iklan

Followers

Pages

Friday, 2 December 2011

Tukar beg kulit ke beg etnik yang unik

Beg kerja aku dah rosak, talinya dah nak putus pun. Jadi lecehlah pulak aku nak menjinjing file client aku masa pergi appointment nanti. Mulanya nak juga cari satu beg kulit kat Sogo, KL yang sedang hangat buat jualan murah. Tiba-tiba teringat pulak blog Amani Beg Kraf sedang buat jualan murah juga untuk beg-beg Maika etnik yang unik dan cantik-cantik belaka.

Klik Amani Beg Kraf untuk melihat jualan murah.

Elok juga aku ambil peluang masa diskaun 10% hingga 20% ni berlansung. Sekali-sekala beri kelainan pada penampilan masa jumpa client, bagi seri dan semangat etnik semulajadi.

Ok tak kalau aku ambil yang ni? Warna pink yang menyerlah...


Tapi anak dara aku suruh ambil yang warna purple ni...


Alahai! Comelnya ni tapi tak sesuai nak isi file. Buat handbag boleh le gamaknya.


Jangan order dengan aku kalau korang suka, tanyalah tuan blog dia kat SINI.

Hubby kata aku ni gila beg. Aku gila tengok je tapi tidaklah gila membeli pun. Beli bila perlu je. Aku jenis yang suka pakai handbag sampai dah rosak barulah aku cari yang baru.

Carilah satu yang sesuai untuk korang terutamanya kaum hawa. Nak buat hadiah pun sesuai, nampak unik dan kualiti jahitan yang sangat memuaskan.

Rezeki yang halal itu lebih berkatnya

Biarlah apa orang nak kata asal rezeki yang dicari itu halal dan berkat untuk seisi keluarga.
Ini saja yang mampu dilakukan buat masa ini. 
Moga ada rezeki lebih tu bolehlah bertukar ke motor roda tiga pun jadilah!

Thursday, 1 December 2011

Apek @ Khairul Fahmi Che Mat merajuk! Sabar dik!



Kesian penjaga gol negara si Apek @ Khairul Fahmi Che Mat, stress betul dia dengan kisah sensasinya di luar padang. Isu dalam padang pun berat juga nak ditangani, lagi kena serang bertubi-tubi di luar padang. Malah melibatkan keluarga pula. Kalau aku pun tentu rasa stress giler. Ini yang aku baca di Harian Metro pagi ini 'Apek terlintas nak gantung but awal'.

Tapi itulah hakikat yang perlu ditangani oleh seorang pemain bola negara. Apatah lagi dia antara yang sering mencuri tumpuan dengan aksi-aksi yang hebat semasa di padang. Bukan mudah menjadi orang yang terkenal ni. Ada yang suka dan tak kurang juga yang cemburu tak menentu.

Menjadi insan yang sentiasa menjadi perhatian ramai memerlukan minda dan ketabahan yang tinggi. Setiap perlakuan sentiasa diperhatikan. Apa aku nak kata lagi, isu terbaru tentang gambar dengan Shida memang tak manis pun pada pandangan mata aku. Tak tahulah di pandangan mata orang lain.

Tapi itu gambar dah lama yang sengaja diungkit-ungkit dan di tokok tambah asam garamnya supaya lebih sedap ceritanya. Harap jangan ada pula gambar yang baru saja diambil tanda Apek tak akan mengulangi kesilapan serupa.

Gadis yang dibabitkan pun dah nak kahwin ; kalau ikut berita kat SINI le. Rasanya dia dah belajar dari kesilapan tu. Kita doakanlah masjid yang bakal dibina nanti bahagia. Tak baik juga rasanya bila ada yang hina-hina ibu bapanya.

Apek muda lagi, baru 21 tahun pun. Bila isu-isu begini melanda tentu saja jadi cepat panas hati. Alangkah mereka yang lebih dewasa pun mudah juga melatah. Banyakkan sabarlah dik! Dugaan memang banyak bila kita ingin mencapai kejayaan apatah lagi bila berada di puncak. Muda sangat lagi untuk bersara. Teruskan melangkah melakukan apa yang kita suka dan betul. Abaikan kata-kata hinaan yang melanda dan jadikan ia sebagai satu pengajaran. Itu saja yang mampu aku katakan...