iklan

Followers

Pages

Thursday, 26 January 2012

Berani mati betul mereka ni..

Kes jenayah ni berlaku di Bandar Baru Bangi dalam Kompleks PKNS. Inilah tempat yang kadangkala aku kunjungi bersama anak sulung aku bila teringin nak lunch di Food Courts tingkat atas sekali. Ngeri bila aku baca berita kes rompakan itu pagi ini di Harian Metro.

Memang berani mati agaknya si penyamun tarbus ni. Desakan untuk mendapat wang walau pun dengan cara yang salah dan membahayakan nyawa sendiri.

Mengapa aku kata bahaya? Si penyamun merompak menggunakan pistol mainan, teringin pula nak mengugut pengawal keselamatan yang selalunya menggunakan pump gun berpeluru hidup. Nyaris juga cuma dibelasah setelah gagal, bagaimana kalau ditembak oleh pengawal semasa melarikan diri? Mati kataklah jawapnya.

Badan cergas dan sihat tetapi kerja begini juga yang nak dibuat. Duit banyak pun hidup tak aman bila asyik diburu polis. Berkat pun tak ada dalam hidup. Memang dapat duit juta-juta pun jiwa sentiasa saja merasa resah gelisah bila makan duit hasil mencuri ni.

Banyak kerja lain yang boleh diusahakan. Selalu juga aku dengar ramai mereka yang jutawan dengan berniaga secara halal hanya berbekalkan SPM atau mungkin tak habis sekolah pun. Pandai-pandailah memilih jalan yang betul.

Berikut berita tu yang aku copy paste dari Harian Metro tadi :

KAJANG: Tindakan nekad dua lelaki menyamun dua pengawal syarikat keselamatan yang membawa karung mengandungi wang tunai di Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi, di sini, menggunakan sepucuk pistol palsu mengundang padah apabila mereka bukan saja gagal dalam cubaan berkenaan, malah turut dibelasah orang ramai hingga seorang daripadanya ditangkap.


Dalam kejadian jam 10.40 pagi semalam, dua pengawal keselamatan membawa satu karung berisi wang tunai RM552,583.05 yang dikeluarkan dari mesin deposit tunai milik sebuah bank dihampiri dua suspek terbabit yang menaiki sebuah motosikal dan bersenjatakan pistol.


Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata seorang daripada suspek meluru ke arah pengawal terbabit serta mengacukan pistol sebelum cuba melarikan karung berkenaan.


Menurutnya, mangsa mengesyaki pistol digunakan palsu berdasarkan bentuknya sebelum nekad melawan dan bergelut dengan suspek.

1 comment:

Kakzakie Purvit said...

Walau dah banyak kes begini tapi masih ada lagi yg berani melakukannya. Betul Liz... bayangkan kalau ditembak pengawal tak ke mati sesia je....