iklan

Followers

Pages

Friday, 11 February 2011

Bimbing anak dara tentang PMS

Ini entry kesihatan yg perlu dibaca dengan hati terbuka oleh semua ibu bapa terutamanya para ibu seperti aku yg ada anak dara dalam keluarganya! Daddy pun kena ambil tahu ye lebih2 lagi daddy yg single tetapi juga punya anak dara!

Bila ada anak dara ni kena lah alert bila dia mula menganjak ke umur 11 tahun. Kenapa 11 tahun ye? Kerana ada kemugkinan berlaku perubahan pada dirinya di usia 11 tahun. Insyaallah, anak sulung dah memahami ilmu2 kesihatan tentang perubahan yg berlaku pada wanita. Kalau ada yg tak faham, tanya mama!

Dia dah 15 tahun pun tahun ni, so aku ajar ikut silibus ye... yg 18 tahun ke atas tak boleh ajar lagi walau pun ada yg sibuk2 nak masukkan silibus tu dlm sistem pendidikan sekolah. Tak berkenan betul aku! Mak aku tak pernah ajar pun, orait je!

Yang penting kesedaran ugama & moral dalam diri. Bila seseorang berfikir tentang akibat daripada setiap perbuatan ; seperti korang main chess jugakan, maka dia tak akan lakukan perkara yg akan merosakkan diri dia.

Kenapa nak alert umur 11 tahun. Macam awal je! Pasal apa ni? Pasal "datang bulan"! Bulan apa yg datang? "Datang bulan" atau "Datang kotor" tu istilah mak aku & orang dulu2. Bila aku dok asrama, baru le tau panggil "period". Ingat "period" waktu kelas je.. Ada juga yg panggil PMS (Premenstrual Syndrome). Istilah yg selalu jumpa dalam pelajaran agama adalah "haid". Tambahlah vocabulary korang hari ni ye!

Sesetengah gadis bermulanya PMS seawal usia 11 tahun. Aku cuma cerita yg biasa terjadi di kalangan kita je ye! Bukan menurut riwayat oleh Aisyah r.a yg mengatakan kemungkinan sudah didatangi haid pada usia 9 tahun. Tapi jarang sangat aku jumpa yg "PMS" umur 9 tahun. Tak pernah jumpa pun.

Kebanyakan yg aku tau ramai anak gadis bermula PMS dalam lingkungan umur 12 tahun & 13 tahun. Dah baligh anak mama! Ini dah jatuh hukum wajib solat ye! Ingat kamu budak2 lagi?

So pada semua ibu bapa kena sentiasa prihatin dengan anak perempuan kalian terutamanya para ibu seperti aku ni. Pesan berkali-kali dengan anak dara kalian, sekiranya ada yg tak kena dengan diri mereka harap dpt beritahu segera. Siapa lagi yg ingin mereka harapkan jika tidak ibu sendiri yg lebih berpengalaman.

Sebagai ibu mungkin anda dpt menjangkakan apa akan berlaku. Terangkan sebaik & seringkas mungkin pada anak supaya dia tak panik bila tiba2 aje mereka mula "period". Mmm.. anak dara yg nombor 2 (anak ke-3) aku pun, si chubby Asyikin pun dah 11 tahun. Aku kena start alert dah ni.

Selama aku "PMS" tidak lah aku ada kena sindrom senggugut yg sangat menyakitkan. Biasa2 aje lepas tu ok je. Cuma kesian adik aku dulu le yg teruk juga senggugutnya. Jadi, bila anak sulung aku terkena sekali kelmarin terus aku tanyakan adik aku petuanya. So korang boleh refer petua dia ni ; 'Ubat' senggugut, agak jelas penerangan dia! Alhamdulillah, sekarang Aishah dah ok je!

Senggugut ni sangat mengganggu tugas & minda! Jangan biarkan! Dapatkan nasihat doktor!

Inilah buku yg jadi panduan aku bila kadang terlupa tentang PMS & Nifas :

Ini buku yg aku beli cetakan pertama 1997. Masa baru dapat anak sulunglah ni!


Ini pulak aku jumpa kat google, cetakan baru agaknya.

p/s : Lepas ni aku kena cari buku tentang perubahan pada anak lelaki remaja pulak. Yg montel tu dah 13 tahun. Dalam buku Mengenal lelaki yg aku ada ni tak cukup!

15 comments:

* ainul AB * said...

penting ni, tak selesa dan tak boleh focus study/kje kalo kena period pain.

"Ubat senggugut" tu just my own experience aje :-)

Thanks for sharing the link kakakku cayang.

eqbalzack said...

betul kak...
ianya bukan sesuatu yg memalukan...perlu dididik dengan betul...pendidikan seks mcmana pula kak? your opinion?

Liza @ Adzriel AB said...

ainul : experience + knowledge is power. lebih kurang mcm engineer yg promote sebab experience & yg terus jadi engineer sebab keluar dari universiti. Kena bergabung...baru power! No dengki2 or akulah yg bagus! sory...lari tajuk lak.

FadhDeela said...

kak,

btol tu kena ajar anak dara akak smua tu so xde la dia terkejut nnt :D kalo akak dah start ajar dia so kalo ada ape2 xde la dia malu nak bertanya nnt :P

Meh singgah: Keracunan Makanan!!

Liza @ Adzriel AB said...

eqbal : ada sambungan lagi tu.. yg jarang ibu2 pesan pada anak. pendidikan seks kena buat entry lain le pulak..secara general ye ; my own opinion saja. tapi memang tak setuju, coz anak akak sendiri pun tak suka benda tu diajar disekolah. dia malu!

Ayuni said...

hikhik, teringt ms mula2 period dlu...

Liza @ Adzriel AB said...

deela : utk permulaan, sebelum kena jsut bagitau tanda & pantang aje dulu. he..he..ada pantang tu..tunggu..

ayuni : sama le.. teringat experience le ni..

ZWAN SABRI said...

betul2.. ;)

Luqman Zakaria said...

saye follow blog nih..huhu..salam kenal..

umiawadah said...

saya ada teruna dan dara...baru lagi meningkat remaja...kadang-kadang tak tahu macam mana nak explain kat diorang..last2 saya suruh kawan baik bagtau sikit2 tentang baligh ni..

Liza @ Adzriel AB said...

zwan : ambil ilmu je dulu ye..! he..he..

arep : TQ ye..

ummiarissa : itu pun ok juga, ada usaha utk beri mereka informasi. kena communicate selalulah dgn mereka.

Luqman Zakaria said...

welkam..huhu..

nabilah_2908 said...

bnda2 sensitif ni adakalanya parents payah nk terangkan pada anak2.. ;)


jom ke APA KATA HATI pulak,
TERAPI MINDA

Liza @ Adzriel AB said...

nabilah_2908 : Insyaallah, ada cara nak menyampaikannya. sekarang lebih mudah, banyak buku2. bagaimana dgn zaman dulu... walau sensitif ibu tetap kena beri maklumat juga.

Puan Kutu said...

yup setuju..tp skang kebanyakan budak dh tau..cuma kita kena pantau jer la..:)