iklan

Followers

Pages

Friday 15 February 2013

Ulang tahun ke 71 mak di Mekah..

15 Februari datang lagi. Tahun 2013 maka genap pula usia mak 71 tahun. Tapi tahun ini sambutan ulang tahun usia mak lebih istimewa dan lebih bermakna buat diri mak sendiri. Ahhh... tiba2 terasa sebak, bagai dapat merasa apa yang mak fikirkan. Tentu panjang doa mak hari ini.

Mak menyambutnya di Mekah hari ini kerana menunaikan ibadah umrah. Mak ke sana pada 11 Februari lalu, dah 3 hari mak di sana kira tolaklah sehari dalam penerbangan.

Sempat aku bergambar dengan mak di KLIA sebelum mak  ke Mekah
Mak pergi ditemani oleh abang sulung aku. Mak menerima pelawaan dari adik kandung mak yang turut disertai oleh isteri dan 2 orang anak perempuannya yakni sepupu-sepupu aku juga.

Alhamdulillah, rezeki mak memang selalu murah walau pun dah lama pencen menoreh getah. Kalau kami adik-beradik yang 5 orang ni tak memberi duit pun tiada masalah untuk mak berbelanja dengan duit sendiri yang sentiasa ada. Maka perbelanjaan mak untuk pergi umrah pun mak bayar sendiri. Tapi bila anak-anak nak memberi juga, mak tak menolak. Rezeki jangan ditolak.. he..he..!

Abang sulung pun tiada masalah dengan duit tambangnya sendiri walau pun dia dapat pergi dalam tempoh yang agak singkat juga. Doa mak mengharapkan ada ruang kosong untuk abang sulung dimakbulkan bila ada antara peserta yang membatalkan penyertaan di saat akhir. Sama keadaannya dengan peluang yang mak dapat kerana mengisi kekosongan juga.

Bukan aku nak kata mak dan abang sulung jenis banyak duit. Mak hanya orang biasa-biasa yang pernah bersusah menoreh getah berwama arwah ayah dulu. Abang sulung pula hanya pegawai kerajaan yang bergaji bulanan tak sampai RM3K pun. Kedua-duanya punya sikap rajin menyimpan duit. Abang sulung aku lebihlah berhematnya. Tetapi dia tidak berkira jika perlu berbelanja lebih untuk pendidikan sekolah agama bagi kesemua anak-anaknya di sekolah agama swasta di Ipoh.

Tetapi apa yang ingin aku katakan "yakinlah dengan rezeki Allah!".

"Carilah rezeki yang halal dan mendatangkan berkat!". Insyaallah nanti Allah cukupkan apa yang kurang.

Dah memang tertulis rezeki untuk mak bila ada ruang kosong untuk mak turut serta dalam rombongan yang diuruskan oleh Ustaz Sazali Shamsudin dari Syarikat Imtiyaz Travel & Tors Sdn. Bhd.

Ustaz Sazali
Malam sebelum bertolak tu kami adik-beradik, laki-bini dan anak-anak masing-masing dah pakat kumpul dan makan-makan di rumah kakak aku di Desa Subang Permai. Pasal makan aku memang tak menolak. Aku, hubby dan anak-anak je yang balik semula ke rumah di Bandar Seri Putra malam tu. Adik-beradik yang lain semuanya bermalam di rumah kakak kecuali keluarga adik aku sebab rumahnya dekat je di Subang Bestari.

Jadi subuh-subuh tu aku dan family mula bersiap-siap. Pagi 11 Feb tu aku tanya hubby... "kul berapa mak check-in flight yang?".

Dengan muka confident, hubby jawap "pukul 7.30 pagi dah kena check-in. Filght antarabangsa tak boleh lambat!".

Aku anggukkan ajelah pasal aku bukan paham sangat tentang kapal terbang ni. Caya tak aku tak pernah naik kapal terbang. Tolonglah percaya!

Alamak! Dah lewat! 7.45 pagi aku, hubby dan anak-anak dah sampai ke Departure Hall, KLIA. Melilau mata mencari tapi tak nampak pun kelibat yang dikenali. Akhirnya aku call kakak aku, "Kau kat mana?".

"Kitaorang baru sampai tol KLIA", abang ipar aku pulak yang jawap sebab tadi call kakak tak berjawap, so aku calllah abang ipar pulak. He..he..

Cissss! Semalam bukan main kata nak bergerak subuh dari rumah. Masa tu aku ada jawap "Ye lah tu!".

Aku agak dahhh...

Yeahhh... Puan Sri sudah sampai dengan tongkat saktinya!
Kitaorang memang suka mengusik kadang-kadang panggil mak aku Puan Sri. Melenggak masuk dengan tongkat dan handbagnya di tangan dan diiringi kakak ipar dan anaknya.

Kakak aku pulak lansung ke level 2 (kalau tak silap le..lupa pulak!) untuk siapkan sarapan di Food Court.

Tongkat sakti mak boleh bertukar jadi kerusi.
Lepas tu beramai-ramai kitaorang turun ke Food Court. Penuh lif tu dengan ahli keluarga aku je. Maklum aje cucu mak ada 15 orang semuanya. Semuanya jenis hyper aktif..

Boys.. sesat sorang girl kat depan!

Tetamu VIP, Mak & abang sulung. Kakak ipar & anaknya jadi waitress amik order!

Girls.. 5 orang termasuk yang meja belakang sorang tu.

Masak nasi lemak sambal ikan bilis & sotong, ada sandwic roti dan telur yang kakak buat .
Semua dah kenyang, pakat-pakat naik semula ke aras 5, Departure Hall.

Bila 5 beradik perempuan berkumpul...
Dari kiri : adik aku, kakak ipar sulung, kakak ipar anak ke-3, kakak aku & aku le!

3 orang anak perempuan mak!

Mak  dengan 'kerusi khas'nya beramah-mesra dengan geng2 Ipoh mali.

Anak -menantu, cucu pakat kerumun mak!
Kalau orang lain aku tengok cuma seorang dua aje yang menemani mereka di airport ni, tapi mak ditemani oleh semua anak-anak dan menantu  dan juga cucu-cucu. Kecoh betul.... cucu-cucu mak excited nak iring embah (nenek!) diaorang ni. Anak-anak pun sama je!

Sessi pengagihan passport peserta

Dah.. moh kita gerak!

Moga selamat pergi dan kembali

Luv u mommy!

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Moga mak sihat disana dan dapat beribadah dgn lebih sempurna.

Musim org mengerjakan umrah sekarang ni Liza. Kakak dan keluarga insya-allah ingin juga menyusul...

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. seronok mak akak dpt sambut harijadi di tanah suci.. semoga beliau mendapat umrah yang makbullah hendaknya.. seronok tgk gambar2 akak sekeluarga..