iklan

Followers

Pages

Wednesday 15 May 2013

Buka kedai memang untuk bagi servis! Banyaknya tax!

Anak sulung aku mengomel "Kenapa kedai makan nak kenakan SERVICE CHARGE? Kan diaorang ni buka kedai memang utk bagi service? Siapa yg buka kedai tak nak bagi servis?".

Mmmm... itu pandangan budak form 5!

Gambar ni aku copy dari SINI

Islamic Steakhouse ni terletak di Bandar Baru Bangi. Sederet dengan restoran Mohd Chan Abdullah.

Melihat caj yang dikenakan seperti 'Service Charge' - 10% dan 'GST' - 6% dan berjumlah 16% buat aku rasa caj ini sangat tinggi. Bayangkan dari bil ini, jumlah caj tambahan bernilai RM25.02. 

Apa boleh buat dengan nilai RM25? Tambah RM25 dah selesai bayar duit PIBG sekolah anak. Ada orang rasa nilai RM25 ni sikit je tetapi bagi mereka yang berpendapatan rendah malah yang sederhana sekali pun tetap merasakan ianya satu nilai yang tinggi.

Tertanya-tanya juga aku, service charge yg mana ye? Adakah caj untuk memasak, ambil/bayar order, hantar makanan? Caj yang mana satu? Harga makanan dah tentu harga mark-up. Makan kat 'fast food' yang layan diri pun ada service charge (ke takde? lama tak pegi! lupa dah!).

GST - Goverment Service Tax!

Kita kena bayar cukai pendapatan yang mana sedikit daripada pendapatan kita telah diambil. Kemudian baki pendapatan ni perlu pula bayar GST masa nak makan/minum pada pihak yang sama. Beribu-ribu duit kita keluar untuk beli rumah dan kereta yang pastinya ada pula interest yang kita kena bayar tapi setiap tahun jangan lupa bayar cukai pintu untuk rumah dan cukai jalan untuk kereta kita.

Ada yang kata aku cuba nak bantah kerajaan? Aku bukan jenis yang suka nak bantah aje kerjanya. Tengok topik jugalah. Pilih yang terbaik untuk anak cucu aku yang bukan hanya fokus pada kebendaan tetapi kehidupan sosial juga.

Biasalah demam PRU13 ni memang hangat! Bukan nak bantah, cuma nak mohon simpati je. Samalah macam kita minta diskaun bila nak beli baju, kasut, tayar kereta, emas dan sebagainya. Alhamdulillah kalau dapat diskaun. Kalau tak dapat tu kita ada hak untuk tak belikan. Tapi kalau cukai makan kat restoran ni boleh juga nak elak, jangan pergi makan kat luar.

Aku cuma mohon budi bicara mereka yang berkuasa untuk dapat diskaun. Kalau dibatalkan terus caj tu lagilah aku gembira. Terima kasih aku dahulukan. Bermimpi? Tak pe... setiap kejayaan bermula dengan mengimpikannya. Aku pun faham, mana ada benda percumakan! Setiap langkah kita semuanya duit!

Kesimpulannya, kita makan kat rumah ajelah. Bawa bekal bila pergi sekolah atau pergi kerja. Boleh juga cari restoran-restoran biasa yang tak kenakan caj dan harga makanan dan minuman masih dalam lingkungan berpatutan.

Bantulah restoran-restoran dari golongan bawah ni. Aku tak kisah makan kat warung tepi jalan, lebih-lebih lagi makan laksa di warung Kak Pah yang berdepan dengan kilang Sony di Bandar Baru Bangi ni. Harga cendol baru RM1.30 dan RM1.50. Laksa RM3.50 dan mee rebusnya RM3.00. Nikmatttt!!

Quotation warung kak Pah
Ini pula warung berdekatan rumah aku. Berdepan dengan Bank Simpanan Nasional (BSN), Bandar Seri Putra. Jalan nak ke KUIS (Kolej Universiti Islam Selangor) juga.


Banyaknya makan!
Anak aku yang kedua, baru 15 tahun. Pemalu bila nak diambil gambar. Habis kitaorang longgokkan bekas makanan kitaorang depan dia. Semua bersih kecuali dah tak larat nak hirup supya. Ada mee/bihun sup, mee kari, laksa, cendol, ABC... memang sedap!

4 comments:

Zurina Hj.Zainal said...

tax skrg ni mmg melampau....rela mkn kt warung2 je....dh la sedap..servise pn bagus...

Unknown said...

sekali sekala boleh la nak makan tempat yang kena bayar service charge nih..saya kat umah memang jarang masak..jadi kalau nak makan kami makan restoran kecik2 je la..yang tak de kena bayar service charge ni.kecuali hari2 istimewa..contohnya macam hari suami cuti..ekeke

umiawadah said...

entahlah kak liza,saya nak komen pun saya tak berapa faham tentang tax-tax ni,tak mampu nak makan kat restoran-restoran besar ni,makan warung tepi jalan pun sedap jugak kak kan...

MumMe said...

dah selesai menangis----bayo ptptn kak liza---redho je laaaaa...
sbnrnya mmg x belani nak masuk kedai tu kakliza...kalo nk makan piza terpaksa makan kat Domino.steak kat D'one...tapi mesti x g rasanya dgn yg pakar kan kak liza....