iklan

Followers

Pages

Tuesday, 29 November 2011

Lemasnya dengan bau asap!

Gambar dari SINI.

Semalam aku lunch bersama anak-anak di restoran berhawa dingin di sebuah restoran di Nilai, N.Sembilan. Tapi tak sangka pula ada insan yang dengan selamba merokok dalam restoran tu. Aku ingatkan dalam restoran yang ada aircond ni sedia maklumlah bukan tempat yang sesuai untuk merokok.

Melilau juga mata aku tengok keliling kot ada bertampal kertas larangan merokok. Patutle minah tu merokok, tak ada pun larangan merokok kat restoran tu. Minah ye yang merokok, bukanlah mamat.

Bila perempuan yang merokok ni terasa macam tak elok pulakkan. Bertudung pulak tu. Apa pulak bezanya lelaki dan perempuan merokok? Memang berbeza pun di mata aku. Tak manis sangat perempuan kalau merokok. Sedangkan melihat lelaki merokok pun aku tak berapa berkenan, inikan pula perempuan.

Jika ditanya petua nak awet muda oleh insan yang merokok tentulah aku cadangkan tinggalkan tabiat merokok dulu. Banyak buruk dari baiknya. Merokok ni banyak menyerap vitamin C dari badan yang penting untuk kulit sihat. Kulit kita mudah menjadi kering dan penampilan wajah boleh jadi agak kusam.

Selain meninggalkan bau badan dan bau mulut yang tidak menyenangkan ianya juga memburukkan warna gigi kita. Apatah lagi dalam paru-paru menjadi semakin sesak dengan asap rokok yang terkumpul dari bentuk asap kepada pepejal yang melekat sedikit demi sedikit.

Merokok juga menyebabkan orang sekeliling kita sering mendoakan perkara-perkara yang tak baik untuk kita. Maksud aku, dah tentulah mengomel dan merugut bila rimas dengan bau asap yang menyesakkan pernafasan orang lain.

Berita di Harian Metro pagi ini di mana tiga orang maut hanya kerana sebatang puntung rokok. Empat yang lain pula cedera parah. Nak menyesal atas perbuatan yang kelihatan remeh pun dah tak guna. Tak pastilah pula kalau salah seorang mangsa itu yang menjadi puncanya. Kalau tidak nak hantuk kepala ke dinding sebab menyesal atas kesilapan sendiri pun tak dapat nak 'undo' semua musibah tu.

Berita penuh, klik tajuk "Rentung atas air".

Memang susah juga nak berhenti merokok, tapi berusahalah. Insyaallah moga Allah permudahkan usaha kalian. Kalau tak sayangkan orang lain pun, sayangilah diri sendiri.

Monday, 28 November 2011

Al-Fatihah! Abang Sudin dalam kenangan

Lama aku tak posting kat blog.... sejak akhir-akhir ini memang sibuk. Lagi pula dah cuti sekolah, lebihlah sibuk dengan anak-anak di rumah, kerja dan menghadiri majlis kahwin di sana-sini.

Dalam pada sibuk, berita sedih aku terima pada pukul 6.30 pagi bertarikh 24 November 2011, Khamis. Waktu itu aku berada di Semanggol, kampung hubby. Baru sampai Semanggol pada pukul 2 pagi.

Satu panggilan telefon yang membuatkan hati aku berdebar untuk menjawabnya. Aku menerima berita tentang abang Sudin yang telah pun meninggal dunia di dalam komanya dari adik Allahyarham. Kisahnya pernah aku ceritakan dalam entry 'Derita isteri suami koma - mohon bantuan'.

Aku terus SMS mak, kakak dan adik aku tentang berita ini kerana ahli keluarga aku juga mengenalinya. Jika teman blogger, hanya Hanis Azla yang aku maklumkan kerana kami bertiga pernah bekerja di tempat yang sama walau pun tidak pula pernah mengenali antara satu sama lain semasa di sana.

Pada cuti deepavali, 26 Oktober 2011 yang lepas, aku sempat menziarahinya di Hospital Sabak Bernam. Seakan mengerti dengan sapaan aku dan hubby, arwah waktu itu mengerlipkan matanya yang separa terbuka setiap kali kami habis berkata. Seperti ada sesuatu yang ingin di sampaikan pada kami. Memang aku menahan air mata waktu itu. Namun tumpah juga sewaktu aku menyalami ibunya ketika mahu beransur pulang.

Hanya keajaiban Allah yang mampu kami pohon agar abang Sudin pulih semula. Namun setelah hampir genap sebulan aku menziarahinya, pemergian buat abang Sudin adalah yang terbaik yang telah Allah tentukan. Walau pun pahit untuk aku menerimanya, apatah lagi ahli keluarganya yang sangat menyayanginya namun itulah yang perlu kami terima dan redha.

Pukul 10 pagi aku, hubby dan si kecil Arif bertolak ke Sabak Bernam untuk menziarahi arwah. Anak-anak yang lain kami tinggalkan dulu di rumah neneknya di Semanggol. Perjalanan agak jauh menuju ke Parit Sungai Panjang. Tepat azan zohor kami tiba di masjid berhampiran rumah arwah.

Sewaktu tiba di rumah arwah, ahli keluarganya sedang solat jemaah zohor. Aku dan hubby sempat menatap wajah arwah buat kali terakhir. Wajahnya kelihatan tenang, seperti tidur lena. Hubby dapat turut serta dalam solat jenazah selepas itu yang dibuat dua kali. Kali pertama jemaah dari ahli-ahli keluarga dan kemudian jemaah jiran-jiran dan kenalan arwah.

Posting hubby di wall facebooknya - terasa benar kehilangan seorang teman yang baik.

Ramainya teman-teman lama yang hadir dari Bandar Baru Bangi dan juga jiran-jirannya dari Seremban untuk melawat arwah buat kali terakhir. Jelas arwah adalah insan yang disenangi ramai orang, ramah, bertolak ansur, taat ugamanya dan ada yang kata suka 'berselogho' atau berseloroh yang bermakna suka bergurau.

Syukur alhamdulillah melihat Allah mempermudahkan urusan jenazah. Moga Allah menempatkan Allahyarham abang Sudin di kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Alfatihah..

Wednesday, 23 November 2011

Jaga nama baik kita sebagai tuan rumah yang wajib menghormati tetamu yang baik!

Aku copy paste pesanan ini dari fan page facebook Malaysia Football Fans.

"Malaysia Football Fans ingin meminta kepada penyokong bolasepak Malaysia yang akan pergi ke stadium malam ini, tolong jangan buang botol air ke dalam padang/trek, jangan bawa mercun dan paling penting sekali hormati lagu kebangsaan lawan bila dimainkan, ini semua berkaitan dengan imej negara dan rakyat Malaysia. Kita kena belajar hormati tetamu kalau tak nak di copkan sebagai orang yang tiada tamadun. Kerjasama anda amat dihargai."

Jadi.... tolonglah ikut pesanan tu ye! Biarlah orang lain buat benda-benda yang tak baik tu, jangan kita pun nak cari macam diaorang juga. Jaga nama baik kita sebagai tuan rumah yang wajib menghormati tetamu yang baik.

Moga kemenangan malam ni untuk perlawanan bola sepak berpihak pada Malaysia yang melawan Syria di Stadium Nasional Bukit Jalil, 8.30 malam di RTM1.