iklan

Followers

Pages

Wednesday 13 March 2013

Buang sampah ke dalam tong sampah, jangan selit-selit!

Gambar dari SINI
Selalu sangat dah kita dengar dan nampak orang buang sampah keluar dari kenderaan masing-masing. Biar kereta dia bersih tapi persekitaran tu kotor. Itulah prinsip dia agaknya. Aku pun suka prinsip tu tapi aku tak suka menjadi salah seorang penyumbang dengan bersikap buang sampah dari kenderaan. Pun tidak ingin juga aku buang sampah sesuka hati keluar dari tingkap rumah.

Jika di rumah aku buang sampah ke dalam bakul sampah dan jika di dalam kereta pun ada beg plastik sampah. Kalau tak ada beg plastik sampah pun dalam kereta, aku biarkan dulu sampah atas lantai kereta. Kemudian aku akan kumpulkan ke dalam beg plastik bila tiba ke destinasi. Ikat beg tu kemas-kemas dan buang ke dalam tong sampah besar.

Bukan berat pun nak buang sampah yang kecil ke tempat yang sepatutnya.

Ini ada lagi habit buang sampah yang aku cukup rimas. Perangai mengalahkan budak-budak tadika. Budak-budak tadika pun ramai pandai buang sampah ke bakul sampah. Malah kalau dah terdidik dengan kebersihan, budak sekecil itu pun akan bertanya pada orang dewasa yang rapat dengannya di mana dia perlu buangkan sampahnya jika dia tidak nampak bakul atau tong sampah.

Ada orang tak ambil kisah lansung membiarkan sampah seperti pembalut gula-gula, pembalut jajan atau kotak dan plastik barang yang baru diperolehi merata-rata. Pembalutnya dibuka dan isinya diambil. Selamba je dia berlalu meninggalkan pembalut yang dah boleh dianggap sampah di situ tanpa rasa bersalah.

Kadang di selit celah kerusi, terbiar di tepi tangga atau bersepah saja di atas lantai.

Macam-macam yang pernah aku jumpa seperti plastik pembalut T-Shirt, plastik pembalut gula-gula, plastik lapisan pembalut luka kecil, kotak kasut dan plastik yang biasa kita guna untuk bawa barang yang kita beli. Paling tak boleh tahan bila ada juga putik kapas yang dah digunakan diletak secara suka hati dan bukannya dibuang ke dalam tong sampah.

Sungguh aku tak faham perangai orang macam ni. Aku bukanlah rajin sangat mengemas tapi aku tak suka menjadi penyumbang sebegini. Bukan susah pun nak halakan sampah tu ke tong sampah.

Selalu nampak tisu bersepah di sinki tandas awam? Hodoh aje perangai buang sampah macam ni kan!

Memanglah ada tukang sapu yang akan bertugas 'menghilangkan' semua sampah-sampah tu. Tapi ringankanlah sikit tugasannya dengan buang sampah ke tong sampah. Sekurang-kurangnya tukang sapu hanya perlu membuang sampah semulajadi seperti habuk, daunan kering atau pun sampah yang dibuang oleh anak-anak kecil yang belum baligh. Susah jadinya kalau orang saja dewasa tapi minda masih tak baligh untuk membezakan urusan mudah berkaitan sampah ni.

Senang nak dapat pahala walau hanya buang cebisan kecil pembalut gula-gula ke dalam tong sampah kerana kebersihan itu memang dituntut dalam Islam. Pun ianya juga membuatkan orang-orang di sekeliling kita gembira dan suasana akan lebih harmoni.

Indahnya hidup ini jika semua orang tahu dan mahu menjaga kebersihan! Kebersihan itu untuk kesihatan diri dan minda kita juga..


6 comments:

umiawadah said...

salam kak liza...

saya kini mengajar anak-anak dari kecil,walaupun hanya secebis pembungkus gula-gula jangan buang merata-rata...pandai mereka simpan dulu dalam seluar atau dalam poket kereta...jadi tiba masa mengemas, tu dia..sampah seplastik kecil dalam kereta...hahaha

Irfa said...

mil saya duk umah flat.betul2 tepi lift.ada makhluk akal pendek..setiap pagi letak sampah tepi lift..kdg2 smpi busuk bila takde org kutip

jeBateja said...

Hik...hik....dlm keta kita...mcm lori sampah jugak kak....ahakz....ahakz

Unknown said...

saya pernah tengok oreang buang sampoah keluar kereta secara sembunyi2..dia ingt orang tak nampak kot..geram je..

Liza Abu Bakar said...

Diana : tak baikkan menambah kotor tempat yg tak sepatutnya.

Irfa said...

ada jugak yg x paham bahasa
buang sampah tepi jalan yng ada papan tanda jgn buang sampah di sini ;)