iklan

Followers

Pages

Tuesday, 11 January 2011

Kematian anak kecil akibat didera lagi

Pagi ni start keje awal le sikit. Pukul 7.45 pagi dah jumpa client di gerai tepi tasik dekat KUIS (Kolej Universiti Islam Selangor). Eh! Tiba2 datang pulak jiran seBandar Seri Putra merangkap ex-hostel, ex-classmate, ex-geng sekolah dulu2... he..he..banyaknya ex! Dah breakfast sama sampai pukul 9 pagi baru aku balik rumah.

On the way perjalanan balik ke rumah, sempat dengar berita radio Era tentang kisah anak perempuan berusia 3 tahun meninggal dunia akibat didera ibu tiri dgn 70 kesan lebam. Manakala adiknya yg setahun lebih masih di rawat di hospital. Rasa nak menitis air mata aku mendengar berita sebegini. Masih teringat-ingat aku kisah dulu seorang budak lelaki berusia 4 tahun mati akibat dihumban oleh teman lelaki ibunya. Boleh korang bayangkan betapa tersiksanya anak sekecil itu menahan kesakitan. Alangkah kita yg dewasa pun boleh meraung. Aku memang benar2 geram.

Sebagai org dewasa, kitalah yg sepatutnya melindungi anak2 apatah lagi yg sekecil begini yg tak mengerti erti kehidupan. Tidak kiralah anak tiri, anak angkat, anak jiran, anak org yg tidak kita kenali, anak dari apa2 bangsa sekali pun memang tidak boleh diperlakukan dgn kejam. Mereka adalah amanah Allah yg dilahirkan dgn seribu rahmat yg tersirat. Kalau kita marahkan org lain sekali pun, bukan anak2 kecil menjadi mangsa. Kita pun nakal juga masa kecil2 dulu...

Aku pun kadang2 merotan anak juga... tapi di mana rotan tu perlu? Tapak tangan? Tapak kaki? Aku memang bukanlah kategori penyabar juga. Tapi berpada-padalah. Apalah budak berumur 3 tahun tu tahu selain main, makan, tidur & buat sesuka hatinya. Kita yg dewasalah yg perlu beri bimbingan.

SAYU...jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Tenggaroh 6, semalam.
SAYU...jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Tenggaroh 6, semalam.

PILU...Nur Aquilla (tengah) tidak dapat menahan kesedihan.
PILU...Nur Aquilla (tengah) tidak dapat menahan kesedihan.

JOHOR BAHRU: Tujuh puluh tiga kesan cedera pada seluruh tubuh menjadi petunjuk punca kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun akibat didera dan bukan disebabkan lemas seperti didakwa ibu tirinya.

Nur Dania Qistina Nurafizan yang tinggal bersama bapa dan ibu tirinya yang berusia 25 tahun di Kampung Sungai Tiram di sini, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, pagi kelmarin, selepas dibawa ke hospital oleh bapanya yang memberitahu dia lemas dalam baldi.

Bagaimanapun, hasil bedah siasat dilakukan, pihak hospital mengesyaki punca kematian kanak-kanak itu akibat didera dengan kejam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh berdasarkan laporan bedah siasat yang diterima polis, tengah hari semalam.


Menurutnya, laporan menunjukkan mangsa mempunyai 73 kesan penderaan fizikal selain lebam di dada.


“Doktor juga mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana mengalami pendarahan dalaman di paru-paru dan menolak dakwaan ibu tiri mangsa yang menyatakan kanak-kanak itu lemas.

“Dalam laporan, bapa mangsa mendakwa menerima panggilan daripada isterinya pada jam 8.30 pagi ketika berada di tempat kerja dan wanita itu menyatakan anak kedua suaminya hasil perkahwinan pertama lelaki itu ditemui tidak sedarkan diri dan lemas di dalam baldi.

“Lelaki terbabit membawa mangsa dari rumah mereka di Kampung Sungai Tiram di sini ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

“Bagaimanapun, lelaki itu menyatakan anaknya tidak dapat diselamatkan dan hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia di hospital,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Roslan berkata, mengikut laporan bedah siasat, dakwaan ibu tiri mangsa bahawa mangsa lemas tidak benar kerana tiada tanda lemas dikenal pasti sebaliknya ada 73 kesan penderaan dan pendarahan dalaman di paru-paru.

Menurutnya, polis sudah menahan ibu tiri terbabit bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Berita di petik dari harian Metro

Monday, 10 January 2011

Jalan kaki ke sekolah

Azri, darjah 3 ; pagi2 dah komplen kat aku.."kenapa mama tak hantar dekat sikit?". Dekat pintu pagar sekolah le maksudnya. Mmm... kereta banyak depan sekolah tu. Malas nak tambah jem... tension mak bapak yg kalut nak pi keje nanti.

Alahai anakku...jangan le manja bebeno. Exercise le... bukan jauh mana pun. Tak sampai pun 1 minit nak sampai ke pintu pagar tu. Tak taulah kenapa dia nak komplen hari ni. Selalu tak pulak macam tu. Agaknya pasal 3 minit lagi pagar nak tutup gamaknya.

Mama dulu jauhnyalah nak jalan kaki ke sekolah. Setengah jam baru nak sampai kot. Itu baru 5 tahun nak ke tadika. Jalan sorang2 pulak tu... Aku pun berani pulak masa tu...sekarang pun sama je. Masa tu arwah ayah ada basikal je...tak berbaloi juga nak hantar dgn basikal tu dgn jalan yg berbukit-bukit kat Jengka 16 tu. Sampailah aku darjah 1, barulah ayah beli motor Suzuki biru tu dgn plet CM8562. Mak kata motor buruk tu dah jual kat orang sekarang ni sebab ayah ada motor lain yg kakak belikan. Kakak beli pun masa kami adik-beradik dah bekerja & berkeluarga pun.

Bila diingat, mak aku boleh lepaskan aku jalan kaki ke sekolah seawal usia 5 tahun. Kalau sekarang jgn harap le... banyak beno syaitan bertopengkan manusia. Takut aku walau pun anak aku yg sulung ; Aishah tu dah 15 tahun pun. Yg no 2 ; Amirul tu dah 13 tahun berjalan kaki bila balik sekolah je... itu pun dekat aje. Tak sampai 15 minit dah sampai rumah. Aishah & Amirul bersekolah di sekolah menengah yg berbeza sebab result UPSR Aishah lebih cemerlang. Jadi Aishah dapat bersekolah di sekolah bestari di Bandar Baru Bangi. Amirul bersekolah di sekolah yg baru saja dibuka tahun ini (2011) di Bandar Seri Putra.

Hanya 2 org yg masih di peringkat rendah ; Azri darjah 3 & kakaknya Asyikin darjah 5. Baby Arif kecik lagi...baru setahun setengah.

Pagi2 memang aku biasa park kereta kat tepi sekolah berdekatan kawasan perumahan utk turunkan anak2 aku. Tak sanggup aku nak join jem depan sekolah tu. Lagi pun kesian kat parents yg memang sedang kelam kabut nak ke tempat kerja. Aku yg very fleksibel ni malas le nak tambah kalut diaorang. Kalau tahun lepas biasanya aku park kat ruang kosong depan pintu sekolah tu sebab biasanya tempat tu kosong. Parents cuma lalu saja & turunkan anak tanpa park kereta dulu. Tapi masalahnya aku nak keluar susah le sebab kereta bertali arus lalu. Terpaksalah aku tunggu sampai reda sekejap sebab aku pun bukan kalut nak ke ofis pun. Proses nak keluar parking dah tentu akan buat laluan jem nanti. Mmmmm...tak payahlah utk tahun ni.

Masa sekolah rendah dulu kadang2 ayah datang ambil aku dgn motornya. Rasanya tak de le stuck macam zaman sekarang ni. Sekarang ni anak yg nak diambilnya seorang aje, tapi keretanya panjang bebeno. Dah ambil banyak ruang. Van sekolah pun tak ada masa aku sekolah rendah dulu... sekolah kampung, begitu le. Walau pun rumah di hujung kampung, tetap ada yg berjalan kaki, naik basikal atau naik motor. Susah sgt nak nampak kereta. Apa nak buat...perubahan zaman, ada baik adalah kurangnya.

Sunday, 9 January 2011

Kekal menawan pikat suami

Salah satu berita di Metro hari ni memang menarik perhatian aku. Amalan memakan jamu memang banyak khasiatnya. Semuanya diajar oleh mak aku sejak aku mula melahirkan anak sulung ; dah 15 tahun umurnya. Arwah embah (nenek aku sebelah mak - embah/mbah tu bahasa Jawa) aku dulu memang pandai mengadun jamu sendiri daripada pelbagai rempah ratus & pandai mengurut juga. Mak aku pun masih ada ilmu tentang bahan2 utk jamu tapi tidak pula mempraktikkannya. Sekarang pun aku lebih senang makan Jamu T.Warisan Anggun buatan Kak T.

INTIM... Mansura bahagia di sisi suami, Yusuf.
INTIM... Mansura bahagia di sisi suami, Yusuf.

Oleh ISMA ISMAIL dan MOHD RAZLAN SALLEH
metahad@hmetro.com.my

SANDAKAN: “Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti sang harimau yang pantang dicabar, itu tidak bermakna mereka tidak boleh dijinakkan.

“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.

Ibu berusia 65 tahun yang melahirkan 23 cahaya mata ini mengakui payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain.

“Sebagai isteri, kita harus tahu menjaga penampilan diri dari luar dan dalam selain sentiasa bergurau setiap masa, terutama di bilik tidur.


“Bayangkan perasaan suami apabila melihat tubuh kita kendur di sana sini, sudah pasti hilang selera untuk bersama dan menjadi alasan mencari pucuk muda yang lebih gebu,” katanya tanpa berselindung.


Mansura berkata, jika aset wanita itu sentiasa padat, kerukunan rumah tangga dan hubungan suami isteri sentiasa hangat.

Kesempatan menemui Mansura secara bersemuka membuktikan kebenaran kata-katanya.

Meskipun boleh dianggap nenek, tubuh Mansura seakan-akan tidak ditelan waktu dan kelihatan sihat seperti wanita berusia 30-an.

Penulis juga hanya menggeleng kepala sebaik diberitahu wanita berkenaan berusia 65 tahun dan memiliki 23 anak selain bercucu dan cicit.

“Payudara perlu dijaga sebaik-baiknya dan antara caranya ialah memakan jamu dan bersenam.

“Jamu boleh dibuat sendiri menggunakan barang yang mudah didapati di pasar seperti ibu kunyit, asam jawa, lada putih, sirih, manjakani, gula, garam dan telur ayam kampung,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini, baru-baru ini.

Mansura berkata, pemakanan jamu membolehkan badan lebih sihat dan bertenaga serta menegangkan otot kendur, terutama sistem peranakan.

“Saya tidak pernah mengamalkan ilmu songsang atau susuk kerana ia perbuatan syirik,” katanya.

Selain 23 anak, termasuk enam yang meninggal dunia sebaik dilahirkan, Mansura turut dikurniakan 60 cucu dan empat cicit.

“Bayangkan selepas melahirkan anak, saya boleh berjalan seperti biasa keesokannya dan ke pasar seminggu selepas itu. Ramai tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya,” katanya.

Mansura berkata, dia berkahwin dengan Yusof ketika berusia 13 tahun dan terus bunting pelamin, namun kurang bernasib baik apabila beberapa anaknya meninggal selepas dilahirkan.

“Anak pertama mak cik sepatutnya berusia 52 tahun tetapi meninggal dunia sebaik dilahirkan, manakala paling bongsu berusia 15 tahun dan menuntut di Sekolah Menengah Batu Sapi,” katanya.

Mengikut perkiraan kasar, pasangan itu memperoleh anak sulung iaitu Junaidah, 46, ketika Mansura berusia 19 tahun dan melahirkan anak ke-23, Jefry Aman, 15, pada usia emas 50 tahun. Malah ketika berusia 30 tahun, dia mempunyai lapan anak.

Menurut Mansura, ramai wanita kini mengabaikan penjagaan diri dan enggan mengikuti nasihat orang tua yang dianggap kolot serta ketinggalan ramai.

“Selain petua ketika bersama, suami isteri perlu bertolak ansur kerana alam berumah tangga mempunyai 1,001 cabaran dan dugaan.

“Ketika suami marah, kita sebagai isteri perlu berdiam diri dan jangan sesekali melawan kerana ‘harimau’ yang mengamuk pantang dicabar,” katanya.

Mansura berkata, perkara sama perlu dilakukan suami apabila melihat isteri dalam keadaan marah.

“Sebagai orang tua, saya hanya mampu memberi nasihat kerana sedih mendengar pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sudah naik turun mahkamah untuk bercerai.

“Sedih melihat isteri yang masih muda dan cantik terpaksa menjadi janda pada usia muda,” katanya.

Mansura juga berkata, kewangan bukan masalah utama jika tahu menguruskannya.

“Saya tidak kaya dan hanya menetap di rumah kayu, tetapi suami tetap sayang dan sentiasa membahagiakan saya. Sebagai balasan, saya kini mengambil alih tugasnya mencari rezeki berikutan kesihatannya kurang baik kebelakangan ini,” katanya.


>Senarai nama anak pasangan Mansura dan Yusuf


1. Junaidah, 46, suri rumah (perempuan)
2. Jainal, 43, polis bantuan (lelaki)
3. Halimah, 42, suri rumah (perempuan)
4. Junaida, 41, suri rumah (perempuan)
5. Zubaidah, 39, suri rumah (perempuan)
6. Maisah, 37, berniaga (perempuan)
7. Hamidah, 36, berniaga (perempuan)
8. Mohd Dalfa, 35, pemandu lori (lelaki)
9. Mohd Alfiah, 32, berniaga (lelaki)
10. Hassan, 30, jurujual (lelaki)
11. Hussin, 26, tidak bekerja (lelaki)
12. Masnah, 27, suri rumah (perempuan)
13. Halimah, 25, - meninggal dunia ketika usia 15 tahun (perempuan)
14. Hafizah, 23, suri rumah (perempuan)
15. Mohd Rafi, 21, pekerja swasta (lelaki)
16. Norasikin, 18, penganggur (perempuan)
17. Jefry Aman, 15, pelajar (lelaki)

Nota: Enam lagi tiada nama kerana meninggal dunia sebaik dilahirkan.