iklan

Followers

Pages

Tuesday, 27 March 2012

Tersedar aku dari angan yang panjang dengan komen blogger!

Ada dua komen di entry 'Macam serupa je!' Antaranya Muhammad Izuan dari blog Syurga Itu Indah tak puas hati sebab tak ada shoutmix untuk dia menyapa aku. Dia ni jejaka pemalu sebenarnya. Seorang guru muda yang agak pendiam tetapi suka mencurahkan rasa hatinya di blog... eh! Ye ke?

Ada orang suka komen di entry, ada juga menyapa di shoutmix saja. Ada juga yang singgah saja tanpa komen. Apa pun terima kasih kerana kesudian kalian menyinggah di blog aku ni.

Sejak shoutmix lama kena bayar, aku terus delete dan tak gantikan dengan yang baru. Kemarin aku dah buat satu untuk blog kakak aku di Beauty Farmasi Colour Cosmetics tapi tak buat untuk blog sendiri. Kesian shoutmix di blog kakak aku tu. Tak ada siapa yang sudi menyapa. Sudi-sudikanlah!


Suka dia dengan motto yang aku pernah letak dulu sebagai header blog 'Today's Reader, Tomorrow's Leader'. Kata-kata yang banyak memberi makna dan memberi motivasi pada aku. Bila timbul kurangnya keyakinan diri dek kerana maksud kata-kata itu terlalu kuat maka aku dah tak letak kata-kata itu.


Terima kasih Izuan kerana mengingatkan semula Kak Liza agar jangan mudah putus asa. Aku seperti tersedar dari mimpi dengan tegurannya ini. Jadi aku letak kembali kata-kata hikmat itu dengan header baru yang sempoi. Biar semangat itu tersebar pada korang yang membacanya juga.

Kak Norliha dari blog Rahmat Kehidupan kerap menjenguk blog aku. Bertanyakan maksud 'kayuh baimbai'. Tak berapa pandai aku nak menerangkannya kerana aku bukannya keturunan Banjar seperti hubby aku. Tapi aku cuba rujuk ke entry di blog ini dengan tajuk 'Something about kayuh baimbai'. Bukan kayuh basikal tau tetapi sama-samalah bergerak seiringan atau bekerjasama. Kata-kata semangat ini memang sangat popular di kalangan masyarakat Banjar seluruh dunia.

Bila ada entry baru aku sering war-warkan di wall facebook peribadi aku seperti tajuk 'Tak bertudung tu haram, tepuk tampar bukan muhrim haram juga!'.


Komen dari Encik Nizar yang juga merupakan penghuni di Bandar Seri Putra, blogger yang minat melukis kartun dari blog Nizar A. Rahim. Cadangannya merujuk pada blog Analisis Hadith Psikologi sangat menarik minat aku. Tak habis baca lagi aku isi-isi blog tu. Banyak sangat info-info tentang psikologi Nabi Muhammad s.a.w dalam menangani masalah-masalah seharian.

Inilah antara komen rakan-rakan yang kadangkala seperti memberikan aku ilham dan peringatan berguna untuk aku. Banyak lagi komen-komen yang secara tidak lansung menyedarkan aku dari mimpi yang panjang, yang mengingatkan aku dan memberi semangat untuk terus berusaha. Terima kasih semua.

11 comments:

ummiross said...

Terima kasih share link Analisis Hadith Psikologi tu, sangat2 menarik,kajian ilmiah yang patut dibaca dan boleh dijadikan panduan dalam berdakwah.

mas saari said...

itu yang bestnya berblog ni kan kak.. kadang2 komen kawan2 tu boleh menaikkan semangat kita!

adza irdawati said...

memang seronok kan bila teman teman menghargai penulisan kita.. dan memberikan kata kata semangat pada kita di saat kita memerlukannya..

Kak liza antara yang banyak support saya dan saya akan ingat sampai bila bila =)

Muhammad Izuan said...

siap tulis sy pmalu, lg la malu... heheh

eLLa n aLia said...

Thanks perkenalkan analisis hadith psikologi tu. suka sangat.. :)

BEN ASHAARI said...

:) komen membina semangat blogger utk menghasilkan entri yg lebih baik di masa akan dtg ..

Kaka Red said...
This comment has been removed by the author.
Daddy Ziyyad said...

saya tak pernah letak shoutmix/shout box ni di blog

Dinas Aldi said...

Itulah gunanya berkawan kan :)

norliha said...

salam,
sorry lama akak nak komen...
server kat rumah rosak, tapi masih boleh baca blog kat ofis. Tapi masa rehat saja.
thanks liza, promosi blog akak http://norlihas.blogspot.com/.

Nama Aman said...

background blog ni kalau no-repeat dan fixed akan lebih menarik.

background: #d5b7bc left top no-repeat fixed url(http://3.bp.blogspot.com/-HB9wESLkHm8/UCHnHAMLtsI/AAAAAAAAF6c/vn3sIakK9OE/s0/pink_fantasy_wallpaper.jpg);
background-size:100% 100%;