iklan

Followers

Pages

Friday, 2 March 2012

Cik Ti yang comel tapi membahayakan betul!

Ishhh... kayu apa yang bersepah atau lantai ni? Suspen je... siapa yang buat. Gambar ni aku ambil masa hubby aku oustation bulan lepas dalam entry 'Aku ditinggalkan lagi'. Memang cuak le kan, lebih-lebih lagi hubby tak ada. Nak kata rumah kena ceroboh dek orang, tak ada kesan pulak. Anak aku ke yang buat? Kayu dari mana ni?

Macam-macam persoalan timbul dalam minda aku ni.



Belek punya belek macam penyiasat siri Conan lagaknya, jumpa juga serpihan dari kayu mana. Dari kayu pintu bilik rupanya. Ini pintu bilik di tingkat bawah.


Kesan kena sagat sepanjang bawah pintu. Siapa punya kerja ni? Persoalan lagi..


Petang tu anak aku kata ada nampak kelibat Cik Ti lalu... Alamak! Cik Ti dah pandai ceroboh rumah aku!

Selepas sebulan baru ambil tindakan. Lambat betulkan! Asyik terlupa aje! Kalau beri khidmat pelanggan ni mesti kena marah dek pelanggan.

Semalam aku beli gam tikus di kedai sebab subuh sebelumnya Cik Ti dengan selamba lalu di depan kaki aku. Nyaris aku tak melompat sebab terkejut.

"Kau tak menjerit ke?", kawan aku tanya.

"Sorry le! Aku bukan jenis suka jerit-jerit ni!", jawap aku dengan eksyennya.. Kalau tak maunya kecoh rumahkan di awal subuh-subuh ni.

Dan yang paling aku geram bila aku nak masak spaghetti tapi rupanya dah di gigit dulu oleh Cik Ti. Terpaksalah aku buang sebungkus terus. Takut aku nak ambil risiko untuk ambil bahagian lain yang mungkin tak gena gigitannya. Takut nak jimat sedikit tapi penyakit pula yang datang.

Tapi hubby aku lebih suka guna perangkap ni yang memang dah ada dalam stor tu. Perangkap Cik Ti ni dah ada sejak duduk rumah lama lagi. Aku pulak malas nak pasang.

Malam tadi hubby pasang perangkap dan letak di sebelah bakul sampah dapur. Aku terjaga lebih kurang pukul 4.15 pagi. Nampaknya perangkap belum mengena lalu aku alihkan ke tempat berhampiran rak pinggan.

Inilah hasilnya pagi tadi...

Pandangan sayu di sebalik tirai besi... comelkan!

Ada yang berminatlah

Meminta simpati, jangan kau rayu aku wahai Cik Ti!

Ishh... geramnya aku tengok Cik Ti ni.. kucing-kucing jiran aku ni, tokey Little Adaman
 
Pakat kerumun keliling Cik Ti

Rezeki yang dekat tapi jauh
Patutkah aku bagi Cik Ti ni kat depa bertiga ni? Cik Ti nya satu je, depa bertiga. Berebut pulak nanti. Lagi pun depa ni makan makanan berkhasiat je. Satni tuan depa mesti tak bagi punya. Biarlah apa hubby aku nak buat nanti.

Anak-anak aku mesti suka tengok Cik Ti ni. Teringat pulak aku kat Ratatouille yang comel ni.. he..he..


Comelkan!!! Tapi takutlah aku dengan penyakit kencing tikus yang sangat bahaya tu... Ngeri!

Ada Petua Halau Tikus aku jumpa kat google semalam. Klik lah tajuk link tu kalau nak baca.

14 comments:

syiela said...

Bahaya betulkan.. kat rumah syiela takde apa nak gigit dia gigit wayar iron..

Adzrien Shoppe said...

syiela : lapar sungguh dia ye..

Munn Jaafar said...

alahai kalau tikus yg melintas tu kecik takpe..agk2 bsr kucing mau tak melompat!

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

umah saya pon semenjak dua menjak ni Cik Ti rancak je menyerang :)

Anonymous said...

oo..itu kucing tokey bsr sebelah rumah kita daaa...Kucing kami takut kot..tu yg dia tk usha:-)

mas saari said...

padan muka cik T, dah kena perangkap!
kalau saya memang gelilah dengan cik T ni, mahu terjerit2 kalau nampak..

umiawadah said...

ayah saya pakar tangkap tikus..he he he..lepas dia tangkap,dia jemur panas kat atas pagar...bunuh secara perlahan...boleh ke?

ummiross said...

Hihi ramai pulak peminat cik Ti tu..

Hanis Azla said...

geram aje kucing2 tu tgk cik ti tu kan.. kat rumah lama saya dulu banyak tikus.. tp kat rumah skrg ni Alhamdulillah. takde.. minta2 tak datang teruslah..

Liza @ Adzriel AB said...

Munnafendy : dia lalu tak sentuh kaki, tau2 dah ke depan. kalau tak melompat juga.

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine : kena buat serang balas tu.

Little Adaman : ooo... ingatkan hang punya. Cik Siti punya kaaa... Ti jugak ye..

mas saari : geli jugaklah mas... geli tengok ekor dia.. tapi mata dia cantik.. he..he..

ummiarissa : kalau kak liza pun biarkan je.. nak bunuh cara lain tak berani.

ummiross : itulah..siap main cuit2 dgn kaki tu.

Hanis Azla : samalah, rumah lama dulu memang banyak. ini baru nak bernaung kat rumah kak liza.. oo tak ku izinkan.

Dinas Aldi said...

Memang bahaya la, takut sungguh dengan Cik Ti. Dia tu sendiri pun dah menggelikan, kesannya pulak, lagi la..

.........cP~ said...

Kat rumah saya bersepah benda ni. Tapi, mak selalu jugak beli racun tikus tu. Mungkin sebab ada stor yang penuh dengan barang-barang entah apa. Habis dah agaknya buku2 saya dalam tu. huhu.

Liza @ Adzriel AB said...

Dinas Aldi : liza geli tapi suka tengok.

.........cP~ : bukan tak mau guna racun tikus, takut kalau mati susah nak cari bangkainya.

is150 said...

saya sebelum pindah hari tu sempat gam 2 ekor...