereta je aku pegi, dah pun jumpa. Harga sudah naik le. Satu cermin RM1.50. Kalau dua dah RM3. Hantam je lah. Jangan RM5 pulak. Terkejut aku nanti.

Dapat juga aku beli comforter 3 set utk 3 bilik. On the way balik aku lalu Bukit Mahkota. Ada pasar malam pulak hari Jumaat ni. Singgah le beli dinner utk anak2. Malas le nak masak, tambah pulak dgn angin dlm minda aku ni. Sabor liza! Sabor! Kesian budak yg curi cermin aku tu kena sumpah dgn aku di hari Jumaat, penghulu segala hari. Tunggu hati aku sejuk le supaya aku dapat maafkan budak tu dgn relahati. Tak le dia menanggung dosa gara2 barang yg hanya berharga RM2 tu.

2 comments:

hanan said...

emm...sy pn terkena jugak.pagi2 td, masa nk start enjin...rasa mcm bende hilang, xcomplete je dgn kete tu...pndg2 kiri kanan...aaiiikkkk...rasa ade cermin bulat kiri kanan. Fuhhh..memang kurang asam sape yg curik tu.dah la pagi2 buta,org nk pegi keje.ingatkan area Putrajaya ni selamat,xde curi2.rupa2nya..mana2 pn sama.

Liza @ Adzriel AB said...

hanan : itulah pasal. actually bukan nilai RM tu yg dikesalkan sebab benda murahkan. tapi spoil betul mood pagi2 & nak kena mencari pulak semula.