iklan

Followers

Pages

Friday 3 May 2013

Lagu pilhanraya lama juga yang best di telinga ni - PRU13!!

Macam-macam lagu pilihanraya sempena PRU13 pada 5 Mei 2013.

Ini lagu pertama tahun 1955... dah 3 kali aku mengundi, baru tahun ni aku pernah dengar lagu ni. Panjang le pulak lagunya.



Ini pulak lagu baru yang menarik perhatian aku untuk PRU13. Sedap juga di telinga ni mendengarnya.



Tapi macam lagu Hari Raya Aidilfitri juga tentu ada satu lagu lama yang best... Bagi aku lagu pilihanraya ini juga yang terbaik.. he..he.. Ada lirik lagi. Jom nyanyi sama-sama!!



Pesanan penting semasa hari mengundi :

1. Elakkan pakaian yang ada lambang parti
    (Ops! tak boleh le pakai shawl INI!)
    - untuk elak provokasi... kita bukan tau jiwa manusia ni.

2. Pakai pakaian yang sopan 
    - kawan aku kata lagi cantik kalau menutup aurat... mmm betul tu!

3. Kad pengenalan jangan lupa dibawa 
    - syarat sah pertama nak mengundi ni!

4. Pastikan lokasi undi betul 
    - Jangan salah tempat ye! Nama anda ada di satu lokasi je (kecuali hantu kot!)

Seterusnya boleh tengok cara-cara nak mengundi dan hak kita sebagai pengundi dalam youtube berikut :


Undilah dengan tenang dan sabar. Bertolak-ansur dalam apa-apa situasi yang tak rugi pun kalau kita berbuat demikian. Jangan cetuskan pertelingkahan. Tarik nafas, istighfar banyak-banyak pada Allah dan berlapang dada. Jika tidak mahu pada sesuatu, katakan 'tidak' dan 'terima kasih' dengan senyuman.

Pilihanraya kali ini yang ke-13 kelihatan lebih hangat dari yang sebelumnya! Undilah dengan bijaksana!

1 comment:

ANIM said...

kak pernah 3x jadi kerani pilihanraya, 2x di selangor dan sekali di johor. macam2 ragam manusia. tapi takleh lupa pilihanraya 1998 (kalau tak silap).. tegang!! saluran kak paling lewat kira undi sebab wakil parti suruh kira undi 2,3 kali sebab tak puas hati.

p/s selamat mengundi