"Kamu sekolah mana?", tanya abang Dee pada Joe.
"Sungai Siput", balas Joe.
"Mmmm... tak ke mananya kamu belajor, sampai hujung pokok nyor je le!", perli abang Dee.
Joe tidak membalas kata-kata abang Dee.
Gambar : Perumpamaan tentang pokok kelapa
Sebaik pulang ke rumah, Joe terus bertanya pada ibunya "mak! Kenapa Abang Dee kata belajor sampai hujung pokok nyor je?". Jujur benar pertanyaan Joe. Masih belum mengerti. Baru menjejak kaki ke tingkatan 1 pun.
"Alaa.. dia perli kamu le Joe. Mentang-mentang kamu tak ada bapak, belajor tak sampai ke mana le" Jelas ibu Joe.
"Saper yang nak belajar sampai hujung pokok nyor? Apalah abang Dee ni!", rungut Joe pada ibunya.
"Tak pelah Joe, kamu buktikan yang kamu boleh belajar tinggi-tinggi. Pedulikan cakap abang Dee tu!", ibunya cuba membakar semangat dalam diri Joe. Geram pula ibunya dengan kata-kata abang Dee yang juga merupakan anak saudaranya juga.
Itulah kenangan yang tiba terlintas di minda Joe tatkala melihat kelibat abang Dee yang tersengih-sengih memandangnya sebaik Joe turun dari kereta Mercedes Benznya.
"Tu dia! Datuk Joe dah balik!", kata abang Dee pada saudara-mara yang lain. Mendahului yang lain menyalami Joe. Terlupa dengan kata-kata perlinya 40 tahun yang lalu.
Tidak ada dendam dan benci tersimpan di hati Joe. Cuma terkilan bila kata-kata 'belajar sampai pokok nyor' tu terkeluar dari mulut sepupu sendiri. Sepatutnya sepupu sendiri memberi dorongan dan galakan, bukannya sering menghina dan memandang rendah padanya.
Itu semua kisah lama dan masing-masing sudah pun berusia. Joe pun sudah pun punya menantu, berbesan dengan anak Datuk lagi. Walau pun Joe tidak bergelar Datuk mahu pun Tan Sri, tetapi jawatan pengarah yang dipegangnya juga membuatkannya di kenali ramai dan sangat dihormati.
Masin mulut arwah ibu Joe, anak bongsu dari sembilan adik-beradik yang paling berjaya. Biarn pun besar rumahnya, besar juga keretanya dan tinggi pangkatnya, ia bukanlah menjadi alasan untuk Joe bersikap sombong. Dia tetap Joe yang peramah dan mudah tersenyum bila pulang ke kampung halamannya. Sekali-sekala menziarahi kakak dan abangnya yang tinggal di kampung dan menghadiri kenduri-kendara jika ada yang menjemputnya.
Ingin saja kakak pada Joe membalas kata-kata abang Dee "Itulah anak yatim yang kau kata cuma layak belajar sampai hujung pokok nyor je!". Tapi rasa itu simpan dalam hati saja.
Kesian abang Dee, mengata orang hingga diri sendiri pun tak ke mana. Tetap dengan cara hidup lama yang diwarisi sejak kecil lagi yang turut diwarisi pula oleh anak-anaknya. Tak maju ke mana pun. Kata-kata "belajar sampai hujung pokok nyor je!" memakan diri sendiri. Nyaris juga ada monyet yang bantu kaitkan buah nyor (kelapa) tu.
10 comments:
x pernah panjat pokok nyior ...pokok jambu selalu gak..ahaks..
org yg suka menjatuhkn tu sbnrnya yg lbh teruk. dr segi adab, dah tentu la out.. tp kdg2, ckp2 mcm tu skadar mgusik, bkn dgn niat buruk... ambil secara positif.
Itu la, tak baik menghina orang. Cakap ikut sedap mulut saja, haisy.
tak semestinya belajar tinggi tuh tak pandai or susah hidupnya kan...yg penting tahu berusaha..hehehe
Ramai yang suka memandang rendah pada orang lain, hakikatnya diri sendiri pun tak ke mana kan Liza..
kata2 negatif org pada kita kdg2 boleh manjatuhkan kita.. kdg2 ianya juga membuatkan kita lebih berjaya.. sebenarnya penerimaan kita ttg sesuatu itu yg menjadikan siapa kita sebenarnya kan kak.. tp mmg sgt tidak bagus bila menjatuhkan semangat org lain..
dah biasa kena hina dengan orang yang terdekat...tapi senyap je...tak guna membalas...hanya berazam untuk membuktikan kita boleh menadi lebih baik dari dia...last-last terbukti!
yang negatif dari org lain tu boleh memberikan kesan positif dalam hidup kita..boleh juga jadi azam untuk buktikan kata2 org tu salah...
Ramai yang mcam tu kak. Kalau cakap nak menjatuhkan semangat orang, laju jer. Tengok-tengok.. diri sendiri tak kemana
pokok nyior pon tinggi apa, kalau banding dengan taugeh ekekee
Post a Comment