Gambar ini aku jumpa dalam facebook seorang senior aku semasa di sekolah rendah. Antara komen-komen mereka.
1. Muafakat membawa berkat
2. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
3. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah
4. Bagai aur dengan tebing
5. Tegaknya rumah kerana pasak, kuatnya kita kerana muafakat
6. Tegak rumah kerana sendi, Runtuh sendi rumah binasa, Tegak bangsa kerana budi, Runtuh budi runtuhlah bangsa
7. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
8. Jangan jadi bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
p/s : Nilaikanlah sendiri
19 comments:
Betol2 tu...mmg byk makna jika diperhatikan gmbr ini betul2..
teringat pulak masa umah aku alih tapak..cmni lah..mmg best...riuh rendah lah..perkataan paling glamour klu alih umah ialah ANGKAT dan OPSSS...mmg best...
Fakhrul1409 : byk yg perlu kita pelajari.
akutetapaku.com : sekarang tak dapatlah ye..he..he..
ini rumah dulu2 la kan?kalau rumah skrang tak terangkat,,.
Ye lah kan, dulu2 kalau gotong royong satu kampung keluar kan...
mykhalis : kalau sekarang kena roboh terus le jawapnya.
diana : adoi... tergelak akak baca komen diana.
ummiross : seronok & meriah
sebab tu suasana kg lg best dari taman..taman ni kiri kanan pn kdg2 jiran pn x knl....msg2 bt hal msg2..x best.
camni, seminggu sekali pindah la. hehe...
ada tgk dlm berita psl angkat rumah ni kat kg baru..yg paling menarik,semua kaum join sekali...pelancong asing tgk pelik je sbb rumah boleh angkat2 plak...itulah kelebihan rumah buruk berdinding papan..eh,promote blog plak ni...
tp buat rumah mcm ni sbb senang nak hadapi bencana alam....pandai org dulu2 wpon x belajar tinggi..anugerah kepandaian mereka dpt by pengalaman.
betul2..org zaman dulu betul2 muafakat..
rasanya skang dah takde kot mcm ni,
ingat dulu kat kpg mmg rumah lama2 akan dialihkan sebegini dgn muafakat dari pnduduk kampung, mmg seronok waktu tu, skng semua tiang da pacak tanah..
akutetapaku.com : kalau nak senyum pun dah kira ok ye!
Muhammad Burn : tak larat le.. ingat macam angkat meja ke? he..he..
Eyrique Ettiqazz. : betul tu... banyak ilmu org dulu yg kita boleh adjustkan ideanya sesuai dgn zaman.
Puan Kutu : mcm bersaudara rapat aje
LiFe KaMi : rumah kampung sekarang pun dah cantik2.
Post a Comment