iklan

Followers

Pages

Friday, 19 August 2011

Admit Hospital Serdang kerana denggi

Sejak keluar dari Hospital Serdang gara-gara denggi, kepala aku masih lagi tak berupaya berfungsi dengan baik. Bukan aku gila tapi kerap benar aku mengalami sakit kepala yang kuat. Boleh kata sepanjang hari juga.

Bila doktor tanya sakit di sebelah kanan atau kiri selalunya? Entahlah doktor! Kadang kiri kadang kanan! Malas aku nak fikir. Aku cuma tau kepala aku sakit. Sebab tu aku memang tak boleh nak menulis sangat di blog ni. Tak boleh nak berfikir dengan baik.

Selepas aku habis taip entry 'Demam sakit seluruh badan' Jumaat (12 Ogos 2011) lalu, aku terus 'OFF' laptop aku dan ke klinik An-Nur berhampiran untuk ambil darah. Sample darah dihantar ke lab di Bandar Baru Bangi. Aku balik ke rumah dan terbaring je di katil menahan sakit kepala dan muntah yang kerap.

Sebab dah tak tahan, aku sms doktor supaya dapat inform keputusan darah. Demam dah rasa lain macam dari biasa, memang terasa pelik le. Doktor call aku katanya suspek denggi sebab bacaan platelet darah dalam 106 sedangkan normal lebih daripada 150. Dia beritahu secara lisan saja sebab surat keputusan tak dapat lagi.

Aku minta tolong doktor sediakan surat rujukan sebab aku nak bergegas ke Hospital Serdang. Baju dan keperluan ringkas aku dah siapkan dalam beg galas aku. Yakin sangat bakal kena admit ni. Aku call hubby minta singgah klinik ambil surat dan hantarkan ke Hospital Serdang.

Lagi sekali darah diambil untuk ujian. Pukul 5 petang aku tiba di sana, dan pukul 6.45 petang baru confirm masuk wad. Penantian memang menyeksakan dalam keadaan separa demam, mual, sakit kepala dan badan yang sakit-sakit.

Ni dia pengenalan aku. Nampak tak nama yang depa print tu? Bukan Liza, tu lah nama rasmi dalam IC aku. Liza ni nama manja sejak aku kecil lagi.

Terima kasih la pada Hanis Azla dan Wani yang sudi melawat aku masa kat hospital. Kesian Wani, datang melawat aku dengan dua orang anak-anaknya tinggal di tingkat bawah dengan suami. Sangkanya tak boleh bawa anak-anak melawat.

Kanak-kanak hanya dibenarkan melawat pesakit pada hari Sabtu dan Ahad dari pukul 12.30 tengahari hingga 7.30 petang. Kalau hari Isnin hingga Jumaat pula hanya mereka yang berusia lebih dari 13 tahun saja yang boleh melawat dari pukul 12.30 hingga 2.00 petang dan 4.30 petang hingga 7.30 petang.

Hanis Azla pun datang waktu rehat. Tempat kerjanya pun dekat aje dengan hospital. Ada khabar gembira yang disampaikannya semasa melawat aku. Blogger Aliza sudah pun selamat melahirkan baby sulungnya di Hospital Putrajaya. Aku pernah jumpa dia di SINI.

Ada juga dua orang kawan pejabat hubby yang datang melawat. Salah seorang tu merupakan client aku juga. Rumahnya pun tak jauh dari rumah aku.

Mak aku kalut telefon bertanyakan itu ini dari Jengka, Pahang. Suruh minum air 100 plus banyak-banyak. Begitulah mak kita ni kan! Anaknya dah tua-tua begini pun mereka akan tetap merasa sangat risau bila anaknya sakit.

Sibuk mak bertanya "Nak mak datang ke? Kamu teruk ke?". Aku ok je! Jangan risau sangat le mak! He..he.. rasa manja le pulak!

Kakak aku pun datang melawat juga. Ini mesti mak aku yang suruh kakak aku lawat.

Ini tanda yang aku dapat sempena penyakit denggi yang aku dapat.

Tangan kiri - Setiap 6 jam kena derma darah untuk check... aduhaiii darah akuuu!!


Tangan kanan - Ini untuk drip air. Nak ke toilet pun kena usung juga!

Bermalam di hospital memang tak best sebab tidur tak lena. Tidur memang tak lena sebab sakit kepala, demam, sakit badan dan pelbagai simptom denggi yang tidak menyelesakan.

Setiap 6 jam ada doktor yang akan kejutkan akan ambil sampel darah. Aku paling tak berkenan kalau yang ambil tu doktor pelatih sebab terkial-kial depa nak mengambilnya sampai aku pulak yang guide diaorang. Eh! Eh! gitu lak? Apa nak buat, depa baru nak belajar. Sapa pulak yang terus pandai tanpa langkah pertamakan.

Lepas tu ada pulak nurse yang kejutkan lagi sebab nak ambil bacaan tekanan darah dan suhu badan. Semuanya perlu dipantau dengan teliti agar cepat sihat.

Doktor sentiasa berpesan agar segera melaporkan jika ada pendarahan. Maka tak bolehlah nak korek hidung sebab takut hidung berdarah, tak boleh gosok gigi sebab khuatir gusi berdarah. Kebetulan hari Jumaat tu hari pertama aku PMS, doktor berikan ubat hormon untuk hentikan pendarahan.

Ubat untuk melawan denggi perlu minum air sebanyak mungkin. Entah berapa kali aku terpaksa ke toilet untuk buang air kecil. Terpaksalah mengusung tiang drip air tu sama. Anak aku kata "tongkat sakti mama!".

Terima kasih pada pihak pengurusan Sapura Brake yang bagi aku buah dan bunga yang comel ni. Sapura Brake ni tempat hubby aku kerja, sama group dengan blogger JeBateja di Sapura Machining.



Hari Selasa petang aku dapat balik rumah. Tapi doktor pesan supaya aku pergi buat test darah pada hari Jumaat (19 Ogos 2011). Baik doktor! Suka tengok doktor yang pesan tu. Doktor wanita berbangsa India yang dah senior. Harus aku tanya siapa namanya nanti!

Perkarangan hospital


Suruh hubby jalan dululah. Aku tak larat nak jalan laju-laju. Nak suruh ambil kat lobby pun nampak macam jem teruk je. Aku bukan suka layan jem ni. So jalan kaki je lah plean-pelan ke kereta selagi larat berjalan.

Parking punyalah penuh! Tengoklah merata-rata pelawat parking kereta ikut sempat aje dah!




Sampai hati ke nak tarik ni?


Terima kasih banyak-banyak pada para doktor dan nurse yang tolong merawat aku semasa di wad dengan baik dan mesra. Insyaallah! Kalau berkesempatan, bolehlah aku lawat korang kat hospital.

Dapat juga aku jumpa hubby cousin aku iaitu Dr. Azman kat situ. Kebetulan pulak dia bertugas di wad aku. Aku pernah menulis kisah perkahwinannya di SINI.

Wa'alaikumussalam Ben Ashaari yang berkirim salam melalui adik aku Asterisk Boutique!! Terkejut wehhh.. Jaga baby ekk!

16 comments:

Ibu Muda 30series said...

Everything back to normal dah? alhamdulillah...nasib juga Allah uji sekarang. Buat nya minggu raya...kan haruuuu...huhuu

Affan said...

Salam kak.
Harap2 dah sihat dan sembuh sepenuhnya.
Risau gak kalau kena denggi ni.

Liza @ Adzriel AB said...

Aku Ibu Muda : masih lagi sakit kepala kuat juga, tapi hari ni tak de muntah dah.

Affan : denggi mmg mnakutkan

Lan Bingka said...

semoga cepat sembuh kak..

MumMe said...

harap kak liza cepat sembuh...betul kak,sakit kepala dia susah nak cakap...org yg pernah rasa je boleh faham...itu fasal la geram je kalau org di sekeliling,opismate ke bos ke...treat mcm kita sj2 bercuti nk g shopping...paling takut ambik darah tu...sakit....

CA said...

Liza,

So sorry to hear this happen to you.semoga sembuh dgn cepat..muahh!Take care.

Dinas Aldi said...

Takut sungguh baca ni, teruk la demam denggi. Semoga Liza cepat sembuh, take care ya..

ummiross said...

Sakit nak datang tak terduga kan Liza, berehat cukup2 ye..

sud@is said...

semoga cepat sembuh Liza, jgn lupa makn ubat dan minum byk air putih..isyaallah

penah tidur kat camtu mmg x selesa

Ct Aja said...

Akk, masa saya kene dulu nak suh cepat baek makan sup ketam nipah...

Liza @ Adzriel AB said...

Lan Bingka : terima kasih lan, lama lan tak jenguk kak liza kan.. samalah kak liza pun..he..he..

MumMe : amik darah ok je.. sakit yg tak larat tu. flat jadinya. dugaan

CA : itulah..kalut aku dibuatnya. kesian hubby & anak2 tengah2 bulan posa ni.

Dinas Aldi : demam denggi mmg menakutkan kak dinas.. lumpuh byk perkara.

ummiross : asyik minum airnya ummi, barulah ingat nikmat sihat.

Sihat Anggun : tak pe atun, SBT bagi bunga dengan buah.. habis dah kak liza pulun.

diana : hanis pun ada cerita dia kena denggi. mmg takut.. he..he.. zanawati, unikkan?

S..U..D..@..I..S : terima kasih dik.. baru sedar nak minum air banyak2. kalau tidak tu sambil lewa aje ye kita ni.

Ct Aja : mmg ada dengar kata sup ketam elok tapi kak liza ni allergic seafood. semalam minum air kelapa jugak.

is150 said...

salam Kak,
Baru baca blog dan perasan... mudahan-mudahan cepat sembuh...

A.s.t.i.n.a said...

Maaf Astina dh lama tak jenguk blog akak.

Baru tau :(

Sofya said...

alhamdulillah... akak dah sihat..

Hybrid car said...

Jadi teringat saat-saat di rumah sakit.
Kunjungan pertama sobat, salam kenal dari negeri seberang... :)

Unknown said...

mak saya demam nk dekat 2 hari mengadu sakit kepala makan tak selera dokter cuma bg antibiotik dan ubat deman je..saya suspek denggi sebab sia selalu sakit otot dan sendi sejak demam ni