Kami singgah dulu di restoran nasi arab dekat Uniten untuk makan tengahari. Restoran tu terletak dalam kawasan 'food court' Uniten bertentangan dengan masjid Uniten. Dekat juga dengan hotel Residence. Situ memang tempat favorite suami dan anak2. Dah kenyang baru boleh teruskan perjalanan.
Keadaan jalan raya sangat perlahan sebaik saja melepasi terowong Menora (antara Plaza Tol Jelapang dengan Kuala Kangsar dan Changkat Jering) di highway utara-selatan yang menghala ke utara. Ingatkan kenapalah jem, rupa2nya ada yang kena saman. Masing2 nak menengok je, boring betul.Nasib baiklah ada keletah anak2 comel yang menghiburkan.
Perjalanan agak jauh, masing2 ada yang tertidur. Kesian driver...teruskan memandu. Kebanyakan hentian agak padat. Maklumlah, ramai yang balik kampung kerana cuti sekolah. Tapi tak boleh lawan cuti musim perayaan. Lebih2lah padatnya jalan raya sampai nak berhenti sekejap pun tak ada ruang nak parking. Aku pun balik kerana nak melawat mak mertua yang keseorangan di kampung. Gembira betul dia bila aku maklumkan mungkin nak balik kampung. Itu baru aku kata mungkin sebab belum cadangkan pada suami lagi masa tu. Rindu benar dia dengan anaknya & cucu2nya. Sunyi pun iye juga. Sambil tu boleh juga bawa anak2 jalan2 sekitar Taiping.
Pemandangan di highway dekat Changkat Jering. Konvoi motor besar, suka anak2 aku menengoknya.
Dah hampir nak sampai. Sempat suami aku beli bihun sup di simpang Selinsing. Sup kat situ sedap, sup ayam kampung. Biasanya beli bihun sup tu kalau malas nak masak bila sampai rumah mak mertua nanti. Kami singgah kejap di pasar dekat Selinsing. Ingatkan ada sate 10 sen. Favorite anak2 aku tu. Tak ada pulak hari tu. Suami aku belikan putu mayam, apam balik dan macam2 le lagi, yang nak makannya ramai. Bukan orang lain, anak2 aku juga. Mak mertua aku dapat putu mayam pun dah ok.
Dapat juga Arif berposing berlatar belakangkan sawah padi sementara menunggu ayahnya dan kakak2nya shopping di pasar Selinsing. Sementara itu sempat juga aku menelefon ibu mertuaku menyatakan kami sedang beli makanan di pasar. Lagi pun tak mau gundah gulananya berpanjangan memikirkan perjalanan kami ni.
Aku dah faham sangat kerisauan dia. Selalunya aku tak maklumkan bila bertolak dan selalu beritahu dia kami sampai lewat daripada yang sepatutnya. Psikologi sikit takut dia terlalu risau. Tak macam mak aku, brutal sikit. mak mertua aku ni lemah lembut orangnya, itu yang turun kat anaknya.
Dah masuk jalan Selinsing, kena belok kanan le hala Simpang Empat. Sebelum Simpang Empat, masuk jalan kecik sebelah kanan berdepan dengan masjid.
Pemandangan sawah padi yang menghijau di kawasan kampung. Cantiknya...
Alhamdulillah, selamat kami sampai ke teratak kenangan di mana suamiku dilahirkan. Pukul 6 petang baru sampai, lamanya perjalanan. Kenderaan agak perlahan, sebab tu lah lambat. Mmmuah..peluk cium buat mak mertua aku...kami dah sampai. Mak jangan risau2 ye. Malam ni mak berteman di rumah.
2 comments:
lorr kak. kita sekampung rupanya. hehe. :)
Sangat tenang melihat gambar rumah en suami tu..rasa seronok jika ada laman mcm tu..hehe
Post a Comment