iklan

Followers

Pages

Friday, 2 March 2012

Cik Ti yang comel tapi membahayakan betul!

Ishhh... kayu apa yang bersepah atau lantai ni? Suspen je... siapa yang buat. Gambar ni aku ambil masa hubby aku oustation bulan lepas dalam entry 'Aku ditinggalkan lagi'. Memang cuak le kan, lebih-lebih lagi hubby tak ada. Nak kata rumah kena ceroboh dek orang, tak ada kesan pulak. Anak aku ke yang buat? Kayu dari mana ni?

Macam-macam persoalan timbul dalam minda aku ni.



Belek punya belek macam penyiasat siri Conan lagaknya, jumpa juga serpihan dari kayu mana. Dari kayu pintu bilik rupanya. Ini pintu bilik di tingkat bawah.


Kesan kena sagat sepanjang bawah pintu. Siapa punya kerja ni? Persoalan lagi..


Petang tu anak aku kata ada nampak kelibat Cik Ti lalu... Alamak! Cik Ti dah pandai ceroboh rumah aku!

Selepas sebulan baru ambil tindakan. Lambat betulkan! Asyik terlupa aje! Kalau beri khidmat pelanggan ni mesti kena marah dek pelanggan.

Semalam aku beli gam tikus di kedai sebab subuh sebelumnya Cik Ti dengan selamba lalu di depan kaki aku. Nyaris aku tak melompat sebab terkejut.

"Kau tak menjerit ke?", kawan aku tanya.

"Sorry le! Aku bukan jenis suka jerit-jerit ni!", jawap aku dengan eksyennya.. Kalau tak maunya kecoh rumahkan di awal subuh-subuh ni.

Dan yang paling aku geram bila aku nak masak spaghetti tapi rupanya dah di gigit dulu oleh Cik Ti. Terpaksalah aku buang sebungkus terus. Takut aku nak ambil risiko untuk ambil bahagian lain yang mungkin tak gena gigitannya. Takut nak jimat sedikit tapi penyakit pula yang datang.

Tapi hubby aku lebih suka guna perangkap ni yang memang dah ada dalam stor tu. Perangkap Cik Ti ni dah ada sejak duduk rumah lama lagi. Aku pulak malas nak pasang.

Malam tadi hubby pasang perangkap dan letak di sebelah bakul sampah dapur. Aku terjaga lebih kurang pukul 4.15 pagi. Nampaknya perangkap belum mengena lalu aku alihkan ke tempat berhampiran rak pinggan.

Inilah hasilnya pagi tadi...

Pandangan sayu di sebalik tirai besi... comelkan!

Ada yang berminatlah

Meminta simpati, jangan kau rayu aku wahai Cik Ti!

Ishh... geramnya aku tengok Cik Ti ni.. kucing-kucing jiran aku ni, tokey Little Adaman
 
Pakat kerumun keliling Cik Ti

Rezeki yang dekat tapi jauh
Patutkah aku bagi Cik Ti ni kat depa bertiga ni? Cik Ti nya satu je, depa bertiga. Berebut pulak nanti. Lagi pun depa ni makan makanan berkhasiat je. Satni tuan depa mesti tak bagi punya. Biarlah apa hubby aku nak buat nanti.

Anak-anak aku mesti suka tengok Cik Ti ni. Teringat pulak aku kat Ratatouille yang comel ni.. he..he..


Comelkan!!! Tapi takutlah aku dengan penyakit kencing tikus yang sangat bahaya tu... Ngeri!

Ada Petua Halau Tikus aku jumpa kat google semalam. Klik lah tajuk link tu kalau nak baca.

Thursday, 1 March 2012

Rapat-rapatkan pintu tu, takut ada yang terbang nanti!

Contoh pintu kereta tak rapat di bahagian pemandu, kelihatan renggang sedikit. 
Gambar dari hululaini.net.

Bila memandu di jalan raya kadang aku ternampak ada pintu kereta lain yang sedang bergerak tidak rapat tutupnya. Bagaimana aku nak beritahu si pemandu kereta tu ye? Bahaya kalau pintu kereta tak rapat. Takut bila tiba-tiba pintu boleh terbuka semasa kereta sedang bergerak atau di selekoh jalan.

Ngerinya kalau terjadi kemalangan kerana kecuaian begini. Orang yang berada di dalam kereta boleh tercampak keluar. Boleh jadi menyebabkan kehilangan nyawa, cedera parah, koma atau kehilangan mana-mana anggota badan dan menyebabkan cacat kekal.

Biasa nampak tak situasi macam ni?

Kalau kereta Kelisa aku ni pintunya tak akan terkunci sendiri jika ada pintu yang tak rapat bila aku tekan brek selepas semua pintu dah ditutup. Jadi habit aku akan check pintu mana yang tidak rapat. Aku memang tak dapat nak check lampu pintu di panel meter kerana lampunya rosak.

Jika kereta Honda hubby pula akan terkunci sendiri pintunya bila mula tekan minyak selepas beberapa saat kereta bergerak. Boleh juga nampak di panel meter lampu pintu akan sentiasa menyala jika ada pintu yang masih belum rapat.

Tapi semalam minda aku benar-benar hairan bila ada sebuah kereta MyVi yang aku kira baru dibeli beberapa bulan berdasarkan plet kereta dan design model terbarunya tak rapat pintu di bahagian pemandu. Aku hairan sebab tak mungkin kereta tu tiada ciri keselamatan untuk memasti semua pintu kereta sudah pun rapat. Rasanya mungkin pemandunya yang tak biasa atau tak ambil tahu tentangnya. Baru dapat lesen agaknya.

Bahaya tu... pastikan keselamatan bila memandu. Lebih-lebih lagi jika ada penumpang yang kita bawa bersama. Pastikan semua pintu kereta tu rapat, barulah memandu dengan tenang.

Baca ni : Nyaris pintu kereta tak terbang

Lain aku mintak, lain yang kau bagi!



Aku pergi makan di satu restoran di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi dengan anak-anak. Order air tembikai, epal dan laici macam dalam gambar kat atas tu.

Cuba korang tengok apa yang tak kena dengan air yang pelayan tu hantar?

Tak pe, tak perlu teruk sangat berfikir jika tak perasan apa yang silap. Aku pun bukan nak buat teka-teki pun kat sini.

Entah apalah yang sedang difikirkan oleh si pembuat air ni. Berangan atau tak sensitif?

Perlu apa letak sudu dalam air tembikai dan air epal tu? Mana pulak sudu untuk air laici? Kalau nak makan buah laici tu kena tonggang gelas tu agaknya.

Sebenarnya bukan hal ini je yang buat aku marah masa tu. Antara hal lain yang pelayannya memang hampeh bila

1. Aku order mee goreng tak pedas, tapi di hantarnya yang nampak sangat ada cili api dalamnya. Manalah anak kecil aku si Arif yang baru 3 tahun tu nak makan. Aku komplen lagi tapi yang pedas juga dihantarnya. Menahan sabar aje kan.

2. Sebelum tu order air laici ni, tapi yang dihantarnya semangkuk laicikang. Gambar air laici kat atas tu dia hantar selepas aku komplen.

3. Tunggu order sampai lebih 40 minit rasanya, padahal masa tu kitaorang aje customer yang datang. Lepas tu barulah ada 2 lagi family yang masuk restoran tu. Tak tahulah aku kalau pelanggan dia ramai, pengsanlah semua customer menunggu.

Ingatkan nak tolong bangsa sendiri yang baru aje buka restoran, tapi kalau service macam ni punya teruk nampaknya susahlah aku nak menyokong.

Baru buka restoran bukan alasannya. Bila kita nak buka restoran dah tentu bersedia dengan modal yang cukup dan pekerja yang cekap sebab bila baru memang lambat nak dapat customer. Kita juga mesti dah ada plan-plan untuk mengatasi masalah lambat terima order seperti yang dah biasa sangat berlaku di kebanyakan restoran. Ini baru meja pertama dah kalut gila punya service. Susahlah kalau minggu pertama buka kedai dah dapat imej buruk begini.

Confirm aku tak datang lagi dah. Alasan pekerja budak baru memang susah aku nak terima. Takkan tak boleh nak bezakan pedas dengan tak pedas walau dah komplen kali kedua. Ada aku sebut perkataan 'kang' selepas menyebut 'laici'? Bukan pelayan warga asing pun, warga Malaysia jugak!