Thursday, 1 December 2011
Apek @ Khairul Fahmi Che Mat merajuk! Sabar dik!
Kesian penjaga gol negara si Apek @ Khairul Fahmi Che Mat, stress betul dia dengan kisah sensasinya di luar padang. Isu dalam padang pun berat juga nak ditangani, lagi kena serang bertubi-tubi di luar padang. Malah melibatkan keluarga pula. Kalau aku pun tentu rasa stress giler. Ini yang aku baca di Harian Metro pagi ini 'Apek terlintas nak gantung but awal'.
Tapi itulah hakikat yang perlu ditangani oleh seorang pemain bola negara. Apatah lagi dia antara yang sering mencuri tumpuan dengan aksi-aksi yang hebat semasa di padang. Bukan mudah menjadi orang yang terkenal ni. Ada yang suka dan tak kurang juga yang cemburu tak menentu.
Menjadi insan yang sentiasa menjadi perhatian ramai memerlukan minda dan ketabahan yang tinggi. Setiap perlakuan sentiasa diperhatikan. Apa aku nak kata lagi, isu terbaru tentang gambar dengan Shida memang tak manis pun pada pandangan mata aku. Tak tahulah di pandangan mata orang lain.
Tapi itu gambar dah lama yang sengaja diungkit-ungkit dan di tokok tambah asam garamnya supaya lebih sedap ceritanya. Harap jangan ada pula gambar yang baru saja diambil tanda Apek tak akan mengulangi kesilapan serupa.
Gadis yang dibabitkan pun dah nak kahwin ; kalau ikut berita kat SINI le. Rasanya dia dah belajar dari kesilapan tu. Kita doakanlah masjid yang bakal dibina nanti bahagia. Tak baik juga rasanya bila ada yang hina-hina ibu bapanya.
Apek muda lagi, baru 21 tahun pun. Bila isu-isu begini melanda tentu saja jadi cepat panas hati. Alangkah mereka yang lebih dewasa pun mudah juga melatah. Banyakkan sabarlah dik! Dugaan memang banyak bila kita ingin mencapai kejayaan apatah lagi bila berada di puncak. Muda sangat lagi untuk bersara. Teruskan melangkah melakukan apa yang kita suka dan betul. Abaikan kata-kata hinaan yang melanda dan jadikan ia sebagai satu pengajaran. Itu saja yang mampu aku katakan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
hehe, sian apek.. tapi kalau dia jaga pergaulan dia mesti tak timbul kan benda2 macam ni ? ^^ abg apek ni nampak macam mudah terpengaruh
Memang minat Apek ni,terer betol jaga gol, tapi Apek pun kena berhati2, masa terkenal ramai yang nak menjadi kawan, carilah kawan baik2..
Assalamualaikum Liza
muda lagi kannnnn
Wassalam
huhuhuhuhu...xtau nak ckp..
tp kesian gak kat diaorg ni..huhu
kehidupan sosial dia memang mcamtu agaknya. laksana dgn kata2 insaf tak jadi apa
Biasalah.. apa kita buat... semua akan jadi perhatian org.. itu tak dpt dielakkan... huhuhu.....
ermmm.....
kalau saya pun stress kak! kesalahan dia tu bukanlah teruk sangat, tapi kenapalah orang nak perbesarkan sampai mengaibkan dia dan keluarga..
buat tambah dosa kering je!
lumrah bila menang dipuja bila kalah dicerca..
menang dan kalah adat permainan...
itu pun tak tau kan....
Post a Comment