iklan

Followers

Pages

Saturday, 12 November 2011

Mana satu nak klik ni? Confused!


Canggih mamat ni!..


Lama aku tak BW dan tak up-date sangat entry di blog ni. Sibuk sangat dengan kerja... Sendiri kuli, sendiri supervisor dan sendiri juga manager. Kerja sendirilah tu maknanya. Tak kerja tak berduit le..

Aku sibuk menguruskan blog aku yang satu lagi. Blog yang banyak membantu aku menambah pendapatan sampingan. Sibuklah aku mempromosi telekung dan jamu T.Warisan Anggun di blog Adzrien Shoppe di facebook. Lagi pun memang minat aku pun niaga secara online ni. Ada masa lebih untuk anak-anak.

Tapi niaga online tidaklah semudah yang di sangka. Perlu usaha yang konsisten, Insyaallah adalah ganjarannya. Yang penting jaga etika dan jujur.

Bila musim cuti sekolah dah nak bermula, aku kenalah ambil peluang lebih untuk keluar berjumpa client-client unit trust aku. Bila cuti sekolah, tak perlu nak risau hantar dan ambil anak di sekolah. Jadi masa yang ada tu aku gunakan untuk keluar dengan selesa.

Bila dah sibuk dengan kerja di luar rumah, blog ni agak terabai sikit. Mohon maaf sangat-sangat jika aku tak sempat nak balas kunjungan teman-teman blogger.

Tadi sempat balas lawatan beberapa blog. Terjumpa satu blog yang isinya menarik tapi agak serabut di pandangan mata aku. Aku jadi 'confused' memikirkan yang mana satu entry tuan blog, mana pula entry pautan rakan-rakannya. Tak pasti nak 'klik' yang mana satu.

Font yang digunakan agak kecil. Terlalu banyak iklan di atas, kanan dan bawah (macam blog aku juga ke?). Agak sarat... mungkin perlu di susun semula agar lebih teratur. Aku tinggalkan juga komen dientrynya walaupun agak menyusahkan kerana perlu menaip semula nama, email dan web aku (biasanya aku taip huruf pertama pun akan keluarlah nama penuh, ini tak ada pulak). 'Word verification' pun agak panjang yang perlu taip dua perkataan.

Mengata blog orang..mmm... blog aku ni pun rasa macam serabut je. Nantilah bila free aku edit semula..

Thursday, 10 November 2011

Banyak buruk dari baiknya

Keranda rokok...


 Ada juga yang nak tulis buku ni...ishh..ishhhh...


Aku anti rokok... sakit kepala bila bau asap rokok.

Monday, 7 November 2011

Belajar sampai hujung pokok nyor je!

Kisah benar yang diceritakan oleh mak pada aku (adzriel.com) suatu ketika dulu :

"Kamu sekolah mana?", tanya abang Dee pada Joe.
"Sungai Siput", balas Joe.
"Mmmm... tak ke mananya kamu belajor, sampai hujung pokok nyor je le!", perli abang Dee.
Joe tidak membalas kata-kata abang Dee.


Sebaik pulang ke rumah, Joe terus bertanya pada ibunya "mak! Kenapa Abang Dee kata belajor sampai hujung pokok nyor je?". Jujur benar pertanyaan Joe. Masih belum mengerti. Baru menjejak kaki ke tingkatan 1 pun.

"Alaa.. dia perli kamu le Joe. Mentang-mentang kamu tak ada bapak, belajor tak sampai ke mana le" Jelas ibu Joe.

"Saper yang nak belajar sampai hujung pokok nyor? Apalah abang Dee ni!", rungut Joe pada ibunya.

"Tak pelah Joe, kamu buktikan yang kamu boleh belajar tinggi-tinggi. Pedulikan cakap abang Dee tu!", ibunya cuba membakar semangat dalam diri Joe. Geram pula ibunya dengan kata-kata abang Dee yang juga merupakan anak saudaranya juga.

Itulah kenangan yang tiba terlintas di minda Joe tatkala melihat kelibat abang Dee yang tersengih-sengih memandangnya sebaik Joe turun dari kereta Mercedes Benznya.

"Tu dia! Datuk Joe dah balik!", kata abang Dee pada saudara-mara yang lain. Mendahului yang lain menyalami Joe. Terlupa dengan kata-kata perlinya 40 tahun yang lalu.

Tidak ada dendam dan benci tersimpan di hati Joe. Cuma terkilan bila kata-kata 'belajar sampai pokok nyor' tu terkeluar dari mulut sepupu sendiri. Sepatutnya sepupu sendiri memberi dorongan dan galakan, bukannya sering menghina dan memandang rendah padanya.

Itu semua kisah lama dan masing-masing sudah pun berusia. Joe pun sudah pun punya menantu, berbesan dengan anak Datuk lagi. Walau pun Joe tidak bergelar Datuk mahu pun Tan Sri, tetapi jawatan pengarah yang dipegangnya juga membuatkannya di kenali ramai dan sangat dihormati.

Masin mulut arwah ibu Joe, anak bongsu dari sembilan adik-beradik yang paling berjaya. Biarn pun besar rumahnya, besar juga keretanya dan tinggi pangkatnya, ia bukanlah menjadi alasan untuk Joe bersikap sombong. Dia tetap Joe yang peramah dan mudah tersenyum bila pulang ke kampung halamannya. Sekali-sekala menziarahi kakak dan abangnya yang tinggal di kampung dan menghadiri kenduri-kendara jika ada yang menjemputnya.

Ingin saja kakak pada Joe membalas kata-kata abang Dee "Itulah anak yatim yang kau kata cuma layak belajar sampai hujung pokok nyor je!". Tapi rasa itu simpan dalam hati saja.

Kesian abang Dee, mengata orang hingga diri sendiri pun tak ke mana. Tetap dengan cara hidup lama yang diwarisi sejak kecil lagi yang turut diwarisi pula oleh anak-anaknya. Tak maju ke mana pun. Kata-kata "belajar sampai hujung pokok nyor je!" memakan diri sendiri. Nyaris juga ada monyet yang bantu kaitkan buah nyor (kelapa) tu.