iklan

Followers

Pages

Monday, 6 October 2014

Wanita hamil mengada-ngada je!

Isu soalan bila nak kahwin dan bila nak ada anak dah lali aku dengar. Alhamdulillah sebab aku tak tergolong dalam mereka yang disoal sebab aku kahwin dalam usia 22 tahun. Lepas 9 bulan nikah dah lahir anak aku yang sulung, bunting pelamin orang kata. Sekarang anak aku dah pun 5 orang dan yang sulung dah sama tinggi dengan usianya 18 tahun. Usia aku pun dah cecah 4 series pun.

Apa yang aku boleh kata pada mereka yang masih belum berkahwin atau yang masih belum ada anak hanyalah bersabar. Ye... berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Jodoh dan anak itu rahsia Allah. Maka janganlah kita menidakkan rahsia Allah dengan mengeluarkan pelbagai anggapan negatif.

Itu isu lambat kahwin dan lambat ada anak. Ini isu mengandung pulak.

Double line = Positif, google


Kadang telinga ini mendengar kata-kata yang kurang enak didengar tentang ibu mengandung.

"Alaa... itu pun tak larat, aku dulu mengandung jugak!"

"Alaa... orang lain mabuk jugak, tapi tak adalah nak muntah sampai dengar satu taman!"

"Apasal teruk sangat mengidamnya tu? Aku dulu mengidam jugak tapi ok je kalau tak dapat pun!"

Dan macam-macam lagilah yang sampai kat telinga ni. Aku tak nafikan memang ada yang mengada-ngada berlebihan tak laratnya masa mengandung tapi memang ada yang memang benar-benar tak larat, mabuk melampau mahu pun mengidam melampau.

Benda-benda ni kadang susah nak elak. Aku sendiri pun pernah mabuk sampai 7 bulan mengandung, masuk hospital kerana mabuk sampai 2 kali. Mak aku sampai kulum garam nak hilangkan rasa masuk. Kawan aku asyik nak berludah aje hampir 24 jam, terpaksa letak plastik dalam sampul surat besar sebagai tempat berludah.

Pernah sorang yang aku kenal merokok sepanjang dia mengandung, padahal dia bukanlah merokok pun sebelum tu. Lepas bersalin, pandang rokok pun menyampah.

Ada orang masa normalnya sangat cergas tetapi bila mengandung, apa pun dia tak larat nak buat. Sakit kaki, sakit pinggang bagai. Mana yang dok terajang suami suruh tidur luar pun ada sebab benci sangat dengan bau suaminya tu.

Jadi tak perlulah kita nak hina-hina orang yang sedang mengandung tu. Biarlah suami dia nak pimpin dia berjalan, toksah nak kata dia manja. Depa dapat pahala saling membantu suami isteri, kita yang mengata ni pulak dapat dosa.

Esok lusa kalau kita yang wanita ni mengandung pulak atau isteri ke yang mengandung, doa-doalah agar dipermudahkan segalanya. Aku yang 5 kali mengandung dan ada lagi 2 kali keguguran pun kadang rasa simptomnya ada juga yang berbeza-beza.

Hebatnya pahala wanita mengandung ni jika ikhlas dan redha. Boleh search kat google akan pahala orang mengandung dan melahirkan. Data di hujung jari aje.

Orang yang mengandung kena jaga pertuturan, yang di sekeliling pun doakanlah yang baik-baik juga.

1 comment:

sud@is said...

Ujian utk org mengandung, adg jg ok, semua org tak mungkin sama