Dalam pada sibuk, berita sedih aku terima pada pukul 6.30 pagi bertarikh 24 November 2011, Khamis. Waktu itu aku berada di Semanggol, kampung hubby. Baru sampai Semanggol pada pukul 2 pagi.
Satu panggilan telefon yang membuatkan hati aku berdebar untuk menjawabnya. Aku menerima berita tentang abang Sudin yang telah pun meninggal dunia di dalam komanya dari adik Allahyarham. Kisahnya pernah aku ceritakan dalam entry 'Derita isteri suami koma - mohon bantuan'.
Aku terus SMS mak, kakak dan adik aku tentang berita ini kerana ahli keluarga aku juga mengenalinya. Jika teman blogger, hanya Hanis Azla yang aku maklumkan kerana kami bertiga pernah bekerja di tempat yang sama walau pun tidak pula pernah mengenali antara satu sama lain semasa di sana.
Pada cuti deepavali, 26 Oktober 2011 yang lepas, aku sempat menziarahinya di Hospital Sabak Bernam. Seakan mengerti dengan sapaan aku dan hubby, arwah waktu itu mengerlipkan matanya yang separa terbuka setiap kali kami habis berkata. Seperti ada sesuatu yang ingin di sampaikan pada kami. Memang aku menahan air mata waktu itu. Namun tumpah juga sewaktu aku menyalami ibunya ketika mahu beransur pulang.
Hanya keajaiban Allah yang mampu kami pohon agar abang Sudin pulih semula. Namun setelah hampir genap sebulan aku menziarahinya, pemergian buat abang Sudin adalah yang terbaik yang telah Allah tentukan. Walau pun pahit untuk aku menerimanya, apatah lagi ahli keluarganya yang sangat menyayanginya namun itulah yang perlu kami terima dan redha.
Pukul 10 pagi aku, hubby dan si kecil Arif bertolak ke Sabak Bernam untuk menziarahi arwah. Anak-anak yang lain kami tinggalkan dulu di rumah neneknya di Semanggol. Perjalanan agak jauh menuju ke Parit Sungai Panjang. Tepat azan zohor kami tiba di masjid berhampiran rumah arwah.
Sewaktu tiba di rumah arwah, ahli keluarganya sedang solat jemaah zohor. Aku dan hubby sempat menatap wajah arwah buat kali terakhir. Wajahnya kelihatan tenang, seperti tidur lena. Hubby dapat turut serta dalam solat jenazah selepas itu yang dibuat dua kali. Kali pertama jemaah dari ahli-ahli keluarga dan kemudian jemaah jiran-jiran dan kenalan arwah.
Posting hubby di wall facebooknya - terasa benar kehilangan seorang teman yang baik.
Ramainya teman-teman lama yang hadir dari Bandar Baru Bangi dan juga jiran-jirannya dari Seremban untuk melawat arwah buat kali terakhir. Jelas arwah adalah insan yang disenangi ramai orang, ramah, bertolak ansur, taat ugamanya dan ada yang kata suka 'berselogho' atau berseloroh yang bermakna suka bergurau.
Syukur alhamdulillah melihat Allah mempermudahkan urusan jenazah. Moga Allah menempatkan Allahyarham abang Sudin di kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Alfatihah..
7 comments:
Alfatihah..mudah2an arwah ditempatkan disisi orng2 yang soleh
Al fatihah. tabahkan hati, ini semua kehendakNya.
Oh yang Liza cerita hari tu ye..
Al Fatihah, moga ditempatkan disisi orang2 yang beriman dan soleh.
salam maal hijrah utk liza,
takziah dan al fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan bersama orang yang beramal soleh.
A-Fatihah! takziah utk keluarga arwah..
akak pergi melawat yer.. minta maaflah, hari tutak sihat dan anak2 semua demam.. jdnya tak larat nak berbalas sms bertanya.. pernah rapat dgn arwah dulu sbb bila outing, abg sudin rajin join grup dept kami.. semoga arwah di tempatkan bersama org2 yg beriman hendaknya.. semoga waris yg tinggal terbela nasibya..
terima kasih semua.. eh.. tak sangka pulak Hanis Azla memang kenal arwah. dia mmg baik orgnya.
Post a Comment