iklan

Followers

Pages

Tuesday 7 August 2012

Cepat atau terlewat ke tempat kerja?

Masa aku kerja tetap dulu selalulah kalut keluar nak pergi kerja pukul 7.00 pagi. Awal atau lewat pun beza dalam 15 minit. Terpaksa hantar anak-anak ke rumah pengasuh dan sekolah terlebih dahulu dan kemudian barulah menghala ke tempat kerja.

Jika awal lagi maka aku memandulah kereta dengan tenang. Jika terlewat pula aku mula merempit. Begitulah setiap hari. Perjalanan lebih lama berbanding hari cuti atau waktu bukan puncak. Jika waktu lengang, 15 minit saja dah boleh tiba ke tempat kerja. Tetapi bila waktu puncak jadi berganda-ganda waktunya. Itu pun nyaris juga guna 'smart tag' bila lalu tol.

Kita boleh nampak perbezaan dua situasi dalam keadaan kita cepat dan lambat. Tentulah kita keluar awal ke tempat kerja itu lebih baik kerana kita tidak menjadi kelam-kabut dalam setiap tindakan dan dapat memandu dengan penuh ketenangan hingga ke tempat kerja.

Bagaimana pula jika kita terlewat. Semuanya menjadi kalut dan nak cepat. Emosi terganggu hingga mungkin akan memarahi orang lain seperti anak umpamanya jika lambat bergerak. Kadang mungkin ada pula barang yang jadi tertinggal.

Bila memandu pula seperti nak merempit saja lagaknya. Jika pemandu lain tersilap dan mungkin mengganggu perjalanan kita mungkin kita pantas marah. Jika marah seorang diri di dalam kereta tu tak mengapa juga tetapi takut jadi lain pula bila kita tunjukkan marah kita pada pemandu berkenaan.

Jika pemandu berkenaan tidak membalas marah kita tak mengapa lagi. Tetapi bagaimana pula jika dia juga baran orangnya dan membalas marah kita tadi dengan cara yang samseng dan jahat.

Bila memandu melulu khuatir juga boleh menyebabkan kemalangan. Kita nak sampai cepat lansung jadi lambat atau mungkin tak sampai lansung. Sama ada kemalangan menyebabkan hilang nyawa atau hilang anggota badan dan tentunya 'hilang duit'. Kadang mungkin menyebabkan kita hilang insan tersayang.

Alamak! Wira cium Ferrari


Sekali-sekala terlewat mungkinlah boleh dimaafkan. Manalah tahu entahkan terlewat bangun tidur. Tetapi jika hari-hari terlewat, bukankah itu habit yang patut kita usahakan untuk dihindari. Maknanya bukanlah silap alarm jam tidak berbunyi tetapi kita yang jenis susah sangat nak bangun awal pagi.

Jika kita selalu terlewat, cubalah awalkan sedikit bangun pagi dari biasa dan jadikan habit seharian.

Kadang kita bangun tidur cuma terlewat 5 minit daripada waktu yang sepatutnya tetapi kesannya terlewat berjam-jam bila kita mula berada di jalanan untuk tiba ke tempat kerja kerana jalan sudah mula sesak.

4 comments:

Cik mama said...

Sejak berpindah ni memh akan keluar awal... sekali jln hntar anak, pastu tercongok kat dpn opis tunggu org buka pintu.. klu ada award memg cik mama akan meng utj "staff palingggg awal mai keja" hehehehhehe

Unknown said...

sejak opis makin dekat ni selalu lambat sbb lagi jem lagi.. nasib baik bos tak komplen lagi..

Dr K said...

betul....kalau dah lambat, memang panasssss aja hati bila driving...pantang jem, nak menyumpah seranah aja mulut...hahahaha....mmg kena keluar awal awal....boleh drive santai..nyanyi2 lagi dlm kereta :)

Unknown said...

hari2 terlewat susah tu...mungkin dia kena ubah rutin hidup dia la..kalau sampai menyusahkan orang lain memang haru..