iklan

Followers

Pages

Thursday, 2 June 2011

Hentikanlah kehinaan ini!


Pantau aktiviti anak-anak kita

Rasa nak menitik air mata aku bila membaca tajuk utama Harian Metro pagi ini. Betapa kejamnya manusia ini. Tiada 'berhati perut' lansung membunuh insan lain yang tidak berdosa gara-gara kesilapan sendiri. Berita penuh di SINI.

Jagalah nafsu dan hentikanlah perkara-perkara yang merosak diri, maruah dan memalukan diri sendiri dan seluruh ahli keluarga. Tidak sebesar mana pun keseronokan yang dicari, hanya keburukan dan kehinaan yang bakal menjelma selepas itu.

Hidup sentiasa dibayangi dosa, keresahan dan kebahagian yang palsu belaka. Hati tidak akan pernah aman. Sekali tersilap hanya meninggalkan satu 'cop mohor' di dahi yang membuatkan masyarakat memandang serong pada anda. Jangan salahkan sesetengah masyarakat yang tidak menerima anda walaupun anda telah insaf. Maka jangan lakukan kesilapan ini walau pun sekali.

Hentikanlah kehinaan ini bukan hanya pada pelaku tetapi seluruh masyarakat patut bekerjasama untuk membenterasnya. Jangan hanya menyuruh anak berbuat baik tetapi pandanglah semula diri sendiri agar menjadi contoh yang baik juga buat si anak. Jelaskan pada anak-anak sebab dan akibat kita melarang mereka berbuat perkara tak elok. Rujuk pada yang pakar jika buntu.

Wednesday, 1 June 2011

Kebahagian itu dari hati

Ketika hati mu bahagia
Maka gunung pasir sekalipun yang kau lihat akan nampak seperti taman bunga

Apabila hati mu bahagia
Suara cacian makian kau dengar seperti senandung belaka..

Apabila hati mu bahagia
Apapun yang kau sentuh dengan tangan mu terasa seperti sutera...

Subhanallah.. Benarlah kebahagian itu bertapak di HATI...

Nukilan : Ibu Nora

Ingin menangis

Aku hanya ingin menangis,
membuang segala gundah yang terbeku di hati,
biarkan ianya cair.
Sendiri bersama diri ku ini.

Aku hanya ingin menangis,
kerana aku yakin manusia tidak memahami
yang tersayang juga tidak akan mengerti
dari aku berbicara dan di pandang dengan seribu muka
aku hanya ingin menangis
sendiri bersama diri ku ini

Titisan itu teman karib
buat yang terpencil di dunia ini
bukan semua manusia memahami semua bahasa
bukan semua yang di sayang akan mencintai diri semula
Akrab hilang bila berjauh
yang wujud sentiasa hanya DIA
bicara berat hendak di luah
maka tangis adalah bahasa termudah

aku hanya ingin menangis,
menenangkan hati yang menggeletar,
biarkan segalanya mencair,
sendiri bersama diri ku ini.

Nukilan : Ibu Nora