Seorang sahabat yang juga seorang isteri mengeluh atas kesempitan wang yang dihadapinya. Mengadu tentang gaji rendah yang diterimanya. Kesal dengan generatornya yang rosak untuk perniagaan burgernya di sebelah malam. Bengang dengan majikan suaminya yang hanya mebayar gaji separuh bulan akibat pembaharuan kontrak. Maka banyaklah pembayaran bulanan yang tertunggak.
Ye! Memang gajinya sebagai cleaner rendah, hanya RM650 berbanding tempat lain sudah pun mencapai RM900 sebulan. Maka aku cadangkan dia cari kerja di tempat lain. Tak mahu katanya sebab jauh, tak ada kenderaan. Naik motor pun tak pandai. Kalau jauh-jauh nanti susah pula nak urus anak yang 5 orang tu bersekolah.
Aku tanya apa pilihan yang dia ada sebab dah banyak kali dia komplen dengan majikan dan ada report ke pajabat buruh pun keadaan masih sama. Masa tetap berlalu dan setiap hari perlukan duit. Jika tiada pilihan, sendiri boleh fikir.
Bila generator rosak, maka tak dapatlah nak berniaga malam sebab lampu tak boleh nak menyala. Aku cadangkan dia berniaga awal bermula pukul 5.00 petang kerana tugas cleanernya habis pada pukul 4.00 Cukuplah hingga pukul 7.00 malam, tambah aku lagi. Tak boleh juga katanya sebab dah cuba tapi tak ramai customer. Katanya customer ramai sebelah malam dan ada hingga pukul 10 malam.
Aku tanya berapa kali yang dia cuba? Bagi aku pukul 6.00 petang adalah waktu orang paling ramai lalu ; ada yang balik dari sekolah dan balik kerja berbanding malam. Dan apa juga pilihan yang dia ada? Jika tidak berniaga lansung, maka zerolah pendapatannya.
Aku cadangkan dia beli lampu kalimantang dan sambungkan ke bateri kereta. Kos lebih rendah berbanding nak repair generator atau beli generator baru. Tapi dia menolak dengan alasan kos jangka panjang lebih tinggi. Aku kata untuk back-up saja sementara tiada generator. Dapat juga guna untuk berniaga malam.
Dulu suaminya bekerja di kilang yang cukup teguh di Bandar Baru Bangi tetapi resign sebab kerja kontrak ni menjanjikan basic gaji yang lebih tinggi. Kerja kontrak memang lebih baik gaji asasnya berbanding tetap tetapi risiko kehilangan kerja tak ada jaminan. Jadi perlu ada wang simpanan untuk waktu susah seperti ini ; gaji hanya separuh bulan kerana proses pembaharuan kontrak. Serius aku tak faham dengan majikan begini.
Aku tahu hidupnya susah dan nasib aku lebih baik berbanding dia. Pun begitu bukan bermakna aku tidak pernah melalui hidup susah. Syukur juga aku dapat suami yang rajin bekerja dan tidak mengharapkan gaji semata-mata sebagai sumber pendapatan. Aku sendiri pun bekerja, bukan ada diploma atau degree pun. Hanya sijil politeknik, sama seperti suami aku. Tapi kerja yang aku buat sekarang hanya guna SPM je.
Aku sering diingatkan agar jangan menyalahkan orang lain atas kesusahan diri sendiri. Hindari segala alasan-alasan yang menghalang diri kita untuk maju. Tulis atau lukis segala impian kita sama ada di minda atau di atas kertas.
Apa pilihan yang kita ada? Senaraikan dan lakukan... jika tidak usah
'membangau' lagi ; hanya nampak alasan bahawa kesusahan yang dialami adalah disebabkan kesalahan orang/benda lain.
Lirik Lagu Bangau Oh Bangau
Bangau oh bangau,
Kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus
Ikan tak mahu timbul
Ikan tak mahu timbul.
Ikan oh ikan
Kenapa engkau tak timbul?
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat
Rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput
Kenapa engkau panjang?
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku
Kerbau tak makan aku.
Kerbau oh kerbau,
Kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit
Perut aku sakit.
Perut oh perut,
Kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah
Makan nasi mentah.
Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah
Api tak mahu menyala
Api tak mahu menyala.
Api oh api,
Kenapa engkau tak mahu menyala?
Macam mana aku nak menyala
Kayu api basah
Kayu api basah.
Kayu oh kayu,
Kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku
Hujan timpa aku.
Hujan oh hujan,
Kenapa timpa kayu?
Macam mana aku tak timpa
Katak panggil aku
Katak panggil aku.
Katak oh katak
Kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku
Ular nak makan aku.
Ular oh ular
Kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan,
Memang makanan aku
Memang makanan aku.